Pelakon Inggeris-Amerika Syarikat From Wikipedia, the free encyclopedia
Emily Olivia Laura Blunt (lahir 23 Februari 1983)[1] ialah seorang pelakon Inggeris dengan kerakyatan British dan Amerika Syarikat. Beliau telah muncul dalam The Devil Wears Prada (2006), The Young Victoria (2009), The Adjustment Bureau (2011), Looper (2012), Edge of Tomorrow (2014) dan Into the Woods (2014). Beliau telah dicalonkan untuk lima Anugerah Golden Globe, empat Anugerah Critics' Choice, dua Anugerah London Film Critics' Circle dan satu Anugerah BAFTA. Beliau memenangi Anugerah Golden Globe untuk Lakonan Terbaik daripada Pelakon Wanita dalam Peranan Sokongan untuk lakonannya dalam drama televisyen BBC Gideon's Daughter (2007).[2] Pada tahun 2009, beliau menerima Anugerah Britania BAFTA untuk Artis British Tahunan.[3]
Blunt dilahirkan di Wandsworth, London,[4][5] anak kedua daripada empat adik beradik.[6] Ibunya adalah Joanna Mackie dan bapanya adalah Oliver Simon Peter Blunt.[7][8][9] Adik beradiknya adalah Felicity, Sebastian dan Susannah.[10][7] Datuknya adalah Major-General Peter Blunt dan bapa saudara beliau adalah Crispin Blunt,[11] Ahli Parlimen Konservatif untuk Reigate.
Pada bulan November 2001, Blunt membuat penampilan profesional pertamanya bersama Judi Dench dalam The Royal Family. Dipuji oleh pengkritik untuk lakonannya, beliau dinamakan sebagai "Pendatang Baru Terbaik" oleh Evening Standard. Beliau kemudiannya berlakon sebagai Eugenie dalam Vincent in Brixton di National Theatre dan sebagai Juliet dalam Romeo and Juliet di Chichester Festival Theatre, kedua-duanya pada tahun 2002. Pada tahun 2003, Blunt membuat penampilan skrin pertamanya dalam filem British Boudica. Pada tahun yang sama, beliau dipuji untuk lakonannya sebagai Catherine Howard dalam Henry VIII.>
Pada tahun 2004, Blunt berlakon sebagai Tamsin dalam My Summer of Love. Pada tahun 2005, Blunt membintangi bersama Bill Nighy dan Miranda Richardson dalam Gideon's Daughter. Blunt memenangi Anugerah Golden Globe untuk lakonannya.[12]
Pada tahun 2006, Blunt muncul bersama Meryl Streep dan Anne Hathaway dalam The Devil Wears Prada. Peranannya sebagai Emily mendapatkannya pencalonan Anugerah BAFTA dan Anugerah Golden Globe untuk Pelakon Wanita Sokongan Terbaik. Pada tahun yang sama, Blunt membintangi bersama Susan Sarandon dalam Irresistible. Pada tahun 2007, Blunt muncul dalam empat filem: Wind Chill, The Jane Austen Book Club, Dan in Real Life dan Charlie Wilson's War. Pada tahun 2008, Blunt muncul dalam dua filem, Sunshine Cleaning sebagai Norah Lorkowski dan The Great Buck Howard sebagai Valerie Brennan. Pada tahun 2009, Blunt melakonkan watak Ratu Victoria dalam The Young Victoria diarahkan oleh Jean-Marc Vallée dan ditulis oleh Julian Fellowes. Beliau juga membintangi filem pendek Curiosity. Beliau merupakan pilihan pertama pengarah Jon Favreau untuk watak Black Widow dalam Iron Man 2 tetapi konflik penjadualan bersama Gulliver's Travels memaksa beliau melepaskan watak kepada Scarlett Johansson.[13] Beliau menyuarakan watak ibu Angelina, Matilda Mouseling dalam Angelina Ballerina: The Next Steps.
