From Wikipedia, the free encyclopedia
Fromis 9 (Hangul: 프로미스나인 ; digayakan sebagai fromis_9) adalah kumpulan wanita dari Korea Selatan yang ditubuhkan oleh CJ E&M menerusi rancangan realiti Idol School pada tahun 2017. Kumpulan ini mempunyai sembilan orang ahli: Roh Ji-sun, Song Ha-young, Lee Sae-rom, Lee Chae-young, Lee Na-gyung, Park Ji-won, Lee Seo-yeon dan Baek Ji-heon.[2][3] Pada asalnya mempunyai sembilan orang ahli, Jang Gyu-ri meninggalkan kumpulan ini pada 31 Julai 2022.
Fromis_9 | |
---|---|
Latar belakang | |
Berasal dari | Seoul, Korea Selatan |
Genre | |
Tahun aktif | 2018 | –sekarang
Syarikat rakaman | |
Laman sesawang | Laman sesawang rasmi |
Ahli |
|
Bekas ahli |
|
Kumpulan ini debut pada 24 Januari 2018, di bawah Stone Music Entertainment dengan mengeluarkan album mini pertama mereka To. Heart.[4] Pada bulan September 2018, disahkan bahawa Fromis 9 akan diuruskan oleh Off The Record Entertainment, label baru yang ditubuhkan oleh Stone Music.[5] Sebagai sebahagian daripada pengurusan mereka, Pledis Entertainment bertanggungjawab ke atas arahan kreatif dan pengeluaran muzik kumpulan ini dari debut.
Kumpulan ini diuruskan bersama oleh Off the Record dan Stone Music. Mulai 16 Ogos 2021, sebagai sebahagian daripada penyusunan semula label Off The Record Entertainment, Pledis Entertainment akan berkhidmat sebagai syarikat pengurusan untuk kumpulan ini.[6]
Nama kumpulan "Fromis_" dicadangkan oleh warganet melalui laman web rasmi Idol School dan dipilih oleh CJ E&M, dengan digambarkan sebagai "From Idol School" dan "Promise" dalam pengucapan Korea, juga bermaksud "to keep their promise [to viewers] to be the best girl group (menepati janji mereka [kepada penonton] untuk menjadi kumpulan gadis terbaik)".[7] Melalui pengumuman di media social mereka oleh agensi mereka, kumpulan ini memutuskan untuk menambahkan 9 pada nama mereka menjadi "fromis_9".[8][9]
Pada Mac 2017, diumumkan bahawa Mnet, saluran yang sama yang bertanggungjawab untuk beberapa rancangan realiti yang terkenal termasuk Sixteen dan Produce 101, akan melancarkan rancangan survival realiti baru yang bertajuk Idol School untuk membentuk kumpulan gadis baru.[10] Rancangan ini ditayangkan secara perdana pada 13 Julai dan berakhir pada 29 September 2017 dengan Roh Ji-sun, Song Ha-young, Lee Sae-rom, Lee Chae-young, Lee Na-gyung, Park Ji-won, Lee Seo-yeon, Baek Ji-heon dan Jang Gyu-ri sebagai sembilan ahli Fromis. Susunan terakhir diputuskan melalui undian penonton secara langsung dan dalam talian.[11][12][13] Pledis Entertainment, diketuai oleh CEO Han Sung-soo, menguruskan latihan dan debut kumpulan itu.[14]
Fromis menayangkan program realitinya sendiri pada 19 Oktober bertajuk Fromis' Room tentang meneruskan laluan untuk debut. Ia mengikuti format siaran serentak, di mana ia menggabungkan bahan pra-rakaman dan tayangan semula siaran Facebook Live di asrama mereka.[15] Nama kumpulan itu kemudian ditukar menjadi Fromis 9 berikutan episod terakhir Fromis' Room pada 23 November, dengan "9" yang bermaksud sembilan pelajar yang lulus dari Idol School.[9]
Pada 29 November, Fromis 9 mempersembahkan single pra-debut mereka yang bertajuk "Glass Shoes" di 2017 Mnet Asian Music Awards di Jepun. Lagu itu dikeluarkan sebagai single digital pada keesokan harinya.[16][17] Mereka juga mempersembahkan lagu pada episod 15 Disember Music Bank dan itu menandakan penampilan pertama kumpulan itu dalam sebuah program muzik.[18]
Pada 8 Januari 2018, diumumkan bahawa Fromis 9 secara rasmi akan melakukan debut dengan album mini pertama mereka bertajuk To. Heart.[19][20][21] Album mini itu, bersama single utamanya "To Heart" dikeluarkan pada 24 Januari.[4] Album mini memulakan debut di nombor 4 di Gaon Album Chart yang dikeluarkan pada 27 Januari 2018.[22]
Pada 10 Mei, disahkan bahawa Jang Gyu-ri telah menyertai sebagai peserta dalam Produce 48.[23] Fromis 9 meneruskan sebagai kumpulan lapan orang ahli dan mengeluarkan album mini kedua mereka To. Day dengan single utama "DKDK" pada 5 Jun, tanpa Jang Gyu-ri kerana penyertaannya dalam rancangan itu.[24][25] Fromis 9 kembali menjadi kumpulan sembilan orang ahli selepas Jang Gyu-ri tersingkir dalam penyingkiran ke-3 apabila dia menduduki tempat ke-25.
