From Wikipedia, the free encyclopedia
WJSN (Hangul: 우주소녀; RR: Uju Sonyeo; Cina ringkas: 宇宙少女 ), juga dikenali sebagai Cosmic Girls, ialah sebuah kumpulan wanita Korea Selatan yang dibentuk oleh Starship Entertainment dan Yuehua Entertainment. Kumpulan ini debut pada 25 Februari 2016 dengan album mini pertama mereka Would You Like?. Barisan semasa kumpulan ini terdiri daripada sepuluh ahli: Seola, Bona, Exy, Soobin, Luda, Dawon, Eunseo, Yeoreum, Dayoung dan Yeonjung. Pada asalnya tiga belas orang ahli sejak bulan Julai 2016, Xuanyi, Cheng Xiao dan Meiqi telah meninggalkan kumpulan ini pada bulan Mac 2023 selepas hiatus sejak tahun 2018.
WJSN | |
---|---|
Latar belakang | |
Juga dikenali sebagai | Cosmic Girls |
Berasal dari | Seoul, Korea Selatan |
Genre | |
Tahun aktif | 2016 | —sekarang
Syarikat rakaman |
|
Pengkarya berkait |
|
Laman sesawang | Laman sesawang rasmi |
Ahli |
|
Bekas ahli |
|
Pada 4 Disember 2015, Starship Entertainment dan Yuehua Entertainment melancarkan kumpulan wanita 12 orang ahli yang dipanggil WJSN, di mana ahli Korea dan Cina dibahagikan kepada subunit yang berbeza.[1]
Pada 10 Disember, unit pertama, Wonder Unit, diumumkan (Cheng Xiao, Bona dan Dayoung).[2] Pada 17 Disember, unit kedua tiga ahli (Xuan Yi, Eunseo dan Yeoreum) diperkenalkan: Joy Unit.[3] Pada 21 Disember, WJSN Unit Wonder and Joy mengeluarkan cover Krismas daripada lagu "All I Want For Christmas Is You" oleh Mariah Carey.[4] Pada 24 Disember, unit ketiga, Sweet Unit, diumumkan (SeolA, Exy dan Soobin).[5] Pada 31 Disember, unit terakhir diumumkan: Natural Unit (Mei Qi, Luda dan Dawon).[6]
WJSN memulakan debut pada 25 Februari 2016 dengan mengeluarkan album mini pertama debut mereka Would You Like?, Termasuk tajuk utama lagu "Mo Mo Mo" dan "Catch Me".[7][8] Kumpulan ini mengadakan debut pentas mereka pada episod 25 Februari di M Countdown dengan "Catch Me" dan "Mo Mo Mo".[9]
Pada 11 Julai, Starship Entertainment mengesahkan bahawa Yoo Yeon-jung I.O.I akan menyertai kumpulan ini.[10] Pada bulan Ogos 2016, SeolA, Exy, Soobin, Eunseo, Cheng Xiao, Yeoreum, dan Dayoung bekerjasama dengan rakan label Monsta X untuk membentuk unit "Y-Teen." Y-teen adalah kumpulan unit projek yang dipromosikan sebagai model CF untuk perkhidmatan tambang telefon KT dan akan mengeluarkan album mini, video muzik, dan pelbagai kandungan hiburan.[11]
Pada 17 Ogos, WJSN mengluarkan album mini kedua mereka The Secret dengan semua 13 orang ahli.[12]
Pada 4 Januari 2017, WJSN mengeluarkan album mini ketiga mereka From. WJSN.[13][14] Album mini ini mengandungi enam buah lagu termasuk single utama "I Wish".[15]
WJSN mengadakan konsert solo pertama mereka, "Will You Like - Happy Moment", dari 19-20 Mei di Blue Square Samsung Card Hall.[16][17] Seramai 2,000 peminat berkumpul dalam dua hari.[18]
Album studio pertama Cosmic Girls, Happy Moment, dikeluarkan pada 7 Jun 2017, dengan jumlah sepuluh buah lagu termasuk single utama "Happy". Album ini menduduki tempat nombor 1 di carta harian dan masa nyata Hanteo setelah dilancarkan.[19]
Pada 27 Februari 2018, Cosmic Girls mengeluarkan album mini keempat mereka Dream Your Dream, yang terdiri daripada enam buah lagu termasuk single utama "Dreams Come True".[20] Showcase comeback mereka diadakan di Yes24 Live Hall pada hari yang sama dengan pelancaran album.[21][22]
Pada 1 Jun 2018, WJSN dan Weki Meki membentuk kumpulan projek yang diberi nama WJMK dan mengeluarkan single digital "Strong".[23]
Dua ahli China (Mei Qi dan Xuan Yi) mengambil bahagian dalam rancangan survival Produce 101 versi Cina pada separuh pertama tahun 2018.[24][25] Rancangan itu berakhir dimana Mei Qi berada di kedudukan ke-1 dan Xuan Yi di kedudukan ke-2, menjadikan mereka berdua ahli kumpulan wanita sementara Rocket Girls 101.[26][27]
Pada 19 September 2018, WJSN kembali dengan mini album kelima mereka WJ Please?. Ahli China, Cheng Xiao, Mei Qi dan Xuan Yi, tidak mengambil bahagian dalam comeback dan terus menjadi sepuluh orang ahli.[28] Mei Qi dan Xuan Yi sedang bersiap untuk debut dengan Rocket Girls 101, sementara Cheng Xiao membuat penggambaran Legend of Awakening, sebuah drama fantasi sejarah China sebagai pelakon utama kedua, yang menjadikan ini debut beliau sebagai pelakon.[29]
