From Wikipedia, the free encyclopedia
Cravity (Hangul: 크래비티; RR: Keuraebiti) adalah kumpulan lelaki dari Korea Selatan yang ditubuhkan oleh Starship Entertainment pada tahun 2020. Kumpulan ini mempunyai sembilan orang ahli: Serim, Allen, Jungmo, Woobin, Wonjin, Minhee, Hyeongjun, Taeyoung, dan Seongmin.[2] Mereka debut pada 14 April 2020 dengan album mini pertama mereka Season 1. Hideout: Remember Who We Are.
Cravity | |
---|---|
Latar belakang | |
Berasal dari | Seoul, Korea Selatan |
Genre | |
Tahun aktif | 2020 | –sekarang
Syarikat rakaman | Starship Entertainment |
Pengkarya berkait |
|
Laman sesawang | Laman sesawang rasmi |
Ahli |
|
Sebelum debut kumpulan, Jungmo, Wonjin, Minhee, dan Hyeongjun telah mengambil bahagian dalam rancangan Produce X 101 pada tahun 2019, mewakili Starship Entertainment, bersama dengan Moon Hyunbin. Pada final, Jungmo dan Wonjin masing-masing berada di kedudukan 13 dan 19 (tanpa mengambil kira kedudukan 'X'), kehilangan keputusan untuk kesebelasan utama pertunjukan. Walau bagaimanapun, Minhee dan Hyeongjun masing-masing berada di kedudukan 10 dan 4 dan menjadikan mereka sebahagian daripada barisan untuk debut sebagai ahli kumpulan X1. Mereka menpromosikan bersama kumpulan tersebut sehingga kumpulan itu dibubarkan pada 6 Januari 2020..[3][4]
Pada Mac 2020, Starship mula memperkenalkan kumpulan lelaki sembilan orang ahli baharu yang akan didedahkan oleh agensi itu, mendedahkan nama kumpulan itu sebagai "Cravity". Nama Cravity ialah penggabungan perkataan "Kreativiti" dan "Graviti" yang membayangkan membawa anda ke alam semesta mereka dengan daya tarikan unik mereka. Cravity, yang juga bermaksud "Center of Gravity (Pusat Graviti)," mengandungi cita-cita untuk mencapai prestasi terbaik dan kehadiran pentas terbaik apabila semua ahli berkumpul dalam keseimbangan sempurna.[5]
Cravity memulakan debutnya dengan album mini pertama mereka Season 1. Hideout: Remember Who We Are pada 14 April 2020, album mini itu memulakan debutnya dan berada di atas Chart Album Gaon. Album ini dilaporkan telah dihantar lebih dari 100,000 salinan pada bulan April 2020, menjadikannya mereka sebagai best-selling South Korean rookie artist pada tahun 2020, pada bulan Ogos 2020.[6][7]
Cravity masuk dan berada pada Billboard Social 50 Chart di nombor 12. Mereka adalah kumpulan Korea Selatan terpantas kelima yang memasuki Social 50, dan juga menjadi satu-satunya artis rookie Korea Selatan yang mencatat di Billboard Social 50 pada tahun 2020.[8]
Pada 17 Jun 2020, Cravity mengeluarkan video muzik untuk lagu mereka "Cloud 9", lagu yang sebelumnya termasuk dalam album mini debut mereka. Mereka kemudian memulakan promosi untuk lagu ini di rancangan muzik Korea.[9][10][11]
Pada 5 Ogos 2020, Cravity mengumumkan bahawa mereka akan membuat comeback pertama mereka dengan album mini kedua mereka Season 2. Hideout: The New Day We Step Into pada 24 Ogos 2020 dengan single utama "Flame". Album mini ini akan memaparkan lirik yang ditulis oleh ahli Serim dan Allen.[12][13][14]
Pada 13 Ogos, di 2020 Soribada Awards, Cravity memenangi "New Artist Award", anugerah pertama mereka sejak debut.[15] Pada 24 Ogos, Cravity mengeluarkan album mini kedua mereka Season 2. Hideout: The New Day We Step Into. album mini ini mengandungi tujuh buah lagu, termasuk single utama "Flame". Album ini telah menduduki puncak Japanese Tower Records' album chart dan menduduki tempat pertama di tujuh wilayah di iTunes.[16][17]
Pada 1 September, Cravity mendapat kemenangan pertunjukan muzik pertama mereka di SBS MTV The Show dengan "Flame" dan lagu itu juga muncul di nombor 97 di Billboard Korea K-pop Hot 100 chart pada terbitan carta bertarikh minggu 26 September.[18][19]
Pada 9 Oktober, Cravity mengadakan perjumpaan peminat eksklusif 'CRAVITY COLLECTION: C-EXPRESS' menerusi Naver V Live di mana mereka menyambut peminat mereka di 126 wilayah. Fanmeeting diatur dengan tema "taman hiburan" sebagai cara kumpulan untuk menyambut peminat mereka dengan terang.[20]
