From Wikipedia, the free encyclopedia
Yang Mulia Tunku Intan binti Tunku Abdul Hamid atau lebih dikenali sebagai Dayangku Intan (lahir 29 April 1966) merupakan seorang penyanyi dan ahli politik Malaysia. Dari kerjaya muziknya sekitar era 1980-an beliau terkenal dengan lagu 80-an "Semakin Rindu Semakin Sayang" kemudian pada 90-an "Berpaut Di Dahan Cinta", "Senandung Hari Raya Untukmu" dan dengan gandingannya bersama Jay Jay menerusi lagu "Kita Insan Biasa". Pada pilihan raya umum Malaysia 2013, beliau bertanding di parlimen Pengerang mewakili PKR.[1][2] Selepas Pakatan Rakyat dibubarkan pada 2015 beliau undur diri dari politik dan keluar dari PKR pada tahun 2018. Walau bagaimanapun, beliau telah menyertai Parti Islam Se-Malaysia sejak tahun 2023.
Dayangku Intan | |
---|---|
دايڠكو اينتن | |
Kelahiran | Tunku Intan binti Tunku Abdul Hamid 29 April 1966 |
Pekerjaan | Penyanyi, YouTuber, bekas Ahli politik |
Pasangan | Rosman Yahil |
Anak-anak | 4 |
Hubungan | Tunku Ismail Tunku Yahaya (datuk) |
Kerjaya muzik | |
Genre | Pop, Pop Rock, Balada |
Instrumen | Vokal |
Tahun aktif | 1980-kini |
Syarikat rakaman | Omry Records (Omry Musical Industries Sdn. Bhd.) (1982 - 1984) WEA Records Sdn. Bhd (kini Warner Music (Malaysia) Sdn. Bhd.) (1985 - 1992) Polygram Records Sdn. Bhd. (1993 - 1995) Senikita Studio (2020 - 2023) |
Maklumat YouTube | |
Saluran | |
Bapanya Yang Mulia Tunku Haji Sir Abdul Hamid Halim Shah III bin Tunku Tan Sri Haji Sir Ismail Hamid Halim Shah I ialah anak kepada Yang Berhormat Mulia Tunku Tan Sri Haji Sir Ismail Hamid Halim Shah I bin Almarhum Tunku Haji Sir Yahaya Hamid Halim Shah I berasal dari keluarga Di Raja Kedah beliau menjadi Menteri Besar Kedah ke-2. Dayangku Intan ialah anak kedua dalam empat adik beradik. Di lahirkan dan di besarkan di Kampung Pandan, Kuala Lumpur. Perkahwinannya dengan Rosman Yahil berasal dari Johor. Dayangku Intan ialah seorang ibu kepada seramai 4 orang cahaya mata.
Semasa kecil, beliau bersekolah rendah di Sekolah Jenis Kebangsaan (C) Tsun Jin merupakan sebuah Sekolah Jenis Kebangsaan Cina yang terletak di Jalan Perwira, Kg. Pandan. Kemudian, beliau meneruskan pengajian persekolahan menengahnya di Sekolah Menengah Kebangsaan Confucian (Cf). Selain dari bahasa Melayu dan bahasa Inggeris beliau juga fasih dalam bahasa Mandarin dan bahasa Kantonis.
Dayangku Intan merupakan salah seorang penyanyi wanita yang begitu popular pada separuh dekad akhir 80an. Terkenal dengan rangkaian lagu-lagu hits solo dan duet yang menjuarai carta radio-radio RTM malah pada tahun 1985, jualan albumnya antara terlaris di pasaran.
Keupayaan vokal serak basah Dayangku Intan dalam menyampaikan lagu-lagu berentak slow rock dan pop rock amat dipuji dan disifatkan lain daripada lain. Ketika itu nama Dayangku Intan sebaris dengan artis-artis wanita hebat yang lain seperti Francissca Peter, Sheila Majid, Ramlah Ram, Azlina Aziz, Rohana Jalil dan Zaiton Sameon. Beliau juga terkenal dengan lagu- lagu duet bersama penyanyi lelaki popular seperti Jay Jay dan Zainal Abidin.
Beliau juga merupakan orang yang bertanggungjawab memperkenalkan bakat aktres tersohor negara yang digelar primadona filem Melayu Erra Fazira sebelum bergelar ratu cantik dan pelakon. Bakat nyanyian Erra juga dikesan oleh Dayangku Intan yang sering membawa Erra ke pertunjukan pentas. Biarpun bermula sebagai pelakon, impian Erra menjadi penyanyi tercapai apabila menyertai syarikat rakaman Polygram bersama-sama Dayangku Intan.
Pada tahun 2020 Dayangku Intan bernaung di bawah Senikita Studio[3] hingga 2023.
Dayangku Intan aktif dan sering mengajur program-program belia dalam bidang seni.
Pada Mac 2013, Dayangku Intan menganjur sebuah aturcara Seni Kita[4] di Taman TAR, Ampang. Pertubuhan Seni Kita ini ialah untuk beri manfaat kepada rakyat terutama sekali kepada belia yang minat bidang seni untuk mempamerkan bakat-bakat mereka kepada masyarakat. Beliau pernah memegang jawatan Pengerusi Biro Bakti Pertiwi, Persatuan Bekas Polis Malaysia dan bekas Ketua Biro Kebudayaan dan Kesenian (Majlis Pimpinan Wanita Keadilan)[5].
Calon PKR untuk Parlimen Pengerang, Johor pada PRU-13. Selepas Pakatan Rakyat dibubarkan pada 2015 beliau undur diri dari politik kemudian keluar dari PKR pada tahun 2018.
Pada 2020 saluran YouTube DayangkuIntanTV aktif mengeluarkan YouTube video bersiri siniar Suara Hati Dayangku Intan dan YouTube video bersiri masak-masak Cakap-Cakap Makan-Makan bersama Dayangku Intan. saluran YouTube @DayangkuIntanTV bernaung di bawah Senikita Studio.
(MINI ALBUM/EP)
Suara Hatiku (Polygram/1994)
Impian (Polygram/1995)
Senandung Hari Raya Untukmu (1989) dari album Gema Hari Raya - WEA
Selekta Emas - Nostalgia (1994) - WEA
Antara Dua (1995) - Polygram
Koleksi 20 Lagu-Lagu Hits Jay Jay & Dayangku Intan (2007) - WEA
Nostalgia Abadi - Khazanah Muzik Berzaman, Dulu Kini Selamanya (2008) - Warner
29 lagu-lagu Hit Sepanjang Masa MEMORI HIT Dayangku Intan (2009) - Warner
SIRI MAMPU MILIKI Koleksi Lagu-lagu Terbaik Dayangku Intan (2014) - Warner
Tahun | Tajuk | Watak | Catatan |
---|---|---|---|
1986 | Ali Setan 2 | Tipah (Latifah) | Menggantikan pelakon asal Sheila Majid |
1982 - 1984: Omry Records (Omry Musical Industries Sdn. Bhd.)
1985 - 1992: WEA Records Sdn. Bhd (kini Warner Music (Malaysia) Sdn. Bhd.)
1993 - 1995: Polygram Records Sdn. Bhd.
2020 - 2023: Senikita Studio
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.