From Wikipedia, the free encyclopedia
Garde Nationale ("Pengawal Kebangsaan") ialah sebuah pasukan simpanan polis dan tentera serta gendarmerie di Perancis diwujudkan dalam bentuk semasa pada tahun 2016. Namun, badan ini turut ada duluannya pada zaman dahulu ketika peralihan pemerintahan dari bentuk kerajaan ke repubilk di Perancis serta ketika banyak berlakunya pergelutan di antara tempoh-tempoh ini.
Garde Nationale | |
---|---|
Aktif | 1789–1827 1831–1872 2016–kini |
Negara | Perancis |
Cawangan | Angkatan Tentera Perancis |
Jenis | Pengawal Kebangsaan Gendarmerie |
Saiz | 75,000 |
Sebahagian daripada | Angkatan Tentera Perancis |
Moto | Honneur et Patrie "Kehormatan dan Tanah Air" |
Pertempuran |
|
Laman web | gouvernement |
Komander | |
Menteri Angkatan Tentera | Florence Parly |
Setiausaha Agung Pengawal Kebangsaan | Jeneral Gaëtan Poncelin de Raucourt |
Komander terkenal | Gilbert du Motier, marquis de Lafayette |
Perang Perancis-Prusia membawa kepada penggulingan kerajaan Maharaja Napoleon III pada bulan September 1870 yang membawa kepada penubuhan Republik Perancis Ketiga; di mana pemerintah Republik tersebut memindahkan pusat mereka ke Tours. Paris pada ketika ini dijaga pasukan Pengawal berbanding pasukan tentera biasa. Paris diserahkan kepada pihak Prusia pada 28 Januari 1871, ketua eksekutif pemerintah Adolphe Thiers menandatangani suatu gencatan senjata dengan Prusia yang membubarkan Tentera Perancis namun ia tidak menjejaskan pihak Pengawal.
Suatu peperangan tercetus antara pihak pemerintah Republik dengan golongan radikal dalam Garde National dari 21 hingga 28 Mei 1871. Suatu laporan daripada Jeneral Félix Antoine Appert hanya menyatakan sebanyak 877 orang terkorban, 6,454 cedera dan 183 orang yang hilang dalam kalangan askar tentera dari bulan April hingga Mei ketika tercetusnya konflik ini.
Berikutan peristiwa tersebut, badan ini dibubarkan di semua komun di Perancis pada 25 Ogos 1871. Undang-undang 27 Julai 1872 menyatakan bahawa "setiap badan bersenjata yang diorganisasikan tertakluk kepada undang-undang tentera melaporkan diri kepada Kementerian Perang" (Perkara 6).
Pada bulan Julai 2016, berikutan siri serangan pengganas yang didakwa dilakukan oleh Daesh di serata Perancis, Presiden François Hollande mengumumkan pembentukan semula sebuah Pengawal Kebangsaan yang terdiri daripada anggota simpanan dan sukarelawan. Ia ditubuhkan secara rasminya pada Oktober 2016[1][2] di mana ia termasuk anggota pasukan simpanan tentera, polis dan gendarmerie yang keseluruhannya 72,000 orang diselaraskan oleh setiausaha umum yang sama.[3] Keanggotaan dalam pasukan ini meningkat dengan drastiknya pada akhir bulan Oktober 2016 hasil sukarelawan daripada kalangan remaja yang didorong "memerangi keganasan" hasil insiden penembakan pejabat majalah Charlie Hebdo pada tahun tersebut; lalu jumlah tenaga kerja pasukan bertambah mencapai 85,000 orang pada tahun 2018.[4]
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.