benua From Wikipedia, the free encyclopedia
Zealandia (dalam bahasa Māori: Te Riu-a-Māui "Lembah/Badan Perahu Māui")[1] atau Tasmantis[2][3] adalah suatu daratan besar berupa benua[4] yang separa tenggelam berikutan pemisahan kerak benua dari Gondwana antara 83–79 juta tahun yang lalu.[5] Sebahagian besar daratan ini (94%) tenggelam di bawah Lautan Pasifik[6] manakala yang selebihnya membentuk pulau-pulau New Zealand yang terbesar diikuti oleh Nouvelle-Caledonie.
Kefahaman mengenai daratan ini mula diusulkan oleh saintis Amerika Syarikat Bruce Luyendyk pada tahun 1995, [7] pengimejan satelit yang berikutan menunjukkan daratan diusulkan ini kelihatan hampir seukuran Australia. [8] Kajian pada tahun 2021 menunjukkan bahawa daratan tua ini berusia 1 bilion tahun yakni kira-kira dua kali lebih awal daripada yang difikirkan oleh ahli geologi sebelumnya. [9]
Kira-kira 25 juta tahun yang lalu, bahagian selatan Zealandia (di Plat Pasifik) mula bergerak relatif mengutara (menuju Plat Indo-Australia). Perpindahan yang dihasilkan sekitar 500 km (310 bt) sepanjang Sesar Alp dapat dilihat dalam peta geologi.[10]
Daratan ini difikirkan tenggelam sepenuhnya sekitar 23 juta tahun dahulu.[11][12]
Pada tahun 2017, sepasukan sebelas ahli geologi dari New Zealand, New Caledonia, dan Australia menyimpulkan bahawa Zealandia memenuhi semua ciri suatu benua tenggelam yang berasingan dan bukannya serpihan dari suatu benua lain yang besar.[4][13][14][15]
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.