Pelakon wanita dan model Malaysia From Wikipedia, the free encyclopedia
Farah Nabilah Saipuddin (lahir 10 Mac 1992) merupakan seorang pelakon dan model wanita Malaysia.[2] Memulakan kerjayanya dalam iklan komersial pada tahun 2011, kerjaya lakonan Farah bermula pada 2012.[3] Beliau mencapai kejayaan komersial dan melonjak naik menerusi drama lakonannya termasuk Titian Cinta (2017), Papa Ricky (2017) dan Halalkan Hati Yang Ku Curi (2018).[4] Antara anugerah yang dimenanginya termasuk Artis Baharu MeleTOP di Anugerah MeleTOP Era 2018 dan Artis Baharu Wanita Popular di Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-31.
Farah Nabilah | |
---|---|
Kelahiran | Farah Nabilah binti Saipuddin 10 Mac 1992 |
Nama lain | Fawa |
Pendidikan | Ijazah Sarjana Muda Psikologi[1] |
Pusat pendidikan | Universiti SEGi Universiti Upper Iowa, Amerika Syarikat |
Pekerjaan | Pelakon, model |
Tahun aktif | 2011–kini |
Ketinggian | 1.60 m (5 ka 3 in) |
Pasangan | Mohammed Amirul Yunus (k. 2019) |
Anak-anak | 2 |
Ibu bapa |
|
Keluarga |
|
Farah Nabilah dilahirkan pada Selasa, 10 Mac 1992 Masihi bersamaan 6 Ramadan 1412 Hijrah di Petaling Jaya, Selangor. Beliau ialah anak sulung daripada enam beradik, empat lelaki dan dua perempuan kepada pasangan Datuk Saipuddin bin Ahmad dan Datin Haslina binti Ismail.[5] Beliau membesar dalam keluarga Melayu Kelantan kerana kedua-dua ibubapanya berasal dari daerah Jelawat, Kelantan yang berhijrah ke Selangor. Beliau berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Psikologi di Program Kampus Malaysia Universiti Upper Iowa dan Universiti SEGi.[6]
Farah Nabilah, mesra dengan nama manja Fawa memulakan kerjaya hiburannya pada 2011 sebagai model, namun terhenti buat sementara waktu kerana menyambung pelajarannya dalam peringkat Ijazah Sarjana Muda Psikologi di Universiti Upper Iowa: Program Kampus Malaysia, Universiti SEGi. Empat tahun kemudian, beliau memenangi Program Pencarian Wajah Aurawhite dan sejak itu, beliau menjadi jurucakap produk Aurawhite. Pada tahun terawal kerjayanya, beliau pernah menggunakan nama Fawa sebelum menggunapakai nama lahirnya sebagai nama pentas.[7]
Kerjaya filem Farah bermula dengan menjayakan watak sebagai penyambut tetamu dalam filem arahan A. Razak Mohaideen Mana Mau Lari sebagai penampilan khas.[8]
Namanya mula mendapat perhatian ramai menerusi watak utama sebagai Kathy dalam siri drama Papa Ricky yang dibintangi oleh Fadlan Hazim dan Siti Elizad yang disiarkan di Astro Ria. Farah kemudiannya digandingkan bersama Zul Ariffin menerusi drama waktu perdana Titian Cinta yang disiarkan di Slot Akasia TV3.[9] Gandingan beliau bersama Zul melayakkan Farah menerima pencalonan Pasangan Pilihan di Anugerah Drama Festival Kuala Lumpur 2018 dan memenangi Artis Baharu MeleTOP di Anugerah MeleTOP Era 2018.[4]
Beliau berlakon bersama Aliff Aziz dalam drama adaptasi novel karya Mia Kiff, Halalkan Hati Yang Ku Curi, memegang watak sebagai Delisha. Drama ini mengisahkan pasangan suami isteri iaitu Faiq (Aliff) dan Delisha (Farah), yang amat sukakan kebebasan, kemewahan, dan berseronok tanpa batas.[10][11]
Beliau bersama-sama Fikry Ibrahim menjadi penyampai anugerah bagi kategori Artis Terbaik di Anugerah Planet Muzik 2018 yang berlangsung pada 28 September 2018.[12]
Farah berlakon bersama Fikry dalam drama Cik Reen & Encik Ngok Ngek, yang diadaptasi dari novel The Misadventures of Cik Reen & Encik Ngok Ngek karya Maya Adira.[13]
