From Wikipedia, the free encyclopedia
Jabatan Perdagangan Amerika Syarikat (bahasa Inggeris: United States Department of Commerce ) ialah sebuah jabatan dalam Kabinet Amerika Syarikat yang bertanggungjawab memupuk perkembangan ekonomi. Ia diasaskan pada 14 Februari 1903 sebagai Jabatan Perdagangan dan Tenaga Kerja, kemudian ditukar namanya kepada Jabatan Perdagangan pada 4 Mac 1913, sementara biro-biro dan agensi-agensi yang khusus kepada tenaga kerja dipindahkan ke Jabatan Tenaga Kerja yang baru.
United States Department of Commerce | |
Intisari agensi | |
---|---|
Dibentuk | 14 Februari 1903 |
Ibu pejabat | Bangunan Herbert C. Hoover 1401 Constitution NW, Washington, D.C. 38°53′39.48″N 77°1′58.08″W |
Eksekutif agensi |
|
Laman sesawang | commerce.gov |
Misi jabatan ini adalah "memupuk penciptaan pekerjaan dan taraf hidup yang lebih baik untuk semua rakyat Amerika dengan membentuk prasarana yang mendorong pertumbuhan ekonomi, daya saing teknologi, dan pembangunan mapan." Antara tugas-tugasnya ialah mengumpul data ekonomi dan demograf untuk perniagaan dan kerajaan membuat keputusan, mengeluarkan paten dan tanda dagang, serta membantu menetapkan piawaian industri.
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.