![cover image](https://wikiwandv2-19431.kxcdn.com/_next/image?url=https://upload.wikimedia.org/wikipedia/commons/thumb/c/cb/Gondwana_420_Ma.png/640px-Gondwana_420_Ma.png&w=640&q=50)
Gondwana
From Wikipedia, the free encyclopedia
Gondwana atau Gondwanaland[1] adalah sebuah adibenua yang wujud dari zaman Neoproterozoik kira-kira 550 juta tahun yang lalu. Ia merupakan bahagian kerak benua terbesar zaman Paleozoik meliputi kawasan seluas kira-kira 100,000,000 kilometer persegi[2] atau kira-kira satu perlima daripada permukaan Bumi. Adibenua ini mula berpecah dari Pangea semasa tempoh Jurassik zaman Mesozoik (kira-kira 180 juta tahun yang lalu) sehingga terbukanya dengan peringkat akhir perpisahan, termasuk pembukaan Laluan Drake yang memisahkan benua-benua Amerika Selatan dan Antartika semasa zaman Paleogen. Peninggalan pemecahan adibenua ini membentuk kira-kira dua pertiga daripada kawasan benua yang ada ada hari ini, termasuk Amerika Selatan, Afrika, Antartika, Australia, anak benua India, Zealandia dan jazirah Arab.
![Thumb image](http://upload.wikimedia.org/wikipedia/commons/thumb/c/cb/Gondwana_420_Ma.png/640px-Gondwana_420_Ma.png)
Benua purba ini dinamakan oleh saintis Eduard Suess dari Austria sempena wilayah Gondwana di tengah anak benua India;[3] wilayah tersebut merupakan tempat penemuan batuan terawal dari zaman ini di Odisha. Wilayah ini sendirinya dinamakan dari bahasa Sanskrit bermaksud "hutan bangsa Gondi"[4] yakni suatu puak peribumi asli di India.