![cover image](https://wikiwandv2-19431.kxcdn.com/_next/image?url=https://upload.wikimedia.org/wikipedia/commons/thumb/6/64/Disney%252B_2024.svg/langms-640px-Disney%252B_2024.svg.png&w=640&q=50)
Disney+
From Wikipedia, the free encyclopedia
Disney+ (disebut Disney Plus)[1][2][3] ialah perkhidmatan langganan video atas permintaan Amerika Syarikat dimiliki dan dikendalikan oleh Walt Disney Direct-to-Consumer & International, suatu cabang daripada The Walt Disney Company.
![]() | |
Jenis | Platform OTT |
---|---|
Ibu pejabat | Los Angeles, California, Amerika Syarikat |
Kawasan yang dipasarkan | Amerika, Eropah Barat dan beberapa bahagian di Asia-Pasifik dan Indo-Pasifik (lihat senarai penuh) |
Presiden | Michael Paull |
Induk | The Walt Disney Company (Walt Disney Direct-to-Consumer & International) |
Laman web | disneyplus |
Dilancarkan | 2019; 5 tahun yang lalu (2019) |
Status terkini | Aktif |
Ia bertumpu kepada kandungan filem dan televisyen dari Walt Disney Studios dan Walt Disney Television.[4] Filem dan siri televisyen asal berdasarkan harta intelek baru dan sedia ada juga dirancang termasuk kandungan dari Disney, Pixar, Marvel, Lucasfilm, National Geographic dan Star. Perkhidmatan ini bersaing dengan perkhidmatan langganan penstriman video lain seperti Netflix, Apple TV+, dan Amazon Prime Video dan akan melengkapkan ESPN+ dan Hulu sebagai sebahagian daripada strategi over-the-top Disney.
Ia dilancarkan di Kanada, Amerika Syarikat dan Belanda pada 12 November 2019. Indonesia merupakan negara pertama dalam rantau Nusantara mendapatkan perkhidmatan ini melalui klien Hotstar hasil pembelian Walt Disney Company dari Star India.[5] Singapura dan Malaysia menyusul mendapatkan perkhidmatan ini pada 2021 melalui platform STAR;[6] namun Malaysia boleh mendapat akses langganan pra-lancar seawal 2019.[7]
Perkhidmatan ini dibangun berdasarkan kandungan terbitan studio-studio hiburan Disney termasuk Walt Disney Pictures, Walt Disney Animation Studios, Pixar, Lucasfilm, Marvel Studios, National Geographic, dan filem-filem tertentu dari 20th Century Fox, Searchlight Pictures, Hollywood Pictures, dan Touchstone Pictures.[8] Ia akan beroperasi bersama Hulu, Dimana Disney menjadi pemegang saham pengendali setelah pembelian 21st Century Fox.[9] Bob Iger mengatakan bahawa Disney+ bakal berfokus ke hiburan bertemakan keluarga (dan tidak berfokus ke filem berating R atau TV-MA) dan Hulu akan tetap berorientasi pada hiburan umum.[10] Hulu pula akan menjadi perkhidmatan tambahan bagi Disney+.[11]