Farah Nabilah bertunang dengan juruterbang Penerbangan Malaysia Mohammed Amirul Yunus pada 23 Oktober 2019 dan berkahwin pada 20 Disember 2019.[14] Beliau mengumumkan kehamilan pada 10 Jun 2020.[15]
Farah dan suami, Amirul dikurniakan seorang anak, Andre Omar yang dilahirkan pada 22 Oktober 2020.[16]
Selain sebagai pelakon, Farah Nabilah turut bergiat aktif dalam aktiviti kemanusiaan. Beliau dilantik sebagai duta bagi Asia Africa Development Relief Foundation (ADRF), di mana beliau terlibat dalam pelbagai program melibatkan kanak-kanak, kelas pengajaran bahasa Melayu dan Inggeris dan aktiviti kemasyarakatan lain.[17]
Tahun | Tajuk | Watak | Catatan |
---|---|---|---|
2014 | Mana Mau Lari | Penyambut tetamu | Filem pertama, penampilan khas |
2017 | Baby Bro | Baby Sitter | Penampilan khas |
2021 | Dekatnya Cinta | Zulaika | |
Tahun | Tajuk | Watak | Saluran TV | Catatan |
---|---|---|---|---|
2012 | Bukan Bidadari | Gina | TV3 | Drama pertama |
2016 | Imam Mudaku Romantis | Syuhada | Astro Oasis | |
Inikah Cinta | Rose Adeline | TV3 | ||
2017 | Ustaz Pink | Zaharah | TV1 | |
Papa Ricky | Kathy | Astro Prima | ||
Titian Cinta | Rahadatul Aisy | TV3 | ||
Mocha Kau Bahagia | Melur | |||
2018 | Mr. Grey | Talitha | Astro Ria | |
Halalkan Hati Yang Ku Curi | Delisha | TV3 | ||
Cik Reen & Encik Ngok Ngek | Azreen Che Azhan (Reen) | Astro Ria | ||
Mocha Kau Bahagia 2 | Melur | TV3 | ||
Amira Rose | Amira Rose | |||
2019 | Kau Yang Pertama | Rose Natasha | ||
2022 | Scammer 2 | Liya | Astro Ria | |
Tahun | Tajuk | Watak | Saluran TV |
---|---|---|---|
2016 | Tersuka Tanpa Sengaja Raya | Melati | Astro Ria |
Mati, Tunggu Sekejap | Aishah | Astro Prima | |
Tumbangkan Masjid Al-Ansar | Suraya | Astro Oasis | |
Bidadari | Che Ah | Astro Citra | |
2018 | Adakah Aku Bersalah | Tia | TV3 |
2020 | Hantu Ustazah Supiah | Ustazah Supiah | Astro Citra |
Validasi | Muna | TV3 | |
Tahun | Tajuk | Peranan | Saluran TV | Catatan |
---|---|---|---|---|
2017 | Sepahtu Reunion Live | Sofia | Astro Warna | Artis Jemputan: Episod: "Boxer Rabak" |
2018 | Anugerah Planet Muzik 2018 | Penyampai Anugerah | TVRI, Astro Ria & Mediacorp Suria | Menjadi Penyampai Anugerah Bersama Fikry Ibrahim |
Bintang Bersama Bintang | Juri Jemputan | TV3 | ||
2019 | MeleTOP | Pengacara Jemputan | Astro Ria | Menjadi Pengacara Jemputan Bersama Nabil Ahmad |
Sepahtu Reunion Live | Bella | Astro Warna | Artis Jemputan: Episod "Korban Kasih Ayah" | |
Cinta Overhaul Aidilfitri | Dhiya | |||
Tahun | Judul | Artis | Peranan |
---|---|---|---|
2012 | "Jangan Ganggu Pacarku" | Aliff Aziz | Teman Wanita |
2016 | "Bayang" | Khai Bahar | Isteri Orang |
2018 | "Sejarah Cinta" | Syalyn Band | Bekas Kekasih |
"Meskipun Kau Tahu" | Projector Band | ||
Tahun | Anugerah | Kategori | Pencalonan | Keputusan |
---|---|---|---|---|
2018 | Artis Baharu MeleTOP[4] | Titian Cinta | Menang | |
Aktres Pilihan | Tercalon | |||
Pasangan Pilihan (bersama Zul Ariffin) | Tercalon | |||
Pelakon TV Wanita Popular | Tercalon | |||
Artis Baharu Wanita Popular | Menang | |||
Pasangan Serasi Drama (bersama Zul Ariffin) | Tercalon | |||
2019 | Selebriti Harapan Pilihan | — | Tercalon | |
Pasangan Serasi Drama (bersama Fikry Ibrahim) | Cik Reen & Encik Ngok Ngek | Tercalon | ||
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.