Daerah Kuala Muda
daerah di Kedah, Malaysia From Wikipedia, the free encyclopedia
daerah di Kedah, Malaysia From Wikipedia, the free encyclopedia
Daerah Kuala Muda merupakan sebuah daerah di Kedah, Malaysia. Sungai Petani merupakan pusat pentadbiran bagi daerah ini.
Daerah Kuala Muda | |
---|---|
Daerah Kuala Muda | |
Transkripsi Lain-lain | |
• Jawi | كوالا مودا |
• Cina | 瓜拉姆达县 |
• Tamil | கோலா மூடா |
Koordinat: 5°40′N 100°30′E | |
Negara | Malaysia |
Negeri | Kedah |
Pusat | Sungai Petani |
Pihak berkuasa tempatan | Majlis Perbandaran Sungai Petani |
Pentadbiran | |
• Pegawai daerah | Haji Md Shuhaime bin Haji Abdul Rahman[1] |
Keluasan | |
• Jumlah | 922 km2 (356 batu persegi) |
Penduduk (2010)[3] | |
• Jumlah | 443,488 |
• Kepadatan | 480/km2 (1,200/batu persegi) |
Zon waktu | UTC+8 (WPM) |
Poskod | 09xxx |
Kod panggilan | +6-044 |
Nombor plat kenderaan | K |
Nama daerah Kuala Muda diambil sempena nama sebatang sungai yang terletak di dalam daerah ini, iaitu Sungai Muda.
Beberapa tempat di daerah Kuala Muda dahulunya pernah dijadikan pusat pentadbiran Kesultanan Kedah. Kota Bukit Meriam telah menjadi pusat pentadbiran Kedah sejak tahun 1136 hingga 1236 lalu diubah ke Kota Sungai Emas sehingga tahun 1280.[4] Beberapa artifak dan candi juga ditemui di sekitar Lembah Bujang dan Sungai Batu yang dipercayai antara tamadun terawal yang bertapak di Malaysia.
Pada tahun 2004, daerah Kuala Muda antara beberapa tempat di Malaysia yang dilanda tempias gempa bumi dan tsunami 2004 yang mengorbankan lebih sepuluh orang penduduk di sekitar pesisir pantai Kuala Muda.[5] Sebuah tugu peringatan telah dibina bagi memperingati peristiwa ini.
Daerah Kuala Muda bersempadan dengan daerah Pendang di utara, daerah Sik dan Baling di timur, daerah Kulim dan Seberang Perai Utara, Pulau Pinang di selatan, daerah Yan di barat laut dan Selat Melaka di barat.
Daerah Kuala Muda dibahagikan kepada 16 buah mukim;
Bil | Nama mukim | Keluasan (km²)[6] | Jumlah penduduk
(2010)[7] |
---|---|---|---|
1 | Mukim Bujang | 74.83 | 13,342 |
2 | Mukim Bukit Meriam | 37.52 | 5,449 |
3 | Mukim Gurun | 202.9 | 39,590 |
4 | Mukim Haji Kudong | 3.83 | 1,070 |
5 | Mukim Kota | 6.05 | 2,960 |
6 | Mukim Kuala | 6.76 | 3,050 |
7 | Mukim Merbok | 49.75 | 13,637 |
8 | Mukim Pekula | 21.64 | 15,066 |
9 | Mukim Pinang Tunggal | 35.73 | 16,243 |
10 | Mukim Rantau Panjang | 9.63 | 2,827 |
11 | Mukim Semeling | 39.11 | 22,255 |
12 | Mukim Sidam Kiri | 68.21 | 8,024 |
13 | Mukim Simpor | 20.09 | 5,864 |
14 | Mukim Sungai Pasir | 37.26 | 79,924 |
15 | Mukim Sungai Petani | 181.5 | 202,939 |
16 | Mukim Teloi Kiri | 128.7 | 11,248 |
Bandar dan pekan
Mengikut bancian penduduk Malaysia 2010, jumlah penduduk di daerah Kuala Muda ialah seramai 443,488 orang dengan kepadatan penduduk 480 orang perkilometer persegi. Penduduk paling ramai berbangsa Melayu iaitu seramai 278,999 orang. Terdapat sebanyak 105,429 isi rumah dengan 135,237 tempat kediaman.[7]
Warganegara | Kaum | Jumlah |
---|---|---|
Warganegara Malaysia | Melayu | 278,999 |
Bumiputera lain | 1,403 | |
Cina | 82,249 | |
India | 58,986 | |
Lain-lain | 2,099 | |
Bukan warganegara | tiada data | 19,752 |
Kumpulan umur | Jumlah |
---|---|
70 tahun dan ke atas | 14,475 |
60 hingga 69 tahun | 21,378 |
50 hingga 59 tahun | 41,940 |
40 hingga 49 tahun | 57,602 |
30 hingga 39 tahun | 62,144 |
20 hingga 29 tahun | 70,762 |
