Enver Pasha
From Wikipedia, the free encyclopedia
Ismail Enver Pasha (Bahasa Turki Uthmaniyah: اسماعیل انور پاشاcode: ota is deprecated ; Turki: İsmail Enver Paşacode: tr is deprecated ; 22 November 1881 – 4 Ogos 1922) merupakan seorang pegawai tentera yang berkhidmat dalam Empayar Uthmaniyah. Beliau merupakan antara tokoh penting dalam Revolusi Turki Muda tahun 1908 serta turut mengetuai Tentera Uthmaniyah dalam kemaraan mereka di Eropah Timur serta menentang pihak Berikat sewaktu Perang Dunia Pertama.
Ismail Enver | |
---|---|
Pemerintah de facto Empayar Uthmaniyah | |
Dalam jawatan 4 Januari 1914 – 13 Oktober 1918 Berkhidmat dengan Talaat Pasha dan Djemal Pasha | |
Menteri Perang Empayar Uthmaniyah | |
Dalam jawatan 4 Januari 1914 – 13 Oktober 1918 | |
Perdana Menteri | Said Halim Pasha |
Didahului oleh | Ahmet Izzet Pasha |
Digantikan oleh | Ahmet Izzet Pasha |
Butiran peribadi | |
Lahir | Ismail Enver (1881-11-22)22 November 1881 Constantinople, Vilayet Constantinople, Empayar Uthmaniyah |
Meninggal dunia | 4 Ogos 1922(1922-08-04) (umur 40) Republik Soviet Rakyat Bukhara (kini Tajikistan) |
Kerakyatan | Uthmaniyah |
Parti politik | Jawatankuasa Perpaduan dan Kemajuan |
Pasangan | Naciye Sultan |
Anak-anak | Mahpeyker Hanımsultan Türkan Hanımsultan Sultanzade Ali Bey |
Alma mater | Maktab Tentera Uthmaniyah (1903)[1] |
Tandatangan | |
Perkhidmatan ketenteraan | |
Perkhidmatan/cawangan | Tentera Uthmaniyah |
Tahun perkhidmatan | 1903–1918 |
Pangkat | Mirliva, panglima tertinggi de facto |
Pertempuran |
|
Berikutan suatu rampasan kuasa yang berlaku pada bulan Januari 1913, Enver Pasha dilantik menjadi Menteri Perang Empayar Uthmaniyah. Beliau, Talaat Pasha dan Djemal Pasha membentuk suatu kerajaan langsung de facto dari tahun 1913 sehinggalah tamatnya Perang Dunia Pertama pada tahun 1918. Dalam pemerintahan langsung ini jugalah mereka bertanggungjawab mengarahkan suatu pembunuhan beramai-ramai ke atas masyarakat kaum Armenia[2][3][4] yang mengorbankan sekitar 800,000 hingga 1,800,000[5][6][7][8] orang dari bangsa tersebut.