Makmal Sains Marikh
From Wikipedia, the free encyclopedia
Makmal Sains Marikh (bahasa Inggeris: Mars Science Laboratorycode: en is deprecated ; atau singkatannya MSL) adalah misi penerokaan Marikh oleh NASA menggunakan perayau bernama Curiosity.[7][8] MSL dilancarkan pada 26 November 2011, jam 10:02 EST[1][2] dan mendarat di Marikh di Kawah Gale pada 6 Ogos 2012, jam 05:14:39 UTC.[1] Ia membawa alat-alat sains untuk menganalisis tanah dan serbuk daripada batu-batan. Tujuannya menyiasat kebolehan Marikh untuk menyokong kehidupan. Komuniti antarabangsa membekalkan sebahagian alatannya.
Pengendali | NASA |
---|---|
Kontraktor utama | Boeing Lockheed Martin |
Jenis misi | Perayau |
Tarikh Berlepas | 26 November 2011 15:02:00.211 UTC (10:02 EST)[1][2] |
Kenderaan Pelancar | Atlas V 541 (AV-028) |
Kawasan Pelancaran | Cape Canaveral LC-41[3] |
Tempoh misi | 668 sol Marikh (686 hari Bumi) |
ID COSPAR | 2011-070A |
Laman web | Laman Web MSL |
Jisim | 899 kg (1,982 lb)[4] |
Kuasa | Penjana termoelektrik radioisotop (RTG) |
Pendaratan Marikh | |
Tarikh | 6 Ogos 2012 05:14:39 UTCSCET[5] MSD 49269 15:00:01 LMST (waktu Marikh) MSD 49269 05:50:16 AMT[6] |
Koordinat | Aeolis Palus di Kawah Gale, 4°35′31″S 137°26′25″E (-4.5895, 137.4417) |
Perayau Curiosity adalah lima kali lebih besar, dan memiliki alatan 10 kali lebih berat, daripada Misi Eksplorasi Perayau Spirit dan Opportunity yang membuat pendaratan pada 2004.[9] Perayau MSL dilancarkan oleh roket Atlas V 541.[3] MSL dijangka akan beroperasi untuk satu tahun Marikh (668 hari Marikh atau 686 hari Bumi), ia boleh menjelajah dengan jarak lebih jauh berbanding perayau Marikh lain.