10 hingga 19 tahun | 93,406 |
9 tahun dan ke bawah | 81,781 |
Jantina | Jumlah |
---|---|
Lelaki | 224,626 |
Perempuan | 218,862 |
Dewan Rakyat
Parlimen | Kerusi | Ahli Parlimen | Parti |
---|---|---|---|
P12 | Jerai | Sabri Bin Azit | Perikatan Nasional (PAS) |
P14 | Merbok | Nor Azrina Binti Surip @ Nurin Aina | Pakatan Harapan (PKR) |
P15 | Sungai Petani | Johari Abdul | Pakatan Harapan (PKR) |
Dewan Undangan Negeri (DUN)
Parlimen | DUN | Kerusi | Ahli DUN | Parti |
---|---|---|---|---|
P12 | N22 | Gurun | Johari Abdul | Pakatan Harapan (PKR) |
P14 | N25 | Bukit Selambau | Summugam A/L Rengasamy | Pakatan Harapan (PKR) |
P14 | N26 | Tanjung Dawai | Hanif Bin Ghazali | Perikatan Nasional (PAS) |
P15 | N27 | Pantai Merdeka | Ahmad Fadzli Bin Hashim | Perikatan Nasional (PAS) |
P15 | N28 | Bakar Arang | Ooi Tze Min | Pakatan Harapan (PH) |
P15 | N29 | Sidam | Robert Ling Kui Ee | Perikatan Nasional (PPBM) |
Berikut merupakan statistik institusi pendidikan di daerah Kuala Muda sehingga tahun 2019[8];
Sekolah*
Jenis sekolah | Bilangan sekolah |
Jumlah murid | Jumlah guru | ||
---|---|---|---|---|---|
Lelaki | Perempuan | Lelaki | Perempuan | ||
Sekolah rendah | 105 | 23,450 | 22,579 | 951 | 2,788 |
Jumlah | 105 | 46,029 | 3,739 | ||
Sekolah menengah | 38 | 17,090 | 18,377 | 890 | 2,251 |
Jumlah | 38 | 35,467 | 3,141 | ||
Keseluruhan | 143 | 40,540 | 40,956 | 1,841 | 5,039 |
Jumlah keseluruhan | 143 | 81,496 | 6,880 |
*tidak termasuk sekolah swasta atau sekolah di bawah Jabatan Agama Negeri
Pengajian Tinggi
Institusi | Jumlah staf akademik |
Jumlah pelajar |
---|---|---|
Institut Pendidikan Guru Kampus Sultan Abdul Halim | 116 | 126 |
Kolej Komuniti Sungai Petani | 68 | 844 |
Jumlah | 184 | 970 |
Terdapat kira-kira 54 buah masjid di sekitar daerah Kuala Muda.[9]
Terdapat sebuah hospital kerajaan[10], empat klinik kesihatan, tiga poliklinik komuniti[11] dan 23 buah klinik desa[12] di daerah Kuala Muda.
Jata | Kod | Nama[13] | Nama lain | Panjang (km)[13] | Info[14][15] | Gambar |
---|---|---|---|---|---|---|
FT1 | Jalan Butterworth–Alor Setar | Jalan Badlishah, Jalan Kampung Baru, Jalan Gurun | 39.022 | Kilometer sifar FT1 terletak di sempadan dua negeri iaitu Kedah dan Pulau Pinang, di Jambatan Merdeka. | ||
FT67 | Jalan Sungai Petani–Baling | Jalan Market, Jalan Kuala Ketil | 17.098 | Kilometer sifar FT67 terletak di persilangan FT1 di Sungai Petani. | ||
FT175 | Jalan Gurun–Kepala Batas | Jalan Jeniang, Jalan Sik | 51.423 | Kilometer sifar FT175 terletak di persilangan FT1 di Bandar Gurun. Ia bertindih dengan Jalan Negeri Kedah K10. | ||
FT225 | Jalan Lencongan Timur | Jalan Lencong Timur, Lencongan Timur, Jalan Pintasan Timur Sungai Petani | 15.738 | Kilometer sifar FT225 terletak di persilangan FT1 di Kampung Padang Temusu. | ||
FT252 | Jalan Gunung Jerai | 12.000 | Kilometer sifar FT252 terletak di kawasan meletakkan kenderaan di kaki Gunung Jerai.[16] Ia merupakan bekas Jalan Negeri Kedah K159. | |||
FT253 | Jalan Pintasan Semeling | Jalan Pintas Semeling | 13.899 | Kilometer sifar FT253 terletak di persilangan FT1 di Bedong. Ia bertindih dengan Jalan Negeri Kedah K1. | ||
FT257 | Jalan Lencongan Barat | Jalan Lencong Barat, Lencongan Barat, Jalan Pintasan Barat Sungai Petani | 12.110 | Kilometer sifar FT257 di Kampung Padang Temusu.[17][18] |
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.