![cover image](https://wikiwandv2-19431.kxcdn.com/_next/image?url=https://upload.wikimedia.org/wikipedia/ms/thumb/0/0a/FIZZFAIRUZ.jpg/640px-FIZZFAIRUZ.jpg&w=640&q=50)
Fizz Fairuz
Pelakon dan ahli perniagaan Malaysia / From Wikipedia, the free encyclopedia
Dato' Mohd. Fairuz Zainal Abidin atau lebih dikenali sebagai Fizz Fairuz (lahir 22 Oktober 1979) merupakan seorang pelakon dan ahli perniagaan Malaysia.[2] Beliau memulakan kerjaya awal sebagai pelagak ngeri, kemudiannya memulakan kerjaya lakonan profesional dengan Dua Hati. Namanya mula dikenali selepas memegang watak Aidil dalam drama bersiri Nur Kasih gandingan bersama Tiz Zaqyah.
Fizz Fairuz | |
---|---|
![]() Fizz pada 2015. | |
Kelahiran | Mohd. Fairuz bin Zainal Abidin (1979-10-22) 22 Oktober 1979 (umur 44) |
Pekerjaan | Pelakon, ahli perniagaan, pengarah, penerbit, penyampai radio[1] |
Tahun aktif | 2004–kini |
Majikan | Star Media Radio Group (2024-kini) |
Pasangan | Datin Almy Nadia (k. 2014) |
Anak-anak | 4 (termasuk 1 anak angkat) |
Selain peranan lakonan di televisyen, Fizz juga terkenal dengan peranan filem termasuk Anak Halal (2007), Syurga Cinta (2009), Jiwa Taiko dan Hantu Kapcai (2012), Gila-Gila Remaja 2 (2013), Mat Tudung (2014), Cicakman 3 (2015) dan Munafik (2016-18).[3] Fizz juga pernah memenangi anugerah Pelakon Lelaki Popular di Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2011, setelah 3 kali tercalon sejak 2009. Selain itu, beliau turut menyumbang kepada kemajuan dan infrastruktur di negeri kelahirannya, Pahang Darul Makmur.[4]
Fizz merupakan pengasas syarikat Rainmaker Creation Sdn. Bhd. yang mengkhususkan pengurusan dan penganjuran acara.[5] Beliau berkahwin dengan pelakon Almy Nadia pada 2014 dan hasil perkahwinannya, beliau dikurniakan tiga orang cahaya mata dan satu anak angkat.[6]