Mulai 21 September, Fromis 9 akan diuruskan di bawah Off The Record Entertainment, sebuah agensi baru yang ditubuhkan secara eksklusif untuk Fromis 9 dan kumpulan wanita Korea-Jepun Selatan, Iz*One.[5]
Kumpulan ini mengeluarkan satu album istimewa bertajuk From.9 pada 10 Oktober dengan single utama "Love Bomb". Ini adalah comeback pertama dengan kesemua 9 orang ahli setelah kembalinya Jang Gyu-ri.[26][27]
Pada 15 Oktober, Fromis 9 membuat debut lakonan mereka dalam siri web Welcome to Heal Inn di V Live rasmi mereka. Namun, ianya difilemkan semasa ketiadaan Jang Gyu-ri.[28]
Pada 8 Februari 2019, musim pendek/mini kedua Welcome to Heal Inn diumumkan untuk Musim Sejuk, kali ini dengan Jang Gyu-ri ditambah sebagai pengembara baharu.[29] Pada bulan Mei, Jang Gyu-ri membuat debut lakonan solonya dalam drama web, Compulsory Dating Education.[30]
Pada 4 Jun, Fromis 9 mengeluarkan album single pertama mereka Fun Factory dengan single utama "Fun!".[31] Album ini mencapai nombor 2 di Gaon Album Chart, satu pencapaian baharu bagi kumpulan ini.[32]
Kumpulan ini mengeluarkan album mini ketiga mereka My Little Society pada 16 September, dengan single utama "Feel Good (Secret Code)".[33] Pada 10 September, Off The Record mengesahkan bahawa Lee Seo-yeon akan menarik diri daripada semua promosi untuk comeback ini kerana kecederaan kaki baru-baru ini dan kumpulan ini akan mempromosikan sebagai kumpulan lapan orang ahli.[34] Album mini ini mencapai No. 3 di Gaon Album Chart.[35]
Pada 17 Mei, kumpulan ini mengeluarkan album single kedua mereka 9Way Ticket dengan single utama "We Go".[36]
Pada 16 Ogos, diumumkan bahawa Fromis 9 telah meninggalkan Off The Record dan Pledis Entertainment akan mengambil alih pengurusan kumpulan ini.[37]
Pada 1 September, kumpulan ini mengeluarkan album single istimewa baru mereka Talk & Talk dengan single utama dengan nama yang sama.[38] Pada 7 September, kumpulan ini memenangi kemenangan program muzik pertama mereka di SBS MTV The Show dengan lagu "Talk & Talk".[39]
Pada 17 Januari, kumpulan ini mengeluarkan album mini keempat mereka Midnight Guest dengan single utama "DM".[40]
Pada 24 Februari 2022, telah diumumkan bahawa ahli Baek Ji-heon akan berehat daripada aktiviti kerana masalah kesihatan.[41]
Pada 27 Jun 2022, kumpulan ini mengeluarkan album mini kelima mereka From Our Memento Box dengan single utama "Stay This Way".[42]
Pada 28 Julai 2022, Pledis Entertainment mengumumkan bahawa Jang Gyu-ri akan meninggalkan kumpulan ini pada 31 Julai. Dalam siaran akhbar mereka, Pledis menyatakan bahawa apabila pengurusan Fromis 9 dipindahkan ke syarikat itu pada tahun 2021, setiap ahli lain menandatangani kontrak baharu dengan syarikat mereka. Walau bagaimanapun, hanya Gyuri yang masih mengekalkan kontrak dengan agensinya sebelum ini iaitu Off The Record yang hanya berbaki satu tahun sahaja. Selepas 31 Julai, Fromis 9 akan diteruskan sebagai kumpulan lapan orang ahli.[43]
