Edison Chen
From Wikipedia, the free encyclopedia
Edison Chen Koon-hei (lahir 7 Oktober 1980) merupakan pelakon filem, pemuzik, usahawan, dan pereka fesyen Hong Kong-[Kanada]]. Chen juga merupakan pengasas kepada CLOT Inc., dan CEO kepada Clot Media Division Limited.
Edison Chen 陳冠希 | |
---|---|
Nama Cina | 陳冠希code: zh is deprecated (Tradisional) |
Nama Cina | 陈冠希code: zh is deprecated (Ringkas) |
Pinyin | Chén Guānxī (Mandarin) |
Jyutping | Can4 Gun3hei1 (Kantonis) |
Yale | Chàhn Gunhēi (Kantonis) |
Nama lahir | Chen Hing-wah (陳興華) |
Keturunan | Shanghai, China |
Asal | Hong Kong, China |
Lahir | (1980-10-07) 7 Oktober 1980 (umur 43) Vancouver, British Columbia, kanada |
Nama lain | EDC |
Pekerjaan | Pelakon, pemuzik, penerbit, usahawan, pereka fesyen |
Jenis muzik | Hip hop, Kantopop |
Alat muzik | Vokal |
Syarikat rakaman | Clot Media Division (2007–2008) EEG (2000–2005) |
Tahun aktif | 1999–kini |
Rakan kongsi | Shu Pei (2015-kini) |
Anak | 1 |
Ibu bapa | Edward Chen |
Mempengaruhi | Sammi Cheng, Leslie Cheung, R. Kelly, Janet Jackson, Jay Z |
Laman web rasmi | Official Website |
Chen berbahasa Inggeris, namun berkebolehan bercakap dan menyanyi dalam bahasa Kantonis dan Mandarin serta boleh berbahasa Jepun,[1] yang membolehkan beliau terlibat dalam pelbagai industri hiburan di seluruh dunia. Pada 21 Februari 2008, Chen mengumumkan pengunduran diri dari industri hiburan Hong Kong setelah terlibat dalam skandal foto seks, yang memaparkan pelbagai gambar bogelnya serta beberapa pelakon wanita lain yang tersebar di Internet.[2][3] Beliau kembali pada tahun 2010 dan muncul dalam filem Golden Chickensss (2014) sebagai cameo. Beliau hanya muncul secara sepenuhnya dalam industri perfileman Hong Kong pada tahun 2016.