From Wikipedia, the free encyclopedia
Mohd Faizul Sany (lahir 22 Februari 1985) merupakan seorang penyanyi lelaki Malaysia.
Faizul Sany | |
---|---|
Nama lahir | Mohd Faizul bin Sany |
Kelahiran | Kota Kinabalu, Sabah, Malaysia | 22 Februari 1985
Berasal dari | Tawau, Sabah, Malaysia |
Genre | Pop, R&B |
Pekerjaan | Penyanyi, komposer |
Tahun aktif | 2008 – kini |
Pengkarya berkait |
|
Beliau mula menceburi industri muzik menerusi penyertaanya dalam Akademi Fantasia musim ke-10, dinobatkan sebagai juara pada tahun 2013.[1][2] Lagu sulungnya, "Sepasang Sayap" yang dicipta sepenuhnya oleh alumni AF 2011 Amir Jahari berjaya melonjakkan nama beliau sebagai salah seorang penyanyi muda yang diminati ramai.[3]
Sebelum menyertai AF2013, Faizul pernah menyertai pertandingan Hot FM Twisties Bingit 2009[4] menerusi kumpulannya, Mystery Call yang mana mereka telah memenangi tempat kedua. Selepas tamat pertandingan itu, Faizul dan kumpulannya itu menandatangani kontrak rakaman bersama Rock Unite Music selama tiga tahun.[5] Sepanjang bersama Mystery Call, beliau merakamkan tiga lagu, iaitu "Pencinta Lelaki", "Langkah Ke Hadapan" dan "Berontak". Lagu "Berontak" menjadi runut bunyi filem Langgar arahan sulung pelakon Syed Hussein.[5]
Sekitar tahun 2013, beliau mendaftarkan dirinya sebagai salah seorang peserta Akademi Fantasia musim ke-10. Faizul pada mulanya tidak pernah terfikir untuk menyertai AF 2013, bagaimanapun atas desakan keluarganya, beliau mencuba nasib. Beliau terpilih sebagai salah seorang daripada 12 peserta AF 2013 antara lain turut disertai oleh Azhael, Indah Ruhaila, Nabila Razali dan Amira Othman.[6] Pada minggu terakhir konsert, beliau mempersembahkan lagu baru, "Sepasang Sayap" hasil nukilan Amir Jahari. Selepas 10 minggu bertanding, beliau dinobatkan sebagai juara sekaligus membawa pulang wang tunai sebanyak RM200,000.[7][8][9][10]
Kemudian pada 2014, Faizul merakamkan single kedua, "Perempuan";[11][12] seterusnya muncul sebagai penyanyi duet menerusi lagu "Cinta Suka Sayang Kamu" nyanyian Daiyan Trisha. Pada 25 September, album studio solo pertamanya yang menggunakan namanya sebagai tajuk album dikeluarkan di bawah Astro Entertainment.[13]
Pada 25 Januari 2015, Faizul menjayakan persembahan di Hafiz & Friends Showcase di Hard Rock Cafe Kuala Lumpur, yang turut dijayakan oleh Hazama, Akim & The Majistret dan Firman Bansir.[11][14] Beliau turut memiliki bakat mencipta lagu, ini terbukti apabila beliau mencipta lagu bertajuk "Hati-Hati" nyanyian rakan seperjuangannya dalam AF2013, Amira Othman.[15] Selain itu, Faizul turut mencipta lagu tema pasukan bola sepak Sabah, Kasi Gol yang disiarkan di Era FM Sabah.[12]
Minggu | Lagu tugasan | Penyanyi asal | Nuansa | Keputusan |
---|---|---|---|---|
Minggu 1 Tema Ikon Malaysia |
"Dan Sebenarnya" | Yuna | Pop | Kekal |
Minggu 2 Tema Ikon Malaysia |
"Pasti" | Ning Baizura | Pop | Kekal |
Minggu 3 | "Gerimis Mengundang" | Slam | Pop Rock | Kekal |
Minggu 4 Tema Popular |
"I Love You" | Najwa Latif | Pop | Kekal |
Minggu 5 Tema Filem |
"Ajari Aku" | Anuar Zain | Pop | Kekal |
Minggu 6 | "Cinta Ini Membunuhku" | D'Masiv | Pop | Kekal |
Minggu 7 Tema Duet |
"Penghujung Cintaku" (duet Adira) | Pasha Ungu & Adelia | Pop | Kekal |
Minggu 8 Suku Akhir |
"Sandiwara Cinta" "Nakal" (duet Azhael (duo)) |
Repvblik Gigi |
Pop Rock Rock |
Kekal |
Minggu 9 Separuh Akhir/Tema Solo & Rock |
"Hilang Naluri" "Bayangan Guarauan" (duet Rahmad Mega) |
Once Mekel Mega |
Pop Rock |
Kekal |
Minggu 10 Konsert Akhir |
"Hanyut" "Sepasang Sayap" |
Faizal Tahir Lagu baru |
Pop Pop |
Juara |
Muzik Faizul lebih terarah kepada urban pop rock yang dipengaruhi oleh elemen muzik eksotik dan etnik.[5][16] Beliau amat serius dalam berkarya, berpegang kepada tiga asas iaitu hasilkan lagu yang terbaik, jujur dan ikhlas berkarya.[4] Beliau juga menjadikan Faizal Tahir sebagai inspirasi dan pengaruh.
Beliau telah mendirikan rumahtangga dengan Afzarina Yahya yang merupakan seorang pramugari dan gadis sekampung dengannya pada 24 November 2017.[17]
Tajuk | Butiran album | Senarai Runut | Catatan |
---|---|---|---|
Faizul Sany |
|
|
|
Tajuk | Tahun | Album | Catatan |
---|---|---|---|
Sepasang Sayap | 2013 | ||
Perempuan | 2014 | ||
Sampai Ke Bulan | |||
333 Batu' | 2015 | ||
Tajuk | Tahun | Album | Catatan |
---|---|---|---|
Cinta Suka Sayang
(Daiyan Trisha menampilkan Faizul Sany) |
2014 | Tiada album | Lagu tema movie Strawberi Karipap Sesat Kat Paris |
Tajuk | Tahun | Album | Catatan |
---|---|---|---|
Siapalah Kita | 2015 | Tiada album | bersama Stacy, Adira & Firman |
Kaamatan - Urang Kita | 2016 | bersama Azmil, Didi, Mell, Sean & Shalyn, projek khas bagi sambutan Kaamatan. | |
Tahun | Anugerah | Kategori | Penerima/Karya tercalon | Keputusan |
---|---|---|---|---|
2014 | Anugerah Planet Muzik 2014 | Lagu Terbaik | "Perempuan" | Tercalon |
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.