Rusiga
From Wikipedia, the free encyclopedia
Rumput rusiga (atau juga dikenali dengan nama ilmiah Cyperaceae) adalah sebuah keluarga monokotiledon graminoid yang mempunyai bunga yang dikenali sebagai rusiga, yang menyerupai rumput. Keluarga ini juga amat luas, dengan lebih kurang 5,500 spesies disenaraikan dalam 90 buah genus,[1][2] dengan genus rusiga terbesar Carex[3][4] mengandungi lebih 2,000 spesies.[5] Spesies ini tersebar dengan luas, dan tertumpu di rantau Asia tropika and tropika Amerika Selatan. Walaupun rusiga dapat dijumpai di pelbagai jenis kawasan, ia sering dianggap hidup di tanah lembap, ataupun kawasan bertanah tidak subur.
Ciri-ciri yang membezakan anggota keluarga rusiga daripada rumput dan rumpai ialah batangnya yang jika dikerat, akan menghasilkan rentasan segi tiga (namun adakalanya berbentuk lain jika cacat) dan daun-daun yang disusun secara pilin dalam tiga tingkat (rumput mempunyai daun beralternatif yang membentuk dua tingkat).[6][7][8]
Rusiga-rusiga yang dikenali ramai termasuk sengkuang cina (Eleocharis dulcis) dan rusiga papirus (Cyperus papyrus), yang digunakan oleh tamadun Mesir sebagai kertas. Keluarga ini juga mengandungi rusiga kapas (Eriophorum), tiké (Eleocharis), rumput lancip (Cladium), rumput halia hitam (Cyperus rotundus, sejenis rumpai biasa), dan rumput sendayan (Rhynchospora colorata).