Elseya albagula
From Wikipedia, the free encyclopedia
Elseya albagula, juga dikenali sebagai Kura-kura Sentap Leher Putih, ialah spesies kura-kura dari keluarga Chelidae yang boleh membesar sehingga 45 cm (18 in) panjang.[1]
Elseya albagula | |
---|---|
![]() | |
Kepala kura-kura Elseya albagula | |
Pengelasan saintifik | |
Alam: | |
Filum: | |
Subfilum: | |
Kelas: | |
Order: | |
Suborder: | |
Keluarga: | |
Subkeluarga: | |
Genus: | |
Subgenus: | |
Spesies: | E. albagula |
Nama binomial | |
Elseya albagula | |
Sinonim[2][3][4] | |
|
Spesies ini berasal dari tenggara Queensland, Australia, iaitu Sungai Burnett, Sungai Mary, dan Sungai Fitzroy. Mereka ialah kura-kura akuatik, dan bersifat maun, dengan menjadikan buah-buahan, algae dan tumbuhan akuatik sebagai makanan.[1]
Penamaan spesies ini telah dusulkan oleh John Goode pada tahun 1960an lagi,[5] dan akhirnya ia direkod dan disahkan pada tahun 2006.[1] Spesies ini dinamakan dari perkataan Latin, alba = putih dan gula = tekak (bawah leher), yang merujuk kepada tompokan putih pada leher kura-kura betina yang nampak menonjol.[1]
Tip tempatan bagi spesies ini ditemukan di Sungai Burnett yang terletak di tenggara Queensland, namun mereka juga boleh ditemui di Sungai Mary dan Lembangan Sungai Fitzroy di utara Burnett.[1] Sesetengah sarjana pernah menyatakan spesies dari dua wilayah sungai itu adalah spesies yang berlainan, namun analisis DNA, morfologi, dan morfometrik tidak menyokong kenyataan tersebut.[1][6]