![cover image](https://wikiwandv2-19431.kxcdn.com/_next/image?url=https://upload.wikimedia.org/wikipedia/commons/thumb/b/b5/DeanHenderson2018.jpg/640px-DeanHenderson2018.jpg&w=640&q=50)
Dean Henderson
Pemain bola sepak Inggeris / From Wikipedia, the free encyclopedia
Dean Bradley Henderson (lahir 12 Mac 1997) ialah seorang pemain bola sepak profesional Inggeris yang bermain sebagai penjaga gol untuk kelab Liga Perdana Inggeris Nottingham Forest F.C., secara pinjaman daripada Manchester United, dan pasukan kebangsaan England.
![]() Henderson bermain untuk Sheffield United pada tahun 2018 | |||
Maklumat peribadi | |||
---|---|---|---|
Nama penuh | Dean Bradley Henderson[1] | ||
Tarikh lahir | (1997-03-12) 12 Mac 1997 (umur 27)[2] | ||
Tempat lahir | Whitehaven, England | ||
Ketinggian | 6 kaki 2 inci (1.88 m)[3] | ||
Posisi permainan | Penjaga gol | ||
Maklumat kelab | |||
Kelab terkini |
Nottingham Forest (Pinjaman dari Manchester United) | ||
Nombor | 26 | ||
Kerjaya remaja | |||
2005–2011 | Carlisle United | ||
2011–2015 | Manchester United | ||
Kerjaya Senior* | |||
Tahun | Pasukan | Kmcln | (Gol) |
2015– | Manchester United | 13 | (0) |
2016 | → Stockport County (pinjaman) | 9 | (0) |
2016–2017 | → Grimsby Town (pinjaman) | 7 | (0) |
2017–2018 | → Shrewsbury Town (pinjaman) | 38 | (0) |
2018–2019 | → Sheffield United (pinjaman) | 46 | (0) |
2019–2020 | → Sheffield United (pinjaman) | 36 | (0) |
2022– | → Nottingham Forest (pinjaman) | ||
Pasukan kebangsaan‡ | |||
2012 | England B16 | 1 | (0) |
2013–2014 | England B17 | 5 | (0) |
2016–2017 | England B20 | 6 | (0) |
2018–2019 | England B21 | 11 | (0) |
2020– | England | 1 | (0) |
* Gol dan kemunculan untuk kelab senior hanya untuk liga domestik dan tepat pada 23:57, 23 Mei 2021 (UTC) ‡ Gol dan kemunculan pasukan kebangsaan hingga 23:49, 12 November 2020 (UTC) |
Henderson menandatangani kontrak profesional pertamanya dengan Manchester United pada tahun 2015 dan memperpanjangnya pada tahun 2018 untuk dua tahun lagi hingga 2022. Dia membuat debut untuk Manchester United menentang Luton Town pada pusingan ketiga Piala EFL pada tahun 2020. Dia juga telah dipinjamkan kepada sejumlah pasukan lain. Setelah bermain di pelbagai bahagian bawah, dia membuat debut Liga Perdana dengan Sheffield United pada tahun 2019. Dia telah mewakili England di bawah-16, bawah-17, bawah-20, bawah-21 dan peringkat senior.