Corgi Wales Pembroke
baka anjing dari Wales / From Wikipedia, the free encyclopedia
Corgi Wales Pembroke[lower-alpha 1] ialah satu baka anjing gembala lembu yang berasal dari Pembrokeshire, Wales.[1] Ia merupakan salah satu daripada dua baka yang dikenali sebagai corgi Wales, yang lain merupakan corgi Wales Cardigan. Corgi Wales Pembroke diturunkan daripada keluarga anjing spits.
Nama ringkas | Corgi, Welsh Corgi, Pembroke | ||||||||||||||||||||||||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
Negara asal | Wales | ||||||||||||||||||||||||||||
| |||||||||||||||||||||||||||||
| |||||||||||||||||||||||||||||
Anjing (Canis lupus familiaris) |
Corgi Wales Pembroke masyhur sebagai baka pilihan Ratu Elizabeth II yang memiliki lebih daripada 30 ekor corgi diraja semasa pemerintahan baginda.[2] Walaupun anjing-anjing ini telah digemari oleh kerabat diraja British selama lebih daripada tujuh puluh tahun, dalam kalangan orang awam British pula baru-baru ini, ia telah merosot dari segi kepopularan dan permintaan.[3] Walau bagaimanapun, ia kekal sangat popular di Amerika Syarikat. Bandar raya seperti New York, Boston, Los Angeles, dan San Francisco mengadakan "Corgi Meetup" tahunan yang melibatkan beratus-ratus ekor anjing dan pemilik anjing tersebut yang berkumpul untuk meluangkan hari itu.[4]
Corgi Wales Pembroke telah ditempatkan di tangga ke-11 dalam The Intelligence of Dogs oleh Stanley Coren yang menyatakan bahawa baka ini dianggap sebagai anjing pekerja cemerlang. Corgi Wales Pembroke dinilai sebagai baka anjing ke-11 paling popular pada tahun 2020 menurut American Kennel Club.[5]