From Wikipedia, the free encyclopedia
Gina Marie Raimondo (/rəˈmɒndoʊ/; lahir 17 Mei 1971) ialah seorang ahli politik dan pemodal teroka Amerika Syarikat yang kini berkhidmat sebagai Setiausaha Perdagangan Amerika Syarikat yang terkini. Beliau sebelumnya berkhidmat sebagai gabenor Rhode Island dari tahun 2015 sehingga beliau meletak jawatan pada tahun 2021. Seorang anggota parti Demokrat, beliau ialah wanita pertama yang menjadi gabenor Rhode Island.[1] Sebelum pemilihannya, beliau berkhidmat sebagai bendahari agung Rhode Island dari tahun 2011 hingga 2015 dan merupakan wanita kedua yang memegang jawatan itu. Beliau dipilih sebagai calon Demokrat untuk pentadbiran Rhode Island dalam pilihan raya gabenor 2014. Raimondo memenangi pilihan raya itu pada 4 November 2014, dengan 41% undi.[2] Beliau memenangi pemilihan semula untuk penggal kedua pada 6 November 2018.
Gina Raimondo | |
---|---|
Setiausaha Perdagangan Amerika Syarikat ke-40 | |
Memegang jawatan 3 Mac 2021 | |
Presiden | Joe Biden |
Timbalan | Don Graves (calon) |
Didahului oleh | Wilbur Ross |
Gabenor Rhode Island ke-75 | |
Dalam jawatan 6 Januari 2015 – 2 Mac 2021 | |
Leftenan | Daniel McKee |
Didahului oleh | Lincoln Chafee |
Digantikan oleh | Daniel Mckee |
Butiran peribadi | |
Lahir | Gina Marie Raimondo 17 Mei 1971 Smithfield, Rhode Island, A.S. |
Parti politik | Demokrat |
Pasangan | Andrew Moffit (k. 2001) |
Anak-anak | 2 |
Pendidikan | Universiti Harvard Universiti Oxford Universiti Yale |
Laman web rasmi | Laman web kerajaan |
Berikutan pilihan raya Presiden Amerika Syarikat 2020, Raimondo disebut-sebut sebagai calon setiausaha kabinet di bawah pentadbiran presiden Joe Biden. Meskipun pertama kali beliau disebut-sebut akan memegang jawatan Setiausaha Kesihatan dan Perkhidmatan Manusia, Raimondo mengumumkan bahawa beliau tidak akan mengambil jawatan itu.[3]
Pada 8 Januari 2021, Biden mengumumkan bahawa beliau mencalonkan Raimondo untuk berkhidmat sebagai Setiausaha Perdagangan Amerika Syarikat dalam kabinetnya.[4][5] Beliau muncul di hadapan Jawatankuasa untuk Perdagangan, Sains dan Pengangkutan Senat pada 26 Januari.[6] Pada 2 Mac, undian senat 84–15 dicapai dan mengesahkan Raimondo ke jawatan Setiausaha Perdagangan.[7]
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.