From Wikipedia, the free encyclopedia
Eduard Wolrath Christian Dietl 21 Julai 1890 – 23 Jun 1944 adalah seorang Kolonel Jeneral Jerman dalam Perang Dunia II. Beliau telah dilahirkan di Bad Aibling, Bavaria. Beliau juga adalah penerima pingat Knight Cross of the Iron Cross berserta Daun Oak dan Pedang, yang dikurniakan untuk mengiktiraf keberanian luar biasa dalam medan pertempuran atau kepimpinan tentera yang berjaya.
Eduard Dietl | |
---|---|
Kelahiran | Bad Aibling, Kerajaan Beraja Bavaria, Empayar Jerman | 21 Julai 1890
Meninggal dunia | 23 Jun 1944 53) berhampiran Rettenegg, Reichsgau Steiermark, Jerman Nazi sekarang Rettenegg, Styria, Austria | (umur
Disemadikan | Tanah Perkuburan Utara Munich Plot 114—Row 1—Grave 34 |
Kesetiaan | Empayar Jerman Republik Weimar Jerman Nazi |
Tahun perkhidmatan | 1910–44 |
Pangkat | Generaloberst |
Unit | Gebirgsjäger |
Arahan | Divisyen Gunung Ke-3 Jerman Tentera Darat Gunung Ke-20 Jerman |
Pertempuran | Perang Dunia I
|
Anugerah | Knight Cross of the Iron Cross berserta Daun Oak dan Pedang |
Eduard Dietl ialah anak seorang pegawai kewangan Bavaria.[1] Pada tahun 1909, pada percubaan kedua untuk menyertai 5. Bavarian Infanterie Regiment, beliau akhirnya menjadi pegawai kadet. Selepas belajar di Kriegschule di Munich, beliau telah ditauliahkan sebagai Leutnant pada Oktober 1911. Pada Oktober 1915 beliau telah dinaikkan pangkat ke Oberleutnant dan bertugas sebagai komander kompeni dengan rejimennya. Pada Mac 1918, beliau telah dinaikkan pangkat ke Hauptmann. Beliau telah tercedera sebanyak empat kali semasa bertempur dalam Perang Dunia I. Beliau menyertai DAP (Deutsche Arbeiter Partei) dan Freikorps Franz Ritter von Epp pada tahun 1919. Dietl telah bersiap dengan kompeninya pada 9 November 1923 untuk menyokong Adolf Hitler dan pemberontak didalam Beer Hall Putsch. Bagaimanapun ia tidak datang untuk campur tangan.
Dietl terus berkhidmat didalam Tentera Darat Jerman dan, selaku Generalmajor, beliau membantu mengatur Sukan Olimpik Musim Sejuk 1936 yang berlangsung di Garmisch-Partenkirchen.[2]
Dietl memerintah Divisyen Gunung Ke-3 Jerman yang terlibat dalam pencerobohan Norway pada 9 dan 10 April 1940. Sebahagian besar divisyen ini telah mendarat di Narvik oleh sebuah pasukan tentera laut Jerman yang terdiri dari 10 buah kapal pembinasa, diperintah oleh Komodor Friedrich Bonte, pada 9 April 1940. Angkatan laut British yang dipimpin oleh kapal tempur HMS Warspite telah memusnahkan semua sepuluh pembinasa yang mengangkut askar-askar Dietl ke Narvik dan dapat menawan semula bandar tersebut. Askar gunung Dietl berundur ke kawasan berbukit dan kemudian menawan semula bandar tersebut apabila Britain meninggalkan daya usaha mereka untuk mengusir pihak Jerman dari Norway disebabkan kejayaan Jerman di Barisan Barat (sempadan Perancis-Jerman, Luxembourg, Belgium dan Belanda).
Seorang Nazi yang meyakinkan dan merupakan salah seorang jeneral kesukaan Hitler, beliau merupakan perajurit Jerman pertama yang menerima, pada 19 Jun 1940, darjah Daun Oak bagi Knight Cross of the Iron Cross. Dietl juga popular dikalangan orang-orangnya dan sekutu Finland.[3]
Dietl selepas itu memerintah tentera Jerman di Norway dan utara Finland dan Eropah Timur dan naik ke pangkat Generaloberst (setaraf dengan Jeneral empat bintang), memerintah Tentera Darat Gunung Ke-20 di utara Barisan Timur, di mana hasil Kempen Artik Jerman tidak memuaskan. Dietl pada mulanya menolak kenaikkan pangkat, tetapi telah diyakinkan untuk menerima perlantikkan oleh Generaloberst Alfred Jodl.[3] Pada 23 Jun 1944, sebuah pesawat Junkers Ju 52 yang membawa Dietl, General der Infanterie Thomas-Emil von Wickede, General der Gebirgstruppe Karl Eglseer, Generalleutnant Franz Rossi dan tiga penumpang yang lain terhempas di persekitaran kampung kecil Rettenegg, Styria; tiada yang terselamat.
Sehingga tahun 1997, perbandaran Ringelai di Hutan Bavaria menyanjungi Dietl dengan sebuah plak peringatan. Sehingga tahun 1977, tapak ini sebaliknya menghormati Albert Leo Schlageter.[4] Freyung menyanjungi Dietl dengan jalan General-Dietl-Straße.[5]
Date | Original German Wehrmachtbericht wording | Direct English translation |
---|---|---|
Monday, 10 June 1940 | [Der heldenhafte Widerstand den die Kampfgruppe des Generalleutnants Dietl seit vielen Wochen, vereinsamt unter den schwersten Bedingungen, in Narvik gegen eine überwältigende feindliche Übermacht geleistet hat, erhielt heute seine Krönung durch den völligen Sieg.] Error: {{Lang}}: teks mempunyai penanda italik (bantuan)[12] | The heroic resistance of Lieutenant General Dietl's battle group in Narvik, isolated under the most difficult conditions for many weeks, and against overwhelming enemy superiority, was today crowned by total victory. |
29 Januari 1910: | Gefreiter[13] |
11 Mac 1910: | Unteroffizier[13] |
4 Mei 1910: | Fähnrich[13] |
26 Oktober 1911: | Leutnant (Leftenan Muda)[13] |
9 Julai 1915: | Oberleutnant (Leftenan)[13] |
19 Ogos 1919: | Hauptmann (Kapten) efektif pada 18 Oktober 1918[13] |
1 Februari 1930: | Major (Mejar)[13] |
1 Februari 1933: | Oberstleutnant (Leftenan Kolonel)[13] |
1 Januari 1935: | Oberst (Kolonel)[13] |
31 Mac 1938: | Generalmajor (Brigedier Jeneral) efektif pada 1 April 1938[13] |
20 April 1940: | Generalleutnant (Mejar Jeneral) efektif pada 1 April 1940[13] |
19 Julai 1940: | General der Infanterie (Jeneral Infantri) efektif pada 1 Julai 1940, kemudian dinamakan semula General der Gebirgstruppe (Jeneral Pasukan Gunung)[13] |
1 Jun 1942: | Generaloberst (Kolonel Jeneral)[13] |
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.