Fußball-Bundesliga
From Wikipedia, the free encyclopedia
Fußball-Bundesliga ("Liga Bola Sepak Persekutuan [Jerman]") atau ringkasnya Bundesliga ("Liga Persekutuan") merupakan tahap tertinggi dalam liga bola sepak Jerman. Istilah Bundesliga juga digunakan dalam bola sepak di Austria dan adalah sudah biasa merujuk kepada pertandingan liga peringkat tertinggi dalam beberapa sukan lain dalam kedua-dua buah negara. Bundesliga terdiri daripada 18 pasukan dan beroperasi pada sistem kenaikan pangkat dan penyingkiran dengan 2. Bundesliga. Musim berlangsung dari Ogos hingga Mei. Permainan dimainkan pada hari Jumaat, Sabtu dan Ahad. Semua kelab Bundesliga mengambil bahagian dalam pertandingan piala DFB-Pokal. Pemenang Bundesliga layak ke DFL-Supercup.
Rencana ini mungkin boleh dikembangkan melalui teks yang diterjemah daripada rencana yang sepadan dalam Wikipedia Bahasa Jerman. (Februari 2024)
Klik [tunjuk] pada sebelah kanan untuk melihat maklumat penting sebelum menterjemahkan.
|
Rencana ini perlu dikemas kini. (Februari 2024) |
Negara | Jerman |
---|---|
Konfederasi | UEFA |
Ditubuhkan | 1963 |
Bilangan pasukan | 18 |
Disingkirkan ke | 2. Bundesliga |
Aras | Tahap 1 |
Piala domestik | DFB-Pokal |
Piala antarabangsa | Liga Juara-Juara Liga Europa UEFA Liga Persidangan Europa UEFA |
Juara semasa | Bayer Leverkusen (Pertama Kejuaraan) |
Kejuaraan terbanyak | FC Bayern Munich (32 kejuaraan) |
Tapak sesawang | http://www.bundesliga.de |
Musim 2023–24 |
Bundesliga merupakan salah satu liga nasional papan atas, saat ini menduduki peringkat ke-3 di Eropa sesuai dengan peringkat Koefisien Liga UEFA, berdasarkan data terbaru[1] Bundesliga saat ini adalah liga bola sepak nombor satu di dunia dari segi pengiraan kehadiran penonton sebanyak rata-rata 45m134 peminat sepertandingan yang mana musim 2011-12 adalah yang tertinggi kedua dari setiap liga olahraga di dunia.[2]
Sebanyak lima puluh enam kelab telah bersaing dalam Bundesliga sejak penubuhannya. Bayern Munich telah memenangi 32 daripada 60 gelaran, serta sebelas musim terakhir, yang merupakan rekod Eropah.[3] Namun Bundesliga juga telah melahirkan juara lainnya dengan Borussia Dortmund, Hamburger SV, Werder Bremen, Borussia Mönchengladbach dan VfB Stuttgart yang paling menonjol di antara beberapa persatuan yang lain.