From Wikipedia, the free encyclopedia
Gincu (Jawi: ݢينچو) ialah produk kosmetik yang memberikan warna, tekstur dan perlindungan kepada bibir pemakai. Alat solekan ini datang dalam pelbagai warna dan jenis; dan ia secara umumnya dipakai oleh kaum wanita, namun pemakaiannya tidak terhad dalam kalangan lelaki.
Gincu juga bertindak sebagai pelembap bibir yang bertindak memberikan warna dan kelembapan kepada bibir pemakai yang cenderung mengering akibat persekitaran.
Gincu pada asasnya mengandungi pigmen, minyak, lilin dan bahan pelembap.[1] Lilin memberi bentuk dan struktur asas kepada gincu, lilin rembesan lebah mahupun dari daun karnaiba (kerana takat lebur yang tinggi) merupakan bahan paling umum digunakan. Minyak silikon boleh ditambah bagi memberi ketahanan lebih lama kepada warna kesan gincu terpakai.
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.