Pada 2 Oktober 2018, kumpulan ini mendapat kemenangan pertunjukan muzik pertama mereka di SBS MTV The Show.[30][31]
Pada 8 Januari 2019, WJSN mengeluarkan album mini keenam mereka WJ Stay?, yang terdiri daripada tujuh buah lagu termasuk single utama "La La Love".[32] Kumpulan ini terus mempromosikan sebagai sepuluh orang ahli, dengan ahli China, Cheng Xiao, Mei Qi dan Xuan Yi, tidak dapat mengambil bahagian dalam comeback kerana komitmen sebelumnya.[33]
WJSN mengadakan konsert solo kedua mereka, "Will You Stay - Secret Box", dari 2-3 Mac di Blue Square Imarket Hall.[34]
WJSN mengeluarkan album istimewa mereka For the Summer pada 4 Jun 2019, yang terdiri daripada lima buah lagu termasuk single utama "Boogie Up".[35]
Pada bulan Ogos 2019, WJSN mengadakan lawatan konsert pertama mereka yang bertajuk WJSN 1st Mini Live 2019 "Would You Like?" Zepp Tour in Japan, bermula pada 17 Ogos di Zepp DiverCity di Tokyo.[36][37]
WJSN mengeluarkan album mini ketujuh mereka As You Wish pada 19 November 2019, yang terdiri daripada tujuh buah lagu termasuk single utama "As You Wish".[38]
Pada tahun 2020, WJSN telah merancang untuk mengadakan konsert ketiga mereka yang bertajuk WJSN Concert "Obliviate" bermula pada 22 Februari 2020 di Olympic Hall di Seoul, Korea Selatan dan selesai pada 22 Mac 2020 di Toyosu PIT di Tokyo, Jepun.[39] Namun, disebabkan oleh Pandemik COVID-19, konsert itu ditunda.
WJSN mengeluarkan album mini kelapan mereka Neverland, dengan single utama "Butterfly", pada 9 Jun.[40]
Pada 23 September 2020, WJSN mengumumkan pembentukan sub-unit baru WJSN Chocome, yang menampilkan ahli Soobin, Luda, Yeoreum dan Dayoung. Mereka mengeluarkan album single pertama mereka Hmph! dengan single utama dengan nama yang sama pada 7 Oktober.[41][42]
WJSN mengeluarkan mini album kesembilan mereka Unnatural dengan single utama dengan nama yang sama pada 31 Mac.[43]
Pada 26 April, WJSN mengumumkan pembentukan sub-unit kedua mereka WJSN The Black, yang menampilkan ahli Seola, Exy, Bona dan Eunseo, Mereka mengeluarkan album single pertama mereka My Attitude dengan single utama "Easy" pada 12 Mei.[44]
Pada 23 September, WJSN mengeluarkan single promosi "Let Me In" melalui Universe Music untuk aplikasi mudah alih Universe.[45]
Pada 5 Januari, WJSN Chocome mengeluarkan album single kedua mereka Super Yuppers! dengan single utama dengan nama yang sama.[46] Pada 21 Februari 2022, telah disahkan bahawa WJSN akan mengambil bahagian dalam musim kedua Queendom, yang berlangsung dari bulan Mac sehingga Jun 2022.[47] Dawon tidak menyertai rancangan itu, manakala Bona menyertai pada pusingan ketiga kerana konflik penjadualan dengan dramanya Twenty-Five Twenty-One.[48] WJSN diumumkan sebagai pemenang Queendom 2 pada episod akhir secara langsung pada 2 Jun.[49]
Pada 6 Mei, Starship Entertainment mengumumkan kumpulan ini akan mengadakan jelajah konsert keempat mereka, bertajuk '2022 WJSN Concert Wonderland' di Olympic Hall pada 11 dan 12 Jun.[50] Berikutan kemenangan mereka di Queendom 2, diumumkan bahawa WJSN akan membuat comeback pada 5 Julai dengan album single istimewa mereka Sequence dengan single utama "Last Sequence".[51]
Pada 18 November 2022, Starship Entertainment mengumumkan konsert peminat '2023 WJSN Fan-Con Codename: Ujung' yang akan berlangsung pada 7 dan 8 Januari 2023.[52]
Pada 3 Mac 2023, Starship Entertainment mengumumkan bahawa Xuanyi, Cheng Xiao dan Meiqi telah meninggalkan WJSN berikutan tempoh kontrak mereka telah tamat. Dalam pengumuman yang sama, turut diumumkan bahawa Luda dan Dawon memilih untuk tidak memperbaharui kontrak mereka, tetapi tidak menyatakan sama ada mereka akan kekal dalam kumpulan ini.[53] Pada 13 Mac 2023, Soobin menjelaskan bahawa Luda dan Dawon tidak meninggalkan WJSN, diikuti dengan kenyataan rasmi oleh Starship Entertainment yang menyokong maklumat tersebut.[54]
Tahun | Tajuk | Nota | Ref. |
---|---|---|---|
2016 | Would You Like Girls (My Cosmic Diary) | Yeonjung menyertai rancangan realiti WJSN pada episod terakhir. | [55] |
2017 | Living Together in Empty Room | Konsep perkongsian rumah dengan chef Oh Se-deuk. | [56] |
Watch WJSN Show | Bersiaran pada bulan November 2017. | [57] | |
2022 | Queendom 2 | Peserta/Pemenang | [47] |
TMT Cosmic Girl | Program hiburan pendek | [58] | |
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.