Pada 21 Oktober, Cravity mengeluarkan video persembahan untuk lagu mereka "Ohh Ahh", lagu B-side dari album mini kedua Season 2. Hideout: The New Day We Step Into. Mereka kemudian memulakan promosi pertunjukan muzik dengan lagu tersebut.[21][22]
Pada 19 Januari, Cravity mengeluarkan siri ketiga Hideout dengan album mini ketiga Season 3. Hideout: Be Our Voice, bersama dengan video muzik untuk single utama, "My Turn". Album ini menampilkan beberapa lagu yang ditulis oleh ahli Serim, Allen dan Wonjin.[23] Mereka kemudian mula mempromosikan single utama mereka bersama lagu B-side mereka "Mammoth" di rancangan muzik.[24] Pada 2 Mac, diumumkan bahawa Cravity akan mengeluarkan video persembahan untuk lagu B-side mereka "Bad Habits" pada 11 Mac. Mereka memulakan promosi untuk lagu tersebut di pertunjukan muzik setelah perilisan video tersebut.[25]
Pada 19 Ogos, Cravity mengeluarkan bahagian pertama untuk album studio pertama mereka The Awakening: Written in the Stars dengan single utama "Gas Pedal".[26][27] Mereka kemudian mula mempromosikan tajuk lagu mereka di samping lagu B-side mereka "Veni Vidi Vici" di program muzik.[28] Dalam minggu pertama selepas perilisanya, lebih dari 100 000 salinan terjual, menjadikannya karya Cravity pertama yang mencapai kejayaan itu dan yang pertama layak mendapat sijil Hanteo.[29] Pada 27 September, diumumkan bahawa Cravity akan akan mengeluarkan video khas untuk lagu B-side mereka "Veni Vidi Vici" pada 7 Oktober.[30] Selepas dikeluarkan, kumpulan ini memulakan pusingan kedua promosi pada program muzik dengan lagu itu.[31]
Pada 20-21 November, Cravity mengadakan perjumpaan peminat selama dua hari 'CRAVITY COLLECTION: C-DELIVERY', menandakan persembahan pertama mereka dalam setahun sejak perhimpunan peminat solo on:tact pada bulan Oktober 2020. Pada 15 Disember, kumpulan ini mengumumkan pelancaran anak patung watak Cravity yang akan dikeluarkan tidak lama lagi di mana setiap ahli secara peribadi mengambil bahagian dalam reka bentuk. Watak-watak itu pertama kali ditunjukkan melalui perjumpaan peminat kumpulan 'CRAVITY COLLECTION: C-DELIVERY' yang diadakan pada bulan November.[32][33]
Pada 26 Januari, diumumkan bahawa Cravity akan comeback dengan bahagian kedua album studio pertama mereka Liberty: In Our Cosmos yang menampilkan single utama "Adrenaline" pada 22 Februari.[34][35]
Tajuk | Butiran album | Kedudukan tertinggi carta | Jualan | ||
---|---|---|---|---|---|
KOR [45] |
JPN [46] |
JPN Cmb. [47] | |||
The Awakening: Written in the Stars |
|
3 | 11 | 18 | |
Liberty: In Our Cosmos |
|
1 | 31 | 50 |
Tajuk | Butiran album | Kedudukan tertinggi carta | Jualan | |||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|
KOR [45] |
JPN [46] | |||||||
Season 1. Hideout: Remember Who We Are |
|
1 | 10 | |||||
Season 2. Hideout: The New Day We Step Into |
|
1 | 15 | |||||
Season 3. Hideout: Be Our Voice |
|
3 | 12 | |||||
New Wave (EP) |
|
1 | 11 | 21 | — | — | ||
Master: Piece |
|
2 | 18 | 25 | — | — | ||
Sun Seeker |
|
1 | 38 | — | — | — |
| |
Evershine |
|
2 | 8 | 12 | — | — |
| |
Jepun | ||||||||
Dilly Dally |
|
— | 8 | 8 | — | 7 |
|
Tajuk | Tahun | Kedudukan tertinggi carta | Sales | Album | ||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|
KOR [70] |
KOR HOT [71] |
JPN | JPN
HOT |
JPN
CMB. | ||||
"Break All the Rules" | 2020 | [A]— | — | — | — | — | - | Season 1. Hideout: Remember Who We Are |
"Flame" | [B]— | 97 | — | — | — | - | Season 2. Hideout: The New Day We Step Into | |
"My Turn" | 2021 | —[C] | — | — | — | — | - | Season 3. Hideout: Be Our Voice |
"Gas Pedal" | —[D] | — | — | — | — | - | The Awakening: Written in the Stars | |
"Adrenaline" | 2022 | —[E] | — | — | — | — | - | Liberty: In Our Cosmos |
"Party Rock" | —[F] | * | — | — | — | - | New Wave | |
"Groovy" | 2023 | 132 | 3 | 15 | 6 |
