From Wikipedia, the free encyclopedia
Forever 21 merupakan sebuah rantaian peruncit pakaian dari Amerika Syarikat serta mempunyai cawangan di bandar-bandar utama seperti di Benua Amerika, Eropah, Asia, dan juga Timur Tengah. Syarikat ini juga menawarkan pakaian dan aksesori yang bergaya untuk wanita muda, lelaki dan remaja perempuan pada harga yang rendah.
Jenis/bentuk sah | Persendirian |
---|---|
Industri | Pakaian |
Ditubuhkan | 1984 |
Pengasas | Do Won Chang |
Ibu pejabat | Los Angeles, California[1] |
Tokoh penting |
|
Keluaran | Pakaian, aksesori |
Hasil | ▲ US$2.6 bilion (2011) [2] |
Pendapatan bersih | $124 juta (2011) [2] |
Jumlah aset | $1.40 bilion (2011) [2] |
Bilangan kakitangan | 27,228 (2011) [2] |
Syarikat induk | Authentic Brands Group |
Tapak web | www |
sunting · sunting di Wikidata |
Pada mulanya, rantaian ini dikenali sebagai Fashion 21 yang menyasarkan terutamanya golongan perempuan pertengahan umur. Syarikat ini dimulakan di Los Angeles, California pada tahun 1984 oleh pengasasnya, Do Won Chang (Hangul: 장도원) dan isterinya, Jin Sook Chang (Hangul: 장진숙).[3] Kedai pertama Fashion 21 dibuka pada 21 April 1984. Kedai ini bertempat di 5637 N. Figueroa St. di daerah Highland Park, Los Angeles. Pada ketika itu, kedai tersebut hanya berukuran 900 kaki persegi (84 m2). Selain itu, kedai ini masih beroperasi dan masih mengekalkan nama asal. Rekaan yang bergaya dari Korea Selatan telah dijual dan disasarkan kepada masyarakat Korea-Amerika di Los Angeles.[4]
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.