Gorengan (Jawi: ݢوريڠن)[1] atau goreng tepung ialah hidangan masakan melibatkan pencelupan makanan dalam adunan tepung dan air sebelum kemudiannya digoreng dengan minyak yang banyak yakni "digoreng celup". Cucur boleh juga digolongkan dalam teknik ini[2] walaupun ia lebih kepada penyuduan adunan dalam kepingan kecil yang digoreng. Hasil penggorengan ini disajikan sebagai pencuci mulut, hidangan sampingan ataupun hidangan utama.
Kandungan rencana ini berkait dengan makanan. |
Gorengan | |
---|---|
Nama alternatif | Goreng tepung |
Jenis | Donut |
Tempat asal | Indonesia |
Bahan utama | Bater |
sunting · sunting di Wikidata |
Di kebanyakan negara Asia Tenggara seperti di Malaysia dan Indonesia, terdapat banyak jenis makanan yang digoreng celup seperti pisang, cempedak, nangka dan pelbagai bahan lain di gerai-gerai yang sering mempunyai kuali besar berisi minyak banya
Kelaziman
Di Asia
Masakan ini merupakan makanan ringan paling biasa didapati di Nusantara seperti Malaysia dan Indonesia di mana penjual gorengan dapat ditemukan di gerai tepi jalan atau menjaja dengan kenderaan khas.[3][4] Pisang,[4] keledek[4] dan sukun merupakan bahan umum diketahui, namun ada kepelbagaian gorengan pilihan dalam rantau, antara lain:
- Malaysia: cempedak,
- Indonesia: tempe, tauhu, oncom, ubi, ubi kayu (baik dalam bentuk terus ataupun tepung), bakwan (adunan tepung dicampur kubis dan lobak racik).
- Brunei: tibadak (cempedak), tarap (terap).
Gorengan sebegini datang dalam jenis Gorengan biasanya dimakan sama ada dengan sos cili, kicap ataupun sambal.
Dalam masakan Jepun, sayuran dan hasil laut segar (terutama udang) digoreng secara tempura yang lazim dicicah dengan sos kicap masin-manis yang cair dan ringan.
Di Eropah dan Amerika
Di Inggeris, ikan goreng tepung popular dan biasanya ditemani dengan gorengan lain seperti kentang, nanas, dan epal yang digoreng tepung. Di Perancis dan Belgium, kentang goreng popular sebagai makanan ringan.
Di Amerika Syarikat, gorengan dimasak dengan adunan tepung gandum atau tepung jagung, telur, dan susu yang kemudian digoreng. Antara bahan lazim yang dimasak cara begini termasuk jagung tongkol, epal, bebola ketam dan kerang serta zukini.
Galeri
- Pelbagai gorengan jalanan Indonesia
- Keladi dan ubi keledek goreng tepi jalan Malaysia
- Uggani bajji; beras dan cucur, sarapan biasa dari Rayalaseema.
- Ikan muda goreng New Zealand
- Nam phrik kapi dihidangkan dengan cucur sayur-sayuran; hidangan biasa masakan Thai
Lihat juga
Rujukan
Wikiwand in your browser!
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.