genus tumbuhan From Wikipedia, the free encyclopedia
Dedap atau dadap ialah sejenis bunga dalam genus tumbuhan Erythrina[4][5]:280 keluarga Fabaceae.[2] Ia mengandungi sekitar 130 spesies yang bertaburan di rantau tropika dan subtropika di seluruh dunia.
Fakta Segera Dedap Dadap, Pengelasan saintifik ...
Dedap Dadap
Bunga Erythrina sandwicensis, Pantai Kanaio, Maui, Hawaii
Pokok dedap menumbuhkan jambak-jambak bunga yang besar, setiap jambak mempunyai kuntum bunga yang berkelopak panjang dan berwarna merah atau jingga.[6]
Nama dedap dan dadap (Jawi:ددڤcode: ms is deprecated ) diturunkan daripada kata akar bahasa Proto-Austronesia *dapdap₁.[7]
Taksonomi
Nama genus Erythrina diberikan daripada kata bahasa Yunaniερυθρóςcode: grc is deprecated erythros yang bermaksud "merah" daripada warna bunga beberapa spesies pokok dedap.[8]
Sekuntum bunga dedap terdiri daripada selembar kelopak atas panjang dan melipat ke dalam seperti seludang kelapa, dan dua kelopak bawah yang kecil dan membalut sulur-sulurnya.[9]
Erythrina schliebeniiHarms – dedap Tasik Latumba (dikatakan pupus sejak 1938, namun beberapa individu, yang dipercayai kurang daripada lima puluh batang, kini ditemukan kembali di saki-baki hutan di tapak berbatu di Tanzania pesisir (dilaporkan dalam akhbar UK Guardian 23 Mac 2012, daripada laporan dalam Journal of East African Natural History.)
Erythrina variegata L. – dedap serap, roluos tree (Kemboja), deigo (Okinawa), drala (Fiji), madar (Bangladesh), man da ra ba (Tibet), thong lang (Thailand), vông nem (Vietnam)
"Genus: Erythrina L". Germplasm Resources Information Network. United States Department of Agriculture. 1 April 2007. Diarkibkan daripada yang asal pada 6 Mei 2009. Dicapai pada 28 Januari 2010.
"GRIN Species Records of Erythrina". Germplasm Resources Information Network. United States Department of Agriculture. Diarkibkan daripada yang asal pada 2008-10-15. Dicapai pada 2010-10-15.