Gempa bumi Sichuan 2008
From Wikipedia, the free encyclopedia
Gempa bumi Sichuan 2008 (Cina: 四川大地震), pada magnitud 8.0 Ms/ 7.9 Mw, berlaku pada jam 14:28:01.42 CST (06:28:01.42 UTC) pada 12 Mei 2008 di wilayah Sichuan, China. Di China, bencana ini dipanggil gempa bumi Wenchuan (Cina: 汶川大地震), sempena pusat gempa di Kaunti Wenchuan di wilayah Sichuan. Pusat gempa terletak 80 kilometer (50 bt) di barat-barat laut Chengdu, ibu wilayah Sichuan, dengan kedalaman 19 kilometer (12 bt).[1] Gempa bumi ini terasa hingga ke tempat sejauh Beijing (1,500 km jauhnya) dan Shanghai (1,700 km jauhnya), sehingga bangunan pejabat pun tergoyang akibat gegaran.[6] Gempa bumi ini juga terasa di beberapa negara jiran berhampiran.
Tarikh | 12 Mei 2008 |
---|---|
Magnitud | 7.9 Mw[1] / 8.0 Ms[2] |
Kedalaman | 19 kilometer (12 bt) |
Koordinat | 31.021°N 103.367°E / 31.021; 103.367 (Sichuan earthquake) (Daerah Wenchuan di Wilayah Sichuan) |
Kawasan terjejas | Republik Rakyat China |
Gegaran susulan | 83 gegaran susulan kuat setakat ini lebih 7,000 gegaran susulan kecil[3] |
Korban | 69,197 (mati) 374,176 (cedera) 18,238 (hilang) (sehingga 16 Julai)[4][5] |
Perangkaan rasmi (pada 21 Julai 2008 12:00 CST) menyatakan bahawa 69,197 orang disahkan mat, termasuk 68,636 di wilayah Sichuan, dan 374,176 lagi cedera, dengan 18,222 lagi disenaraikan hilang.[4] Gempa bumi ini juga menyebabkan kira-kira 4.8 juta orang kehilangan tempat tinggal,[7] though the number could be as high as 11 million.[8] Kira-kira 15 juta orang tinggal dalam kawasan yang terjejas. Inilah gempa bumi paling dahsyat yang pernah melanda China semenjak gempa bumi Tangshan 1976 yang meragut lebih 240,000 orang, dan juga yang paling kuat sejak gempa bumi Chayu 1950 di negara ini juga yang mencatat 8.5 pada skala magnitud Richter.[9]
Majlis Negara mengisytiharkan tempoh berkabung selama tiga hari untuk memperingati mangsa gempa bumi mulai 19 Mei 2008; Bendera Kebangsaan China dan Bendera-bendera Kawasan Hong Kong SAR dan Macau SAR dikibarkan separuh tiang. Pada jam 14:28 CST , 19 Mei 2008, seminggu selepas berlakunya musibah ini, orang awam China bertakafur sebagai tanda berkabung; kenderaan, kapal, kereta api, dan penggera pertahanan udara berbunyi, diikuti saat kesunyian selama tiga minit. [10][11][12] Jawatankuasa Penganjuran Ningbo larian obor Olimpik Beijing mengumumkan bahawa larian berkenaan digantung selama tiga hari ini.[13]
Pada 6 November 2008, kerajaan pusat mengumumkan bahawa 1 trilion yuan (kira-kira AS$146.5 billion) akan digunakan selama tiga tahun seterusnya untuk membina semula kawasan yang diranapkan oleh gempa earthquake.[14]