Dipterocarpaceae (turut disebut keruing-keruingan atau meranti-merantian)[2][3] ialah keluarga dengan 16 genus dan sekitar 580-680 spesies[4] yang kebanyakannya adalah pokok hutan hujan tanah rendah tropika. Nama keluarganya, daripada genus jenis Dipterocarpus, diambil daripada Yunani (di = dua, pteron = sayap dan carpus = buah) dan merujuk pada buahnya yang bersayap dua. Genus-genus terbesarnya termasuklah Shorea (360 spesies), Hopea (105 spesies), Dipterocarpus (70 spesies) dan Vatica (60 spesies).[5]

Fakta Segera Pengelasan saintifik, Genera ...
Dipterocarpaceae
Keruing-keruingan
Julat zaman: Maastrichtian–Sekarang
Thumb
Dipterocarpus retusus
Pengelasan saintifik s
Domain: Eukaryota
Alam: Plantae
Klad: Trakeofit
Klad: Eudikot
Klad: Rosid
Order: Malvales
Keluarga: Dipterocarpaceae
Blume (1825)[1]
Genera
Tutup

Kebanyakan daripada spesies dalam keluarga Dipterocarpaceae besar dan tingginya biasa mencapai tinggi 40-70 m; beberapa sampai lebih 80 m (dalam genus Dryobalanops,[5] Hopea[6] dan Shorea), dengan spesimen hidup tertinggi (Shorea faguetiana) 93.0 m tinggi.[6] Spesies-spesies dalam keluarga ini amat penting dalam perdagangan balak. Taburannya adalah di seluruh kawasan tropika, dari utara Amerika Selatan ke Afrika, Seychelles, India, Indochina, Indonesia, Malaysia dan Filipina.[7][8] Kerencaman terbesar Dipterocarpaceae ditemui di Borneo.[9] Kini, sebilangan spesies itu terancam kesan penebangan yang berlebihan, pembalakan haram yang meluas dan kemusnahan habitat. Ia membekalkan kayu yang bernilai, minyak pati yang harum, balsam dan resin, dan menjadi sumber bagi papan lapis.

Pengelasan

Keluarga dipterokarpa ini secara amnya dibahagikan kepada dua subkeluarga:

Kladogram: Filogeni Dipterocarpaceae[10]
 Dipterocarpaceae  
Dipterocarpoideae
Dipterocarpeae

Anisoptera

Cotylelobium

Dipterocarpus

Stemonoporus

Upuna

Vateria

Vateriopsis

Vatica

Shoreae

Dryobalanops

Hopea

Neobalanocarpus

Parashorea

Shorea

Monotoideae
    

Marquesia

Monotes

Pseudomonotes

  • Dipterocarpoideae: mengandungi 13 genus dan sekitar 470 spesies, ia merupakan subfamili yang terbesar. Taburannya termasuklah Seychelles, Sri Lanka, India, Asia Tenggara sehingga New Guinea, dan bertaburan besar di Borneo, di mana ia merupakan spesies yang utama di hutan tanah rendah. Dipterocarpoideae boleh dibahagikan kepada dua kumpulan:[9][11]
    • Kumpulan Valvat - Dipterocarpeae (Anisoptera, Cotylelobium, Dipterocarpus, Stemonoporus, Upuna, Vateria, Vateriopsis, Vatica). Genus-genus untuk kumpulan ini mempunyai kelopak bervalvat di dalam buah, saluran tunggal, salur resin berselerak dan bilangan kromosom asas x = 11.
    • Kumpulan Imbrikat-Shoreae (Balanocarpus, Hopea, Parashorea, Shorea). Genus-genus untuk kumpulan ini mempunyai kelopak berimbrikat di dalam buahnya, saluran berkelompok, salur resin dalam pita menyeleweng dan bilangan kromosom asas x = 7. Kajian molekul terkini mencadangkan bahawa genus Hopea membentuk klad bersama Shorea ceraian Anthoshorea dan Doona, dan harus digabungkan dengan Shorea.[12]
  • Monotoideae: tiga genus, 30 spesies. Marquesia berasal dari Afrika. Monotes mempunyai 26 spesies, yang tersebar menyeberangi Afrika dan Madagascar. Pseudomonotes pula berasal dari Amazon Colombia.

Kajian genetik terbaru mendapati bahawa dipterokarpa Asia mempunyai leluhur yang sama dengan Sarcolaenaceae, sebuah famili pokok yang banyak didapati di Madagascar.[13] Ini menunjukkan bahawa leluhur dipterokarpa berasal dari selatan superbenua Gondwana, dan leluhur yang sama untuk kedua-dua dipterokarpa Asia dan Sarcolaenaceae telah didapati di daratan India-Madagascar-Seychelles berjuta-juta tahun dahulu, dan dibawa ke utara oleh India, dan kemudian berlanggar dengan Asia dan membenarkan dipterokarpa tersebar menyeberangi Asia Tenggara dan Malesia.

Subfamili Pakaraimoideae yang dahulunya ditempatkan di sini dan tempatan dari tanah tinggi Guyana di Amerika Selatan, kini ditemukan lebih berkait rapat dengan Cistaceae dan ditempatkan di situ dalam APG IV (2016).[14]

Lihat juga

Rujukan

Pautan luar

Wikiwand in your browser!

Seamless Wikipedia browsing. On steroids.

Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.

Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.