From Wikipedia, the free encyclopedia
Elseya lavarackorum juga dikenali sebagai Kura-kura Sentap Teluk atau Kura-kura Lavaracks ialah spesies kura-kura dari keluarga Chelidae.[3] Spesies ini berasal dari utara Australia iaitu barat laut Queensland dan barat daya Wilayah Utara.[4] Seperti kura-kura genus Elseya, mereka hanya naik ke darat untuk bertelur dan berjemur.[5] Kura-kura ini bersifat maun dan makanan utamanya ialah daun pandanus dan kulit-kulit kayu.[6]
Elseya lavarackorum | |
---|---|
Elseya lavarackorum | |
Tidak dinilai (IUCN 2.3) | |
Pengelasan saintifik | |
Alam: | |
Filum: | |
Subfilum: | |
Kelas: | |
Order: | |
Suborder: | |
Keluarga: | |
Subkeluarga: | |
Subgenus: | |
Spesies: | E. lavarackorum |
Nama binomial | |
Elseya lavarackorum (White & Archer, 1994)[1] | |
Sinonim[2] | |
lihat teks |
Nama spesies, lavarackorum, diambil sempena nama paleontologis Australia, Jim Lavarack dan Sue Lavarack yang menjumpai bangkai spesies ini.[7]
Spesies ini mula dibincangkan pada tahun 1994 dan dikenali sebagai Emydura lavarackorum selepas fosilnya dijumpai di Riversleigh iaitu barat laut Queensland.[1] Walaupun dinamakan demikian, namun secara anatominya, topang penghubung hadapannya seperti kura-kura genus Elseya.[4] Malah spesies ini bukan sahaja satu-satunya fosil hidup pertama kura-kura Australia malah sebahagian dari populasi taksa zaman Pleistocene.[4] Ia kemudiannya menerima perhatian umum setelah cerita perjumpaan mengenainya diterbitkan dalam majalah, Discover Magazine pada bulan Januari 1997.[8] Selepas ia diletakkan dalam genus yang betul, maka ia ditetapkan ke dalam senarai filogeni Elseya dan kini dikenali sebagai Elseya lavarackorum.[9] Ahli dari kumpulan spesies ini termasuklah Elseya albagula dan Elseya irwini, dan ketiga-tiganya adalah capahan dari kumpulan Elseya dentata.[3][4][9]
Kura-kura ini agak besar, berwarna coklat. Karapasnya boleh mencecah sehingga 35 sentimeter (14 in) panjang; Mempunyai sutur antara hemeral dan perisai pektoral pada bahagian plastron.[11] Bentuk suturnya yang beralun membezakannya dengan spesies dari Kura-kura Sentap Utara (Elseya dentata) yang lebih tegak.[6]
Kura-kura ini mendiami kawasan sungai dan tasik di Teluk Carpentaria yang terletak di Wilayah Utara dan Queensland. Kawasan habitatnya juga merangkumi Nicholson ke Sungai Calvert di Wilayah Utara hingga ke Sungai Gregory di Queensland.[6][11]
Spesies ini bersifat maun dan menjadikan buah-buahan, kelopak bunga dan daun seperti pokok Pandanus sebagai makanan. Kura-kura muda memilih larvae serangga sebagai makanan. Walaupun dietnya terdiri daripada tumbuh-tumbuhan, mereka sering menjadi mangsa pemancing yang menggunakan daging sebagai umpan. Mereka juga membina sarang telur berhampiran sungai.[6]
Kura-kura ini disenaraikan sebagai antara haiwan terancam oleh akta Komanwel, Endangered Species Protection Act 1992,[12] dan spesies terjejas oleh akta Queensland, Nature Conservation Act 1992, dan dianggap kurang membimbangkan oleh akta Wilayah Utara Territory Parks and Wildlife Conservation Act 2000.[11]
Antara ancaman yang dihadapi kura-kura ini ialah gangguan terhadap sarang telurnya oleh haiwan perosak seperti khinzir, kemusnahan habitat oleh lembu, serta perubahan hidrologi dan cuaca.[11] Mereka juga sering terperangkap ke dalam jaring-jaring tangkapan ikan.[6]
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.