Everton Football Club /ˈɛvərtən/ adalah sebuah kelab bola sepak Inggeris berpangkalan di Liverpool yang beraksi dalam Liga Perdana Inggeris. Kelab ini beraksi dalam liga teratas untuk 112 musim (hanya beraksi empat musim dalam peringkat kedua) dan telah memenangi beberapa kejuaraan utama termasuk Kejuaraan Liga sembilan kali dan Piala FA lima kali.
Nama penuh | Everton Football Club | |||
---|---|---|---|---|
Gelaran | The Toffees, The Blues, The School of Science, The People's Club. | |||
Diasaskan | 1878 | sebagai St Domingo's F.C.|||
Stadium | Goodison Park, Walton, Liverpool (Kapasiti: 39,572[1]) | |||
CEO | Farhad Moshiri | |||
Pengerusi | Bill Kenwright | |||
Pengurus | Carlo Ancelotti | |||
Liga | Liga Perdana Inggeris | |||
2018–19 | Liga Perdana Inggeris, ke-8 | |||
Tapak sesawang | Laman kelab | |||
| ||||
Musim semasa |
Ditubuhkan pada tahun 1878, penyokong kelab ini dikenali sebagai Evertonians. Everton mempunyai perseteruan dengan jiran, Liverpool dan perlawanan diantara kedua-dua pasukan ini dikenali sebagai Merseyside derby. Kelab ini berpangkalan di Goodison Park yang terletak di Walton, Liverpool, sejak tahun 1892 selepas berpindah dari Anfield.
Sejarah
Everton ditubuhkan sebagai St Domingo's pada tahun 1878[2] supaya orang dari kariah St Domingo's Methodist Church Everton boleh bermain sukan sepanjang tahun —kriket dimainkan pada musim panas. Kelab ini dinamakan semula sebagai Everton setahun kemudian sempena nama kawasan tersebut selepas orang dari luar kariah ingin mengambil bahagian.[3]
Kelab ini merupakan ahli pengasas The Football League pada musim 1888–89, memenangi kejuaraan liga pertama mereka pada musim 1890–91. Everton memenangi Piala FA buat pertama kali pada tahun 1906 dan liga sekali lagi pada musim 1914–15. Akibat Perang Dunia pada tahun 1914, program bola sepak terganggu semasa Everton merupakan juara, dan sekali lagi berlaku pada tahun 1939.[4][5]
Ia tidak sehingga tahun 1927 dimana tempoh kejayaan Everton bermula. Pada tahun 1925, kelab ini menandatangani Dixie Dean dari Tranmere Rovers dimana ketika musim 1927–28, dia mencatat rekod gol liga dalam semusim dengan 60 gol dalam 39 perlawanan liga, rekod yang masih berkekalan sehingga ke hari ini. Dean membantu Everton untuk memenangi kejuaraan liga ketiga mereka.[6]
Everton tersingkir ke Divisyen Kedua dua tahun kemudian semasa pergolakan dalaman kelab itu. Walau bagaimanapun, kelab itu dinaikkan kembali dalam percubaan pertama. Selepas kembali ke liga teratas pada musim 1931–32, Everton memenangi kejuaraan liga keempat mereka. Everton juga memenangi Piala FA kedua mereka pada tahun 1933 selepas kemenangan 3–0 ke atas Manchester City dalam perlawanan akhir. Era itu berakhir ketika musim 1938–39 dengan kejuaraan liga kelima.[7][8]
Perang Dunia Kedua menyaksikan penggantungan liga bola sepak dan apabila pertandingan disambung semula pada tahun 1946, pasukan Everton telah pudar berbanding dengan pasukan sebelum perang. Everton tersingkir liga buat kali kedua pada musim 1950–51 dan tidak kembali sehingga musim 1953–54, mengakhiri liga sebagai naib-juara ketika musim ketiga mereka dalam Divisyen Kedua.[9]
Era kejayaan Everton kedua bermula apabila Harry Catterick dijadikan sebagai pengurus pada tahun 1961. Ketika musim 1962–63, musim keduanya sebagai pengurus, Everton memenangi kejuaraan liga[10] dan pada tahun 1966 Piala FA menyusul dengan kemenangan 3–2 ke atas Sheffield Wednesday.[11] Everton sekali lagi layak ke perlawanan akhir pada tahun 1968 tetapi gagal menewaskan West Bromwich Albion di Wembley.[12] Ketika musim 1969–70, Everton memenangi kejuaraan liga, sembilan mata diatas pencabar terdekat, Leeds United.[13] Semasa tempoh ini, Everton merupakan kelab Inggeris pertama yang beraksi dalam pertandingan Eropah untuk lima tahun berturut-turut diantara musim 1961–62 sehingga musim 1966–67.[14]
