From Wikipedia, the free encyclopedia
Darjah Yang Mulia Setia Mahkota Malaysia ialah salah satu set darjah kebesaran negara di Malaysia. Ia anugerah kebesaran keempat tertinggi dalam senarai darjah kebesaran persekutuan Malaysia.[perlu rujukan]
Darjah Yang Mulia Setia Mahkota Malaysia | |
---|---|
Dianugerahkan oleh Yang di-Pertuan Agong | |
Jenis | Perintah |
Dizahirkan | 15 April 1966 |
Negara | Malaysia |
Reben | Jalur biru dan merah ditepi |
Dianugerahkan untuk | Perkhidmatan cemerlang kepada negara |
Status | Masih dikurniakan |
Penganugerah | Yang di-Pertuan Agong |
Gred | Seri Setia Mahkota / Panglima / Johan |
Singkatan darjah | SSM / PSM / JSM |
Perangkaan | |
Pelantikan pertama | 1966[1] |
Pelantikan terakhir | 2021 |
Jumlah lantikan | 47 SSM 1,001 PSM 2,587 JSM 20 SSM (Kehormat) 123 PSM (Kehormat) 44 JSM (Kehormat) |
Susunan keutamaan | |
Lebih tinggi | Darjah Yang Mulia Pangkuan Negara[2] |
Lebih rendah | Darjah Bakti[2] |
SSM / JSM PSM | |
sunting · sunting di Wikidata |
Ia dikeluarkan mengikut penetapan Statut Darjah Yang Mulia Setia Mahkota Malaysia. Watikah penganugerahan ditandatangani oleh pendaftar darjah dan menteri darjah untuk memastikan ketulenan watikah yang dikeluarkan, sebelum ditandatangani Yang di-Pertuan Agong.[3]
Darjah ini mempunyai tiga pangkat.[4]
Seri Setia Mahkota (S.S.M.) dikurniakan kepada mereka yang telah banyak berbuat jasa yang cemerlang kepada negara dengan penuh tanggungjawab dan berpengaruh serta bertaraf tinggi kedudukannya. Penerima darjah kebesaran ini membawa gelaran 'Tun' bagi lelaki dan wanita, manakala isteri penerima pula bergelar 'Toh Puan'.[5]
Panglima Setia Mahkota (P.S.M.) dikurniakan kepada mereka yang mempunyai taraf kedudukan yang tinggi serta terkenal kerana khidmat cemerlang kepada negara dalam apa jua lapangan. Penerima darjah kebesaran ini membawa gelaran 'Tan Sri' bagi lelaki dan wanita, manakala isteri penerima pula bergelar 'Puan Sri'.[5]
Johan Setia Mahkota (J.S.M.) dikurniakan kepada mereka yang tinggi taraf kedudukan dan telah membuat jasa cemerlang kepada negara. Penerima tidak membawa sebarang gelaran.[5]
Mantan Timbalan Perdana Menteri Malaysia, Musa Hitam telah dilantik sebagai menteri darjah bagi darjah ini. Beliau dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim untuk berkhidmat bermula 13 September 2024 dan akan berkhidmat selama tiga tahun, sehingga 12 September 2027.[6]
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.