Curiosity
From Wikipedia, the free encyclopedia
Curiosity ialah sebuah perayau saiz kereta yang direka untuk menjelajah kawah Gale di Marikh sebahagian daripada misi Makmal Sains Marikh NASA (MSL).[3] Curiosity telah dilancarkan dari Tanjung Canaveral pada 26 November 2011, 15:02 UTC dan mendarat di Aeolis Palus di dalam Gale di Marikh pada 6 Ogos 2012, 05:17 UTC.[7][8][13] Tapak Pangkalan Bradbury kurang daripada 2.4 km (1.5 bt) dari pusat sasaran pendaratan perayau tersebut setelah berjalan sepanjang 560 juta km (350 juta bt).[9][14] Matlamat perayau termasuk penyiasatan iklim dan geologi Marikh; taksiran sama ada tapak medan yang dipilih di dalam Gale pertama sekali menawarkan keadaan persekitaran yang baik untuk kehidupan mikrob, termasuk penyiasatan peranan air; dan kajian kebolehdiaman planet dalam persiapan untuk penjelajahan manusia.[15][16]
Jenis misi | Perayau Marikh | ||||
---|---|---|---|---|---|
Pengoperasi | NASA | ||||
COSPAR ID | 2011-070A | ||||
SATCAT № | 37936 | ||||
Tapak web | mars | ||||
Jangka masa misi | Utama: 668 sol (687 hari) Kini: Templat:Curiosity Mission Timer sol (4273 hari) sejak mendarat[1] | ||||
Ciri kapal angkasa lepas | |||||
Pembuat | |||||
Berat kering | Perayau sahaja: 899 kg (1,982 lb)[2] | ||||
Permulaan misi | |||||
Tarikh pelancaran | 26 November 2011, 15:02:00 (2011-11-26UTC15:02Z) UTC[3][4][5] | ||||
Roket | Atlas V 541 (AV-028) | ||||
Tapak pelancaran | Tanjung Canaveral LC-41[6] | ||||
Parameter orbit | |||||
Sistem rujukan | Heliosentrik (pindah) | ||||
Perayau Marikh | |||||
Komponen kapal angkasa | Perayau | ||||
Tarikh pendaratan | 6 Ogos 2012, 05:17:57 UTC SCET[7][8] | ||||
Tapak pendaratan | Aeolis Palus ("Pangkalan Bradbury"[9]) di kawah Gale (4.5895°S 137.4417°E / -4.5895; 137.4417 (Curiosity))[10][11] | ||||
Jarak diliputi | 21.08 km (13.10 bt)[12] setakat 29 Julai 2019[kemas kini] | ||||
----
|
Pada bulan Disember 2012, misi dua tahun Curiosity dilanjutkan bagi tempoh masa yang tidak terbatas,[17] dan pada 5 Ogos 2017, NASA menyambut ulang tahun kelima pendaratan perayau Curiosity.[18][19] Perayau tersebut masih dikendalikan, dan menjelang April 18, 2024, Curiosity telah berada di Marikh selama Templat:Curiosity Mission Timer sol (4273 jumlah hari) sejak mendarat pada 6 Ogos 2012. (Lihat status sekarang.)
Reka bentuk Curiosity digunakan sebagai asas bagi perayau Marikh 2020 yang dirancang, yang akan membawa alat saintifik yang berbeza.