|
Master: Piece | |
"Cheese" | —[G] | — | — | rowspan="3" data-sort-value="" style="background: #ececec; color: #2C2C2C; vertical-align: middle; text-align: center; " class="table-na" | — | Sun Seeker | |||
"Ready or Not" | —[H] | — | — | — | ||||
"Love or Die" | 2024 | 127 | — | — | — | Evershine | ||
English | ||||||||
"Boogie Woogie" | 2022 | —[I] | * | — | — | — | New Wave | |
Japanese | ||||||||
"Dilly Dally" | 2023 | — | — | — | — | Dilly Dally | ||
"Show Off" | 2024 | — | — | — | — | — | ||
Tajuk | Tahun | Ref. |
---|---|---|
[Performance MV] 크래비티 (CRAVITY) - Break all the Rules | 2020 | [82] |
[Performance MV] 크래비티 (CRAVITY) - Cloud 9 | [83] | |
[Performance MV] 크래비티 (CRAVITY) - Flame | [84] | |
크래비티 (CRAVITY) 'Ohh-Ahh' Performance Video | [85] | |
크래비티 (CRAVITY) 'My Turn' Performance Video | 2021 | [86] |
크래비티 (CRAVITY) 'Bad Habits' Performance Video | [87] | |
CRAVITY 크래비티 'Divin' MV (Self-cam version) | [88] | |
CRAVITY 크래비티 'VENI VIDI VICI' SPECIAL VIDEO | [89] |
Tajuk | Butiran album |
---|---|
"2021 CRAVITY Summer Package [Come Together]" |
|
"2021 CRAVITY Summer Package [Stand Together]" |
|
"CRAVITY 2021 Season's Greetings" |
|
"CRAVITY 2022 Season's Greetings [BAND CRVT]" |
|
Tahun | Tajuk | Saluran | Nota | Ref. |
---|---|---|---|---|
2020–sekarang | C-Real | V Live, YouTube | Di sebalik tabir kehidupan seharian ahli. | [92] |
C-Record | Di sebalik tabir promosi ahli. | |||
Before Cravity | Di sebalik tabir zaman pelatih ahli. | |||
C-Plus+ | Kompilasi cover lagu individu ahli. |
Tahun | Tajuk | Saluran | Nota | Ref. |
---|---|---|---|---|
2021 | Station Z | KBS Cool FM, YouTube | DJ Radio untuk bulan Februari, setiap Sabtu. | [93] |
Tahun | Tajuk | Saluran | Episod | Nota |
---|---|---|---|---|
2020–2021 | CRAVITY: League of the Hidden Universe[94] | V Live, YouTube | 6 | Video yang menyampaikan mesej unik dan misteri mengenai Alam Semesta Tersembunyi Cravity. |
2021 | Hidden Dungeon: CICADA 3301[95] | Universe | 10 | Kisah Cravity, makhluk ghaib, yang cuba membongkar 'Cicada3301' untuk menemui misteri 'Cicada Pattern'. |
Anugerah | Tahun | Kategori | Perima/karya | Keputusan | Ref. |
---|---|---|---|---|---|
Asia Artist Awards | 2020 | Male Potential Artist Award | Cravity | Menang | [96] |
Male Singer Popularity Award | Tercalon | [97] | |||
Asia Model Awards | New Star Award - Male Group | Menang | [98] | ||
Brand of the Year Awards | Rookie Male Idol Award | Menang | [99] | ||
Dong-A Pick Awards | Idol Pick Super Rookie | Menang | [100] | ||
Gaon Chart Music Awards | 2021 | MuBeat Global Choice Award (Male) | Tercalon | [101] | |
New Artist of the Year - Physical | Season 2. Hideout: The New Day We Step Into | Tercalon | [102] | ||
Golden Disc Awards | Curaprox Popularity Award | Cravity | Tercalon | [103] | |
Disc Bonsang | Season 2. Hideout: The New Day We Step Into | Tercalon | [104] | ||
Prominent Album of the Million Seller | Tercalon | [105] | |||
Rookie Award | Cravity | Tercalon | [106] | ||
QQ Music Popularity Award | Tercalon | [107] | |||
Korea First Brand Awards | New Male Artist Award | Tercalon | [108] | ||
Melon Music Awards | 2020 | New Artist of the Year - Male | Menang | [109] | |
2020 Mnet Asian Music Awards | Artist of the Year | Tercalon | [110] | ||
Best New Male Artist | Tercalon | ||||
Best of Next | Menang | [111] | |||
Worldwide Fans' Choice Top 10 | Tercalon | [112] | |||
Seoul Music Awards | 2021 | K-Wave Award | Tercalon | [113] | |
New Artist Award | Tercalon | ||||
Popularity Award | Tercalon | ||||
WhosFandom Award | Tercalon | [114] | |||
Soribada Best K-Music Awards | 2020 | Main Award | Tercalon | [115] | |
Rookie Award | Menang | [116] | |||
The Fact Music Awards | Fan N Star Choice Award (Artist) | Tercalon | [117] | ||
Next Leader | Menang | [118] | |||
TMA Popularity Award | Tercalon | [119] |
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.