From Wikipedia, the free encyclopedia
Templat:Kegunaan lain2
Serigala Kepulauan Falkland[1] | |
---|---|
Ilustrasi oleh John Gerrard Keulemans (1842–1912) | |
Pengelasan saintifik | |
Alam: | |
Filum: | |
Kelas: | |
Order: | |
Keluarga: | |
Tribus: | Canini |
Genus: | |
Spesies: | †D. australis |
Nama binomial | |
Dusicyon australis (Kerr, 1792) | |
Lokasi Kepulauan Falkland |
Serigala Kepulauan Falkland (Dusicyon australis), juga dikenali sebagai warrah dan kadang-kadang sebagai anjing Kepulauan Falkland, rubah Kepulauan Falkland atau serigala Antartik, ialah satu-satu mamalia darat asli di Kepulauan Falkland. Canid endemik ini pupus pada 1876, canid pertama yang diketahui yang pupus dalam sejarah. Ia merupakan satu-satu spesies moden dalam genus Dusicyon.
Secara tradisional, genus yang paling berkait rapat disangakakan merupakan Lycalopex, termasuk culpeo, yang telah diperkenalkan ke Kepulauan Falkland pada zaman moden. Walau bagaimanapun, pada 2009, suatu analisis kladistik bagi DNA mengenal pasti kerabat hidup terdekat serigala Kepulauan Falkland sebagai serigala bersurai (Chrysocyon brachyurus)—canid Amerika Selatan kerubahan dengan kaki panjang secara tidak biasa, yang daripadanya ia terpisah kira-kira 6.7 juta tahun lalu.[3]
Serigala Kepulauan Falkland wujud di kedua-dua Falkland Barat dan Falkland Timur, tetapi Charles Darwin tidak pasti sekiranya ia merupakan keragaman berbeza.[4] Bulunya mempunyai warna perang kekuning-kuningan dan hujung ekornya adalah putih. Dietnya tidak diketahui, tetapi, oleh sebab ketiadaan rodensia asli di Falkland, mungkin terdiri daripada burung bersarang darat seperti angsa dan penguin, lundi dan serangga, serta pembangkaian pesisir laut.[5] Ia telah kadang-kadang dikatakan mungkin telah mendiami korok.[6]
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.