Google Chrome
From Wikipedia, the free encyclopedia
Google Chrome ialah pelayar web keluaran Google yang menggunakan enjin susun atur dan kerangka aplikasi WebKit. Chrome julung kalinya dikeluarkan sebagai versi beta untuk Microsoft Windows pada 2 September 2008, disusuli keluaran stabil awamnya pada 11 Disember 2008. Namanya berasal dari bingkai antara muka pengguna grafik pelayar web yang dipanggil "krom". Tepat pada Januari 2012, Chrome ialah pelayar web kedua terbanyak penggunaannya, dengan mencatat 25-28% dari penggunaan pelayar web seluruh dunia.[6]
Pembangun | Google Inc. |
---|---|
Keluaran asal | 2 September 2008 (2008-09-02) |
Versi stabil terkini | Microsoft Windows 23.0.1271.91 OS X 23.0.1271.91 (26 November 2012; 11 tahun yang lalu (2012-11-26))[1] Android 21.0.1180.82 (24 September 2012; 11 tahun yang lalu (2012-09-24))[4] |
Versi tak stabil terkini | Beta 24.0.1312.5 (8 November 2012; 11 tahun yang lalu (2012-11-08))[5] Dev 25.0.1323.1 (12 November 2012; 11 tahun yang lalu (2012-11-12))[5] |
status pengembangan | Aktif |
Ditulis dalam | C++, assembly, Python, JavaScript |
Sistem pengendalian | Android (4.0 and later) iOS (4.3 or later) Linux OS X (10.6 and later) Windows (XP SP2 and later) |
Enjin | WebKit, V8 JavaScript engine |
Tersedia dalam | 50 bahasa |
Status pembangunan | Aktif |
Jenis | Pelayar web, pelayar web mudah alih |
Lesen | Freeware under Google Chrome Terms of Service[note 1] |
Laman sesawang | www |
Chromium adalah projek sumber terbuka di sebalik Google Chrome dan dilepaskan atas kebenaran lesen BSD.[7] Ia melaksanakan himpunan ciri yang sama, tetapi mempunyai logo yang sedikit berbeza.[8]