From Wikipedia, the free encyclopedia
Anne Louise Germaine de Staël-Holstein (disebut [an lwiz ʒɛʁmɛn də stal ɔlstajn] terdekat [an lu.wiz jér.mén dĕr stal ol.stain], 22 April 1766 – 14 Julai 1817) ialah seorang pakar teori politik Geneva. Beliau sendiri merupakan antara saksi utama kepada perubahan sosiopolitik dibawa ke Perancis berikutan Revolusi, kemunculan pengaruh Napoleon Bonaparte dan Pemulihan Perancis.[3]
Germaine de Staël | |
---|---|
Kelahiran | Anne-Louise Germaine Necker 22 April 1766 |
Meninggal dunia | 14 Julai 1817 51) Paris, Pernacis | (umur
Karya terkenal |
|
Pasangan |
|
Sekolah | Romantisisme |
Kepentingan utama |
|
Tandatangan | |
Germaine Necker lahir di kediaman hôtel d'Hallwyll, rue Michel-le-Comte, kota Paris pada 22 April 1766. Ibunya Suzanne Curchod, anak seorang paderi Calvinis, manakala ayahnya Jacques Necker seorang pegawai kerajaan yang pernah berkhidmat sebagai bendahara dan menteri kewangan di bawah pemerintahan Raja Louis XVI - beliau dipecat atas tindakannya mendedahkan perbelanjaan kerajaan Perancis yang sebelum ini dikira rahsia sulit kepada orang ramai tahun 1781.[4]
Ibunya sangat mementingkan keadaan pendidikan anaknya di mana dia menerapkan bersama pemikiran Jean-Jacques Rousseau serta displin kefahaman Calvinisme.[5] Malah, Suzanne sering membawa Germaine ke tempat pertemuan diuruskannya di mana ia sering ikunjungi banyak pemikir hebat sezaman seperti Comte de Buffon, Jean-François Marmontel, Melchior Grimm dan Edward Gibbon antara lainnya.
Pada 2 September 1789, suatu soal siasat besar-besaran bakal dilaksanakan dalam kalangan orang yang ada hubungan kebangsawanan dan keagamaan dipersetujui dalam kalangan anggota Sidang Kebangsaan. Beliau yang merasa terancam nyawanya cuba melarikan diri sebaik sahaja mendapat khabar ini. Meskipun beliau menyamar berpakaian seperti seorang duta, namun orang ramai mengesannya dan menahannya untuk dibawa menghadap Maximilien de Robespierre di dewan bandar Paris.[6] Namun, Robespierre melepaskan Germaine; Germaine dibawa pulang dengan pengawasan Louis Pierre Manuel ke rumahnya. Pada keesokan hrinya; Jean-Lambert Tallien yang mengetuai Komun Paris keesokan harinya berjumpa Germaine membawakan pasport baru yang membolehkan Germaine melepasi sempadan polis.[7]
Beliau banyak membuat pemerhatian terhadap banyak masyarakat yang dilawati serta budaya dan sistem pemerintahan yang diamalkan; perkara ini terzahir dalam buku De l'Allemagne (1810) di mana ia membandingkan genre sastera lazim antara rantau-rantau Eropah Utara yang romantis dan Eropah Selatan yang klasik formal, malah De Staël mengambil peluang mengkritik pemerintahan sedia ada di Perancis melalui penekanan terhadap bangsa Jerman yang membangkitkan kesadaran akan sejarah, budaya, dan karakter nasional serta penerapan lalu diwajarkan pencontohan ia untuk Perancis sendiri.[8] Beliau nekad menerbitkan karya ini di negara tersebut sehingga berseloroh menulis ketidakpuashatiannya kepada pihak Maharaja memandangkan ia boleh dilihat sebagai menempelak Napoleon secara tidak langsung dan halus[9] Malah, Menteri Polis Anne Savary menegah Staël berbuat demikian atas rasa kasihan kepadanya - sifat kandungan buku tersebut diulaskan Savary yang menegur: "karya terbaru kamu tidak keperancisan. Ia bakal memberi tanggapan bahawa negara ini [Perancis] seolah-olah tidak dapat menemukan titik sehaluan malah akan menyebabkan orang yang kamu sanjung menjadi berkurang".[nota 1][11]
Pada awalnya selepas penerbitan De l'Allemagne, Germaine tidak begitu diganggu, namun tempat pertemuannya menjadi sasaran pihak polis yang memberkas dan memnghukum buang para pengikutnya seperti François-Emmanuel Guignard, De Montmorency dan Récamier atas hubungan mereka. Oleh yang demikian, Germaine merancang pelolosan diri dengan manuskrip dibawanya ke England atau Sweden. Beliau bertolak dari Coppet pada 23 Mei 1812 atas alasan mahu bersiar, namun beliau membuat lencongan perjalanannya ke Bern, Innsbruck dan Salzburg sebelum ke Vienna untuk berjumpa Klemens von Metternich yang mendapatkan pasport memudahkan beliau bersuaka di Rusia.[12] Apabila Napoleon menakluk Rusia pada 1812, de Staël, dua anaknya dan Schlegel bertolak dari Brno melalui Galicja Habsburg ke Łańcut untuk berjumpa Rocca. Mereka kemudiannya merantau jauh ke selatan sebelum mereka tiba berlindung di Volhynia pada 14 Julai 1812.
Beliau segera bertolak ke Coppet pada bulan Mac 1815 setelah mendapat tahu pendaratan Napoleon di Côte d'Azur (antara Cannes dan Antibes).[13] Beliau berjaya mendapatkan pampasan atas hutang keluarganya dengan pemerintah Bourbon Perancis tahun 1778 sebelum meletusnya Revolusi.[14] Beliau berpindah ke Itali pada bulan Oktober tahun sama dengan meletusnya Pertempuran Waterloo demi kesihatan kedua-dua diri dan suami beliau yang menghidap batuk kering, mereka berpindah ke Coppet pada Jun tahun berikutnya.
De Staël pulang ke Paris pada musim 1816–17. Di sana beliau berkenalan dengan Arthur Wellesley, Duke Wellington di mana mereka menjadi kawan karib; dari persahabatan ini De Staël berjaya meyakinkan Wellesley mengurangkan pengaruh tentera terhadap Perancis dalam kegentingan berikutan peperangan yang menimpa Perancis.[15]
Keadaan De Staël merosot apabila dia lumpuh lalu tidak dapat bergerak luar rumahnya sejak 21 Februari 1817. Beliau juga dilaporkan sering mengalami masalah kesihatan dalaman di mana beliau sering tidak dapat tidur mahupun lawas membuang air, beliau terpaksa bergantung kepada candu untuk melegakan kesakitan dialami.
Beliau meninggal dunia tidak lama kemudian pada 14 Julai 1817 akibat pendarahan otak. Mayatnya dikebumikan bersebelahan ibu bapanya di tanah perkuburan setempat tidak jauh dari kediaman keluarga di Coppet atas permintaan wasiatnya.[16].
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.