Pada tahun 2010, Blunt membintangi bersama Benicio del Toro dan Anthony Hopkins dalam filem seram The Wolfman. Beliau juga membintangi Gulliver's Travels dan The Adjustment Bureau bersama-sama Matt Damon.[14] Blunt ditawarkan sebagai pelakon wanita utama dalam Captain America: The First Avenger tetapi menolak tawaran itu.[15] Pada tahun 2011, Blunt dinamakan sebagai duta wangian Yves Saint Laurent, Opium.[16]
Blunt membintangi filem komedi British 2011 Salmon Fishing in the Yemen, diarahkan oleh Lasse Hallström dan dibintangi Ewan McGregor serta Kristin Scott Thomas.[17] Juga pada tahun itu, beliau muncul dalam The Muppets. Beliau membintangi filem 2012 The Five-Year Engagement, diarahkan oleh Nicholas Stoller dan dibintangi Jason Segel. Pada bulan Januari 2011, Blunt mula menjalani pengambaran filem sains fiksyen Amerika Syarikat, Looper, diarahkan oleh Rian Johnson dan dibintangi Bruce Willis serta Joseph Gordon-Levitt; filem ini ditayangkan pada bulan September 2012. Juga pada tahun ini, beliau membintangi Arthur Newman bersama Colin Firth.[18]
Pada tahun 2014, beliau membintangi bersama Tom Cruise dalam Edge of Tomorrow, adaptasi dari novel Jepun All You Need Is Kill oleh Hiroshi Sakurazaka.[19] Juga pada tahun ini, Blunt muncul dalam Into the Woods.[20][21]
Blunt mempunyai hubungan selama tiga tahun bersama penyanyi Kanada Michael Bublé. Pada bulan November 2008, Blunt mula mempunyai hubungan dengan pelakon Amerika Syarikat John Krasinski. Blunt dan Krasinski bertunang pada bulan Ogos 2009,[22] dan berkahwin pada 10 Julai 2010 di Como, Itali.[23] Pada 16 Februari 2014, beliau melahirkan anak perempuan, Hazel.[24] Abang ipar Blunt adalah Stanley Tucci.
Pada bulan Ogos 2015, Blunt menjadi warganegara naturalisasi Amerika Syarikat.[25]
Tahun | Tajuk | Peranan | Nota |
---|---|---|---|
2004 | My Summer of Love | Tamsin | |
2006 | The Devil Wears Prada | Emily Charlton | |
2006 | Irresistible | Mara | |
2007 | Wind Chill | Girl | |
2007 | The Jane Austen Book Club | Prudie | |
2007 | Dan in Real Life | Ruthie Draper | |
2007 | Charlie Wilson's War | Jane Liddle | |
2008 | The Great Buck Howard | Valerie Brennan | |
2008 | Sunshine Cleaning | Norah Lorkowski | |
2009 | The Young Victoria | Ratu Victoria | |
2009 | Curiosity | Emma | Short film |
2010 | The Wolfman | Gwen Conliffe | |
2010 | Wild Target | Rose | |
2010 | Gulliver's Travels | Puteri Mary | |
2011 | Gnomeo & Juliet | Juliet (suara) | |
2011 | The Adjustment Bureau | Elise Sellas | |
2011 | Salmon Fishing in the Yemen | Harriet Chetwode-Talbot | |
2011 | Your Sister's Sister | Iris | |
2011 | The Muppets | Miss Piggy's Receptionist | Kameo |
2012 | The Five-Year Engagement | Violet Barnes | |
2012 | Looper | Sara | |
2012 | Arthur Newman | Michaela Fitzgerald / Charlotte Fitzgerald | |
2013 | The Wind Rises | Naoko Satomi (suara) | Dub Bahasa Inggeris |
2014 | Edge of Tomorrow | Rita Vrataski | |
2014 | Into the Woods | The Baker's Wife | |
2015 | Sicario | Kate Macer | |
2016 | Animal Crackers | Zoe Huntington (suara) | |
2016 | The Huntsman | Freya[26] | |
2016 | The Girl on the Train | Rachel Watson | |
Tahun | Tajuk | Peranan | Nota |
---|---|---|---|
2003 | Boudica | Isolda | Filem televisyen |
2003 | Foyle's War | Lucy Markham | Episod: "War Games" |
2003 | Henry VIII | Catherine Howard | Filem televisyen |
2004 | Agatha Christie's Poirot | Linnet Ridgeway | Episod: "Death on the Nile" |
2005 | Empire | Camane | 6 episod |
2005 | The Strange Case of Sherlock Holmes & Arthur Conan Doyle | Jean Leckie | Filem televisyen |
2006 | Gideon's Daughter | Natasha | Filem televisyen |
2009 | The Simpsons | Juliet Hobbes (suara) | Episod: "Lisa the Drama Queen" |
Tahun | Tajuk | Peranan | Nota |
---|---|---|---|
2004 | Bumps and Bruises | Holly | BBC Radio 4 |
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.