Pada 28 Oktober 2022, telah diumumkan bahawa ahli Lee Sae-rom dan Lee Seo-yeon akan berehat daripada aktiviti kerana masalah kesihatan.[44] Sae-rom kembali beraktiviti pada penghujung tahun itu, semasa persembahan pada 2022 SBS Gayo Daejeon.[45] Seo-yeon also returned to activities by the event.[46]
Pada 5 Jun 2023, kumpulan ini mengeluarkan album studio pertama mereka bertajuk Unlock My World dengan single utama "#menow", yang juga akan menjadi keluaran pertama mereka sebagai kumpulan lapan orang ahli.[47] Pada 11 Oktober 2023, kumpulan ini mengeluarkan single "Love Me Back" sebagai sebahagian daripada runut bunyi untuk webtoon Naver Operation: True Love.[48]
Pada Julai 2024, Fromis 9 telah disahkan bersedia untuk album baharu, yang ditetapkan untuk dikeluarkan pada bulan Ogos.[49] Pada bulan Julai, kumpulan ini juga membuat persembahan di beberapa festival, termasuk Weverse ConKwave Music Festival[50] di Manila dan penampilan pertama mereka di festival Waterbomb di tiga buah bandar.[51]
Pada 18 Julai, Fromis 9 mengumumkan album single mereka yang akan datang bertajuk Supersonic yang akan dikeluarkan pada 12 Ogos.[52]
Tajuk | Butiran album | Kedudukan tertinggi carta |
Jualan | ||
---|---|---|---|---|---|
KOR [53] |
JPN [54] |
JPN Hot [55] | |||
Unlock My World |
|
5 | 8 | 7 | |
Tajuk | Butiran album | Kedudukan tertinggi carta |
Jualan | |
---|---|---|---|---|
KOR [58] |
JPN [59] | |||
To. Heart |
|
4 | — | |
To. Day |
|
4 | — | |
My Little Society |
|
3 | — |
|
Midnight Guest |
|
2 | 3 | |
From Our Memento Box |
|
1 | 6 | |
Tajuk | Butiran album | Kedudukan tertinggi carta |
Jualan | |
---|---|---|---|---|
KOR [58] |
JPN [69] | |||
From.9 |
|
3 | — |
|
Fun Factory |
|
2 | — |
|
9 Way Ticket |
|
4 | 9 | |
Talk & Talk |
|
9 | — |
|
Supersonic |
|
Akan diumumkan |
Tajuk | Tahun | Kedudukan tertinggi carta |
Album | ||
---|---|---|---|---|---|
Circle [75] |
KOR Hot. [76] |
US World [77] | |||
"Glass Shoes" (유리구두) | 2017 | — | — | — | Single bukan-album |
"To Heart" | 2018 | — | — | — | To. Heart |
"DKDK" (두근두근) | — | — | — | To. Day | |
"Love Bomb"[A] | —[B] | — | 22 | From.9 | |
"Fun!" | 2019 | —[C] | 94 | — | Fun Factory |
"Feel Good (Secret Code)" | 2020 | —[D] | 82 | — | My Little Society |
"We Go" | 2021 | 106 | 51 | 14 | 9 Way Ticket |
"Talk & Talk" | 97 | — | — | Talk & Talk | |
"DM" | 2022 | 57 | 66 | — | Midnight Guest |
"Stay This Way" | 14 | — | — | From Our Memento Box | |
"#menow" | 2023 | 13 | — | Unlock My World | |
Tajuk | Tahun | Kedudukan tertinggi carta |
Album |
---|---|---|---|
KOR | |||
"All Together Cha Cha Cha" (다함께 차차차) | 2019 | — | Immortal Songs: Singing the Legend (Kim Byeong Geol) |
"Stay Alive" | 2022 | —[E] | Crazy Love OST Part 2 |
"Love Me Back" | 2023 | —[F] | Operation: True Love OST |
Tahun | Muzik video | Album | Pengarah | Ref. |
---|---|---|---|---|
2017 | "Glass Shoes" (유리구두) | Single-bukan album | VISUALSFROM. | [84] |