Walau bagaimanapun, kejayaan ini tidak berterusan; pasukan ini menduduki tempat keempat belas, kelima belas, ketujuh belas dan ketujuh pada musim-musim berikutnya. Harry Catterick bersara namun penggantinya gagal memenangi sebarang kejuaraan untuk baki tahun 1970an. Kelab ini mencabar untuk kejuaraan liga dengan menduduki tempat keempat pada musim 1974–75 dibawah pengurus Billy Bingham, dan dibawah pengurus Gordon Lee, ketiga pada musim 1977–78 dan keempat pada musim berikutnya. Pengurus Gordon Lee dipecat pada tahun 1981.[15]
Howard Kendall mengambil alih sebagai pengurus dan membimbing Everton ke era paling berjaya mereka. Di peringkat domestik, Everton memenangi Piala FA pada tahun 1984 dan dua kejuaraan liga pada musim 1984–85 dan 1986–87 serta trofi Eropah pertama kelab itu iaitu Piala Pemenang Piala Eropah pada tahun 1985.[16]
Kejayaan Eropah bermula dengan menewaskan University College Dublin, Inter Bratislava dan Fortuna Sittard. Everton mengalahkan gergasi Jerman, Bayern Munich 3–1 dalam perlawanan separuh akhir dan menang dengan keputusan yang sama ke atas kelab Austria, Rapid Vienna dalam perlawanan akhir.[17]
Selepas memenangi kedua-dua liga dan Piala Pemenang Piala pada tahun 1985, Everton hampir mencatat kemenangan treble tetapi tewas kepada Manchester United dalam perlawanan akhir Piala FA 1985.[16] Pada musim berikutnya, 1985–86, Everton muncul naib juara dibelakang jiran, Liverpool dalam kedua-dua liga dan Piala FA tetapi berjaya memenangi semula liga pada musim 1986–87.
Selepas tragedi Stadium Heysel dan larangan terhadap semua kelab Inggeris daripada bola sepak Eropah, Everton kehilangan peluang bersaing untuk lebih banyak trofi Eropah. Sebahagian besar skuad yang memenangi kejuaraan itu berpecah berikutan pengharaman tersebut. Kendall sendiri berpindah ke Athletic Bilbao selepas kejayaan liga 1987 dan digganti oleh pembantu Colin Harvey. Harvey membawa Everton ke perlawanan akhir Piala FA 1989 tetapi tewas 3-2 selepas masa tambahan kepada Liverpool.
Everton merupakan ahli pengasas Liga Perdana Inggeris pada tahun 1992, tetapi bergelut untuk mencari pengurus yang bagus. Howard Kendall kembali pada tahun 1990 tetapi gagal mengulangi kejayaan sebelum ini manakala penggantinya, Mike Walker secara statitiknya pengurus Everton yang paling tidak berjaya . Apabila bekas pemain Everton, Joe Royle mengambil alih pada tahun 1994, prestasi kelab itu mula meningkat; perlawanan pertamanya sebagai pengurus merupakan kemenangan 2–0 ke atas Liverpool. Royle membawa Everton keluar daripada zon penyingkiran dan membawa pasukan itu memenangi Piala FA buat kali kelima dalam sejarah dengan mengalahkan Manchester United 1–0 dalam perlawanan akhir.
Kejayaan memenangi Piala itu melayakkan Everton ke kempen Eropah pertama mereka dalam era pasca-Heysel. Kemajuan dibawah Joe Royle berterusan pada musim 1995–96 selepas mereka menduduki tempat keenam dalam liga.[16] Mengakhiri liga di tempat kelima belas pada musim berikutnya menyaksikan Royle meletak jawatan dan digantikan untuk sementara waktu oleh kapten kelab, Dave Watson. Howard Kendall dilantik sebagai pengurus Everton untuk kali ketiga pada tahun 1997, tetapi pelantikan itu gagal menghasilkan kejayaan selepas Everton mengakhiri liga di tempat ketujuh belas. Bekas pengurus Rangers, Walter Smith mengambil alih dari Kendall pada musim panas tahun 1998 tetapi hanya berjaya menduduki pertengahan bawah liga tiga kali berturut-turut.[16]
Lembaga Everton akhirnya hilang sabar dengan Smith dan dia dipecat pada bulan Mac 2002 selepas tersingkir daripada Piala FA kepada Middlesbrough serta Everton berdepan bahaya penyingkiran.[18] David Moyes merupakan penggantinya dan membimbing Everton ke tempat kelima belas.[19][20] Pada musim 2002–03, Everton menduduki tempat ketujuh, tertinggi sejak tahun 1996. Mengakhiri liga di tempat keempat pada musim 2004–05 memastikan Everton layak ke pusingan kelayakan Liga Juara-Juara. Mereka gagal layak ke peringkat kumpulan Liga Juara-Juara dan tersingkir daripada Piala UEFA. Everton layak ke pertandingan Piala UEFA 2007–08[21] dan 2008–09 serta muncul naib juara Piala FA 2009.
