From Wikipedia, the free encyclopedia
Go Woo-ri (lahir 22 Februari 1988), dikenali secara profesional sebagai Woori ialah seorang penyanyi, pelakon dan model Korea Selatan. Beliau merupakan penyanyi rap utama kumpulan wanita Korea Selatan, Rainbow.
Go Woo-ri | |
---|---|
Latar belakang | |
Nama asal | 고우리 |
Nama lahir | Go Woo-ri |
Kelahiran | Jeonju, Jeolla Utara, Korea Selatan | 22 Februari 1988
Genre | K-pop |
Pekerjaan | |
Instrumen | Rap |
Tahun aktif | 2009–sekarang |
Syarikat rakaman | DSP Media |
Pengkarya berkait |
|
Woo-ri dilahirkan di Jeonju, Korea Selatan pada 22 Februari 1988. Beliau belajar di Sekolah Tinggi Seni Daejeon dan Universiti Sukan Kebangsaan Korea. Beliau sebelum ini merupakan seorang pelatih di SM Entertainment sebelum bertukar ke DSP Media.
Woo-ri membuat kemunculan pertama sebagai penyanyi rap dan ahli terakhir untuk menyertai kumpulan Rainbow. Pada 12 November 2009, Rainbow mengeluarkan album mini, "Gossip Girls". Persembahan pertama kumpulan ini untuk "Gossip Girls" berlangsung dalam Show! Music Core pada 14 November 2009.
Woori, Jaekyung, Seungah dan Hyunyoung membuat kemunculan pertama sebagai Rainbow Blaxx, sub-unit kedua Rainbow yang dibentuk pada tahun 2014. Kumpulan ini mengeluarkan album mini pertama mereka bertajuk RB Blaxx pada 20 Januari 2014.
Pada 10 November 2011, Woo-ri membuat penampilan pertamanya sebagai seorang pelakon dalam filem You're My Pet.[1] Pada tahun 2011, Woo-ri telah dipilih sebagai ahli musim kedua Invincible Youth.
Pada 27 Februari 2012, beliau berlakon dalam drama KBS2, I Need a Fairy.
Beliau kemudiannya diberikan peranan pembantu dalam drama Glorious Day (2014) dan Queen's Flower (2015).[2][3]
Tahun | Tajuk | Peranan | Nota |
---|---|---|---|
2010 | Heartbeat | — | Kameo |
2011 | You're My Pet | Lee Min-seon | Peranan sokongan |
Tahun | Tajuk | Saluran | Peranan | Nota |
---|---|---|---|---|
2012 | I Need a Fairy | KBS2 | Go Ria | |
2013 | Reply 1994 | TVN | "Uhm Jung-hwa" dari Universiti Yonsei | Kameo dalam Episod 18 |
Couple Clinic: Love and War | KBS2 | Go Eun | ||
2014 | Glorious Day | SBS | Jung Da-in | Peranan sokongan |
2015 | Queen's Flower | MBC | Seo Yoo-ra | Peranan sokongan |
Tahun | Tajuk | Saluran | Nota |
---|---|---|---|
2011 – 2012 | Invincible Youth (musim 2) | KBS2 | ahli |
2012 – 2013 | Hello Counselor | tetamu |
Tahun | Lagu | Artis | Peranan |
---|---|---|---|
2013 | Snake | A-Jax | Diri sendiri[4] |
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.