EP kedua bagi kugiran DAY6 From Wikipedia, the free encyclopedia
Daydream (digayakan sebagai DAYDREAM) ialah album mini kedua bagi kumpulan muzik rock Korea Selatan, DAY6. Ia juga merupakan album pertama dengan lima ahli DAY6 yang tinggal selepas salah seorang ahli, Junhyeok keluar daripada kumpulan tersebut.[6] Ia dilancarkan pada 30 Mac 2016 oleh JYP Entertainment dan diedarkan oleh KT Music. Album mini ini terdiri daripada enam buah lagu dan runut "Lepaskan, Lepaskan, Lepaskan" (놓아 놓아 놓아) dipilih sebagai runut tajuk.
Daydream | ||||
---|---|---|---|---|
EP oleh | ||||
Dilancarkan pada | 30 Mac 2016 (lihat sejarah pelancaran) | |||
Dirakamkan pada | 2016 | |||
Tempat | Korea Selatan | |||
Genre | Pop rock, hip hop, elektronik[1] | |||
Panjang | 21:49 | |||
Bahasa | Korea | |||
Syarikat | ||||
Penerbit | J. Y. Park "The Asiansoul" | |||
Penyusun |
| |||
Ulasan profesional | ||||
Kronologi album DAY6 | ||||
| ||||
Single daripada Daydream | ||||
| ||||
sunting · sunting di Wikidata |
Pada hari pertama pelancaran, Daydream berjaya menduduki tangga pertama dalam carta iTunes di beberapa negara seperti Taiwan, Thailand, Singapura, Filipina dan Indonesia. Album mini ini turut dipilih sebagai salah satu daripada sepuluh album K-pop terbaik dalam carta Billboard.[7]
Pada 22 Mac 2016, DAY6 melalui laman media sosial rasmi mereka mendedahkan pratonton album mini Daydream dan gambar teaser berkumpulan serta mengumumkan bahawa album itu akan dilancarkan pada 30 Mac 2016.[8][9] Keesokan harinya, gambar teaser yang menampilkan setiap ahli DAY6 yang diambil secara dekat pula didedahkan, di mana gambar teaser tersebut diambil di tepi laut.[nota 1] Pada 27 Mac 2016, video muzik teaser untuk runut tajuk "Lepaskan, Lepaskan, Lepaskan" dipertontonkan melalui akaun YouTube rasmi JYP Entertainment.[6] Beberapa video pendek dan gambar latihan bagi lagu-lagu daripada album mini ini didedahkan melalui laman Instagram,[11][nota 2] sebelum video latihan secara langsung ditayangkan melalui V Live.[13] Pada 30 Mac 2016, video muzik penuh bagi lagu "Lepaskan, Lepaskan, Lepaskan" dilancarkan, bersama dengan penjualan secara dalam talian dan versi fizikal album itu.[14][15]
※ Lagu yang digelapkan merupakan lagu utama bagi album itu.
No. | Tajuk | Seni kata | Gubahan | Susunan | Masa | |||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
1. | "First Time" (Kali Pertama) | Sungjin, Jae, Young K, Wonpil, Dowoon | Hong Ji-sang, Lee Woo-min, Sungjin, Jae, Young K, Wonpil, Dowoon | Hong Ji-sang, Lee Woo-min | 3:21 | |||||
2. | "Blood" (Darah) | Jae, Young K | 220, Andrew Choi, Jae, Young K | 220 | 3:30 | |||||
3. | "놓아 놓아 놓아" (Lepaskan, Lepaskan, Lepaskan) | Young K, Wonpil | Hong Ji-sang, Lee Woo-min, Young K, Wonpil | Hong Ji-sang, Lee Woo-min | 3:51 | |||||
4. | "Sing Me" (Nyanyikan Aku) | Young K, Wonpil | Nuplay, Neil Nallas, Walter Pok, Sungjin, Jae, Young K, Wonpil, Dowoon | Nuplay | 3:35 | |||||
5. | "바래" (Hajat) | Frants, Sungjin, Young K, Wonpil | Frants, Sungjin, Young K, Wonpil | Frants | 4:06 | |||||
6. | "Hunt" (Buru) | Frants, Young K, Wonpil | Frants, Young K, Wonpil | Frants | 3:26 | |||||
Jumlah masa: 21:49 |
Negara | Carta (2016) | Kedudukan tertinggi | Jumlah jualan | Rujukan | ||
---|---|---|---|---|---|---|
Korea Selatan | Gaon | Carta mingguan | Minggu 14 | 4 | 13,000+ | [16] |
Carta bulanan | Mac | 15 | [17] | |||
Amerika Syarikat | Billboard | Carta album dunia | 16 April 2016 | 6 | — | [18] |
Negara | Tarikh | Format | Pengedar | Rujukan |
---|---|---|---|---|
Korea Selatan | 30 Mac 2016 | Muat turun digital | Genie Music, KT Music | [19] |
Seluruh dunia | [20] | |||
Korea Selatan | CD | [21] | ||
Seluruh dunia | 1 April 2016 | [22] | ||
Jepun | 31 Mac 2016 | JYP Entertainment | [23] | |
Taiwan | 26 April 2016 | CD+DVD (versi eksklusif Taiwan) | Universal Music Taiwan | [24] |
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.