Moyes memecahkan rekod yuran perpindahan tertinggi kelab empat kali, James Beattie sebanyak £6 juta pada bulan Januari 2005,[22] Andy Johnson sebanyak £8.6 juta pada musim panas tahun 2006,[22] Yakubu sebanyak £11.25 juta pada musim panas tahun 2007,[23] dan Marouane Fellaini sebanyak £15 juta pada bulan September 2008.[24] Ia merupakan di bawah pengurus David Moyes dimana Wayne Rooney menembusi pasukan utama sebelum dijual kepada Manchester United dengan rekod yuran kelab sebanyak £28 juta.[25]
Ketika akhir musim 2012–13, David Moyes meninggalkan jawatannya di Everton untuk mengambil alih jawatan di Manchester United. Dia digantikan oleh Roberto Martínez,[26] yang membawa Everton menduduki tempat ke-5 dalam musim pertamanya.[27]
Pemain
Pasukan Utama
Nota: Bendera menunjukkan pasukan kebangsaan seperti yang ditakrifkan di bawah peraturan kelayakan FIFA. Pemain boleh memegang lebih daripada satu kewarganegaraan bukan FIFA.
|
|
Staf Kejurulatihan
Jawatan | Nama |
---|---|
Pengurus | Roberto Martínez |
Pembantu Pengurus | Graeme Jones |
Jurulatih Penjaga Gol | Iñaki Bergara |
Ketua Prestasi | Richard Evans |
Ketua Pencari Bakat | Kevin Reeves |
Jurulatih Pembangunan Pasukan Utama | Dennis Lawrence |
Jurulatih Pasukan Utama | Duncan Ferguson |
Ketua Jurulatih Bawah 21 | David Unsworth |
Pengarah Pembangunan | Joe Royle |
Kejayaan
Domestik
- Divisyen Pertama:
- Juara (9): 1890–91, 1914–15, 1927–28, 1931–32, 1938–39, 1962–63, 1969–70, 1984–85, 1986–87
- Naib-juara (7): 1889–90, 1894–95, 1901–02, 1904–05, 1908–09, 1911–12, 1985–86
- Divisyen Kedua:
- Juara (1): 1930–31
- Naib-juara (1): 1953–54
- Piala FA:
- Juara (5): 1906, 1933, 1966, 1984, 1995
- Naib-juara (8): 1893, 1897, 1907, 1968, 1985, 1986, 1989, 2009
- Piala Liga Inggeris:
- Naib-juara (2): 1977, 1984
- Perisai Komuniti FA:
- Juara (9): 1928, 1932, 1963, 1970, 1984, 1985, 1986 (kongsi), 1987, 1995
- Naib-juara (2): 1933, 1966
- Full Members Cup:
- Naib-juara (2): 1989, 1991
- Piala Super:
- Naib-juara (1): 1985–86
- Piala Belia FA:
- Juara (3): 1965, 1984, 1998
- Naib-juara (4): 1961, 1977, 1983, 2002
- Liga Tengah:[30]
- Juara (4): 1913–14, 1937–38, 1953–54, 1967–68
- Piala Senior Lancashire:[31]
- Juara (6): 1894, 1897, 1910, 1935, 1940, 1964
- Piala Senior Liverpool:[30]
- Juara (45): 1884, 1886, 1887, 1890, 1891, 1892, 1894, 1895, 1896, 1898, 1899, 1900, 1904, 1906, 1908, 1910 (kongsi), 1911, 1912 (kongsi), 1914, 1919, 1921, 1922, 1923, 1924, 1926, 1928, 1934 (kongsi), 1936 (kongsi), 1938, 1940, 1945, 1953, 1954, 1956, 1957, 1958 (kongsi), 1959, 1960, 1961, 1982 (kongsi), 1983, 1996, 2003, 2005, 2007
Eropah
- Piala Pemenang Piala Eropah:
- Juara: (1): 1985
Rujukan
Pautan luar
Wikiwand in your browser!
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.