2018 | "To Heart" | To. Heart | Digipedi | [85] |
"DKDK" (두근두근) | To. Day | [86] | ||
"Love Bomb" | From.9 | [87] | ||
2019 | "Fun!" | Fun Factory | [88] | |
2020 | "Feel Good (Secret Code)" | My Little Society | Wooje Kim (ETUI) |
[89] |
2021 | "We Go" | 9 Way Ticket | Ziyong Kim (FantazyLab) |
[90] |
"Talk & Talk" | Talk & Talk | |||
2022 | "DM" | Midnight Guest | Lee Inhoon (SEGAJI) |
[91] |
"Stay This Way" | from our Memento Box | BEOMJIN PKA PARANOID PARADIGM (VM PROJECT ARCHITECTURE) |
[92] | |
2023 | "#menow" | Unlock My World | Guzza (KUDO) |
[93] |
Tahun | Tajuk | Saluran |
---|---|---|
2017 | Idol School | Mnet |
Fromis’ Room | Mnet, Facebook Live | |
Fromis 9 TV Behind | Naver V Live | |
Mind Map | ||
2018 | THE 100 Season 2 | |
2018-2019 | Channel_9 Season 1 | Naver V Live, YouTube |
2019 | Channel_9 Season 2 | |
2020 | Channel_9 In The HOUSE | |
2021 | Channel_9 Season 3 |
Tahun | Tajuk | Saluran |
---|---|---|
2018 | Welcome to Heal Inn | Naver V Live |
2019 | We See Winter | Naver V Live |
Anugerah | Tahun | Kategori | Calon / Karya | Keputusan | Ref. |
---|---|---|---|---|---|
Asia Artist Awards | 2018 | Most Popular Artists (Singer) – Top 50 | Fromis 9 | Tercalon | [94] |
Rising Award | Menang | ||||
2019 | Most Popular Artists (Singer) – Top 50 | Tercalon | |||
Starnews Popularity Award (Female Group) | Tercalon | ||||
2021 | Female Idol Group Popularity Award | Tercalon | [95] | ||
2023 | Popularity Award – Singer (Female) | Menunggu | [96] | ||
Asia Model Awards | 2018 | New Star Award (Singer) | Menang | [97] | |
Brand Customer Loyalty Award | 2021 | Hot Trend Female Idol Group | Menang | [98] | |
Brand of the Year Awards | 2021 | Hot Trend Female Idol | Menang | [99] | |
Broadcast Advertising Festival | 2023 | CF Star Award | Menang | [100] | |
Gaon Chart Music Awards | 2019 | New Artist of the Year | Tercalon | ||
Genie Music Awards | 2018 | Artist of the Year | Tercalon | [101] | |
Best New Female Artist | Tercalon | ||||
Genie Music Popularity Award | Tercalon | ||||
Golden Disc Awards | 2019 | Rookie of the Year | Tercalon | ||
Popularity Award | Tercalon | ||||
Hanteo Music Awards | 2023 | Post Generation Award | Menang | [102] | |
K Global Heart Dream Awards | 2022 | K Global Best Performance Award | Menang | [103] | |
2023 | K Global Best Music Video Award | Menang | [104] | ||
Korea Popular Music Awards | 2018 | Rookie of the Year | Tercalon | [105] | |
Melon Music Awards | 2018 | Best New Artist | Tercalon | ||
Mnet Asian Music Awards | 2018 | Best New Female Artist | Tercalon | [106] | |
2021 | Worldwide Fan's Choice Top 10 | Senarai pendek | [107] | ||
Seoul Music Awards | 2019 | New Artist Award | Tercalon | ||
Popularity Award | Tercalon | ||||
Hallyu Special Award | Tercalon | ||||
V Live Awards | 2019 | Rookie Top 5 | Menang | [108] |
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.