From Wikipedia, the free encyclopedia
Franck Yannick Kessié (lahir 19 Disember 1996) merupakan pemain bola sepak Ivory Coast yang beraksi di posisi pemain tengah untuk kelab Arab Saudi, Al-Ahli dan pasukan kebangsaan Ivory Coast.
Maklumat peribadi | |||
---|---|---|---|
Nama penuh | Franck Yannick Kessié | ||
Tarikh lahir | 19 Disember 1996 | ||
Tempat lahir | Ouragahio, Ivory Coast | ||
Ketinggian | 1.83 m (6 ka 0 in) | ||
Posisi permainan | Pemain tengah | ||
Maklumat kelab | |||
Kelab terkini | Al-Ahli | ||
Nombor | 79 | ||
Kerjaya remaja | |||
2010–2014 | Stella Club | ||
2014–2015 | Atalanta | ||
Kerjaya Senior* | |||
Tahun | Pasukan | Kmcln | (Gol) |
2015–2019 | Atalanta | 30 | (6) |
2015–2016 | → Cesena (pinjam) | 38 | (4) |
2017–2019 | → Milan (pinjam) | 71 | (12) |
2019–2022 | AC Milan | 103 | (23) |
2022–2023 | Barcelona | 28 | (1) |
2023– | Al-Ahli | 7 | (3) |
Pasukan kebangsaan‡ | |||
2013 | Ivory Coast B17 | 5 | (0) |
2015 | Ivory Coast B20 | 4 | (0) |
2014– | Ivory Coast | ||
* Gol dan kemunculan untuk kelab senior hanya untuk liga domestik dan tepat pada 22:59, 22 September 2023 (UTC) ‡ Gol dan kemunculan pasukan kebangsaan hingga 23:15, 12 September 2023 (UTC) |
Kessié memulakan kerjayanya di akademi Stella Club d'Adjamé pada tahun 2010.[1] Pada tahun 2014, beliau telah dimasukkan ke dalam skuad senior.[2]
Pada 29 Januari 2015, Kessié menandantangani kontrak tiga tahun bersama kelab Serie A, Atalanta.[3] Beliau telah dibawa masuk ke dalam skuad Primavera sejurus ketibaannya. Beliau beraksi dalam perlawanan peringkat Eropah pada 1 Mac ketika menentang A.C. Milan Primavera.
Pada 18 April 2015, Kessié telah dipanggil ke skuad senior untuk menghadapi perlawanan menentang Roma[4] tetapi beliau kekal sebagai pemain simpanan.
Pada 26 Ogos 2015, Kessié berpindah ke Cesena yang beraksi di Serie B selama tempoh satu tahun. Beliau melakukan penampilan sulungnya untuk Cesena pada 26 September dengan menggantikan pemain Antonio Ragusa ketika perlawanan terikat seri tanpa jaringan menentang Perugia.
Kessié menjaringkan gol pertamanya pada 31 Oktober 2015 ketika pasukannya melakar kemenangan 2–0 ke atas Virtus Lanciano. Beliau seterusnya tampil dalam kesebelasan utama pasukan dengan lebih kerap. Pada musim tersebut, beliau telah beraksi sebanyak 37 perlawanan dan menjaringkan empat gol selain pasukannya melangkah ke pusingan play-off ke Serie A namun tertewas.
Setelah tamatnya tempoh pinjaman di Cesena, Kessié telah dimasukkan ke dalam skuad utama oleh pengurus Gian Piero Gasperini.[5] Selepas beraksi untuk skuad utama dalam aksi pra-musim, beliau melakukan penampilan sulungnya untuk Atalanta pada 13 Ogos 2016 ketika perlawanan Coppa Italia menentang Cremonese yang berkesudahan Atalanta menang 3-0. Enam hari kemudian, beliau menandantagani kontrak baru bersama Atalanta yang meletakkan beliau di Atalanta sehingga tahun 2021.
Kessié melakukan penampilan sulungnya di Serie A bersama Atalanta pada 21 Ogos 2016 ketika pasukannya tewas 4-3 kepada Lazio.[6] Beliau menjaringkan gol untuk Atalanta seminggu kemudian namun pasukannya akur akan kekalahan 2-1 kepada Sampdoria.[7]
Kessié seterusnya menjadi tonggak penting kesebelasan utama dalam perancangan Gasperini apabila menjaringkan gol kemenangan ketika menentang Torino[8] dan Roma[9] melalui tendangan penalti. Beliau juga menjaringkan gol penyamaan ketika pertembungan menentang Empoli pada 20 Disember 2016 sebelum Marco D'Alessandro menghasilkan gol kemenangan Atalanta.[10]
Pada 2 Jun 2017, Kessié berpindah ke kelab Serie A, Milan secara pinjaman selama dua tahun bersama pilihan untuk pembelian secara tetap.[11][12] Pada asalnya, beliau telah memilih jersi bernombor 19 tetapi dipujuk oleh pihak pengurusan kelab untuk diberikan kepada Leonardo Bonucci yang akan berpindah ke Milan beberapa minggu kemudian. Hasilnya, Kessié memilih jersi bernombor 79. Setelah Bonucci meninggalkan Milan pada jendela perpindahan musim panas seterusnya, beliau ditawarkan untuk mendapatkan semula nombor jersi asalnya namun beliau menolak. Hal ini demikian kerana beliau tidak mahu peminat-peminat Milan menyumbang duit tambahan untuk memudahkan proses peribadinya iaitu penukaran jersi nombor.[13]
Beliau melakukan penampilan sulungnya untuk Milan ketika perlawanan kelayakan Liga Europa menentang CS U Craiova pada 27 Julai.[14] Pada 20 Ogos 2017, beliau menyudahkan tendangan penalti dalam perlawanan pembukaan Serie A ketika menewaskan Crotone 3-0.[15]
Semasa berusia 17 tahun, Kessié beraksi dalam perlawanan sulungnya untuk Ivory Coast pada 6 September 2014 ketika menewaskan Sierra Leone dalam kempen kelayakan Piala Negara-Negara Afrika 2015.[16] Pada 4 Januari 2017, beliau dipilih oleh pengurus Michel Dussuyer ke dalam skuad Piala Negara-Negara Afrika 2017.[17] Beliau beraksi dalam ketiga-tiga perlawanan Ivory Coast dalam kejohanan tersebut namun pasukannya terkandas di peringkat kumpulan.
Semasa kejohanan Piala Negara-Negara Afrika 2019, beliau menamatkan kempen sebagai pembantu jaringan terbanyak bersama Ismaël Bennacer iaitu tiga bantuan gol. Pasukannya tewas di peringkat suku akhir kepada bakal juara, Algeria menerusi penentuan penalti selepas kedua-dua pasukan buntu menemui jaringan gol kemenangan hasil skor perlawanan 1-1.[18][19][20]
Semasa Kessié berusia 11 tahun, bapanya yang juga merupakan pemain bola sepak dan kemudian berkhidmat untuk tentera Ivory Coast meninggal dunia kerana sakit. Oleh sebab itu, salah satu cara beliau meraikan jaringan golnya dengan melakukan tabik hormat ketenteraan bagi menunjukkan penghormatan ke atas pemergian bapanya. Beliau akui cara tersebut agak unik baginya.[21]
Pasukan kebangsaan Ivory Coast | ||
---|---|---|
Tahun | Kmncln | Gol |
2014 | 4 | 0 |
2016 | 6 | 0 |
2017 | 12 | 0 |
2018 | 5 | 0 |
2019 | 7 | 0 |
Jumlah | 34 | 0 |
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.