![cover image](https://wikiwandv2-19431.kxcdn.com/_next/image?url=https://upload.wikimedia.org/wikipedia/commons/thumb/1/1a/2008pakistan_earthquake.jpg/640px-2008pakistan_earthquake.jpg&w=640&q=50)
Gempa bumi Pakistan 2008
From Wikipedia, the free encyclopedia
Sebuah gempa bumi bermagnitud Mw 6.4 melanda wilayah Balochistan di Pakistan pada 29 Oktober 2008. Agensi Pemantauan Geologi Amerika Syarikat melaporkan gempa tersebut berlaku 60 km (37 bt) di utara Quetta dan 185 km (115 bt) di tenggara bandar raya Kandahar, Afghanistan pada jam 04:09 waktu tempatan (28 Oktober, 23:09 UTC) pada kedalaman 10 km (6.2 bt).
![]() | |
Tarikh | 29 Oktober 2008 |
---|---|
Magnitud | 6.4 Mw |
Kedalaman | 10 km (6.2 bt)[1] |
Koordinat | Wilayah Balochistan, berhampiran Quetta |
Kawasan terjejas | ![]() |
Korban | 215[2] |
Setakat ini 215 orang disahkan terkorban, tetapi jumlah kematian mungkin mencecah 400 orang.[3] Lebih 200 orang terselamat dengan mengalami kecederaan,[4][1][5] dan 120,000 lagi kehilangan tempat tinggal.[6][7]
Akhbar New York Times melaporkan Qamar Zaman Chaudhry, ketua pengarah Jabatan Meteorologi Pakistan, menyatakan bahawa pusat gempa terletak 70 batu di utara Quetta,[8] dan lebih kurang 600 km (370 bt) di barat daya Islamabad.[9] Quetta, pusat pentadbiran wilayah Baluchistan, pernah diranapkan oleh sebuah gempa bumi bermagnitud Mw 7.6 yang meragut lebih 30,000 nyawa pada tahun 1935, menurut agensi Pemantauan Geologi Amerika Syarikat.[10][11]