![cover image](https://wikiwandv2-19431.kxcdn.com/_next/image?url=https://upload.wikimedia.org/wikipedia/commons/thumb/1/13/Un_chien_Spitz_allemand.jpg/640px-Un_chien_Spitz_allemand.jpg&w=640&q=50)
Spits
jenis anjing / From Wikipedia, the free encyclopedia
Untuk kegunaan lain, sila lihat Spits (nyahkekaburan).
Spits[lower-alpha 1] (nama diterbitkan daripada perkataan bahasa Jerman spitz, yang memaksudkan "runcing", yang merujuk muncung runcing)[1] ialah sejenis anjing bela jinak yang terdiri daripada antara 50 dengan 70 baka bergantung pada pengelasan. Tiada takrifan tepat bagi "spits" tetapi biasanya kebanyakan baka spits mempunyai telinga mencucuk, mata berbentuk badam, muncung runcing, lapis bulu ganda, dan ekor yang melengkung ke atas belakang.[2]
![Thumb image](http://upload.wikimedia.org/wikipedia/commons/thumb/1/13/Un_chien_Spitz_allemand.jpg/640px-Un_chien_Spitz_allemand.jpg)
Asal usul tepat anjing spits masih tidak diketahui, walaupun kebanyakan spits yang terlihat kini berasal dari rantau Artik atau dari Siberia.[perlu rujukan] Johann Friedrich Gmelin menerangkan jenis ini sebagai Canis pomeranus dalam semakan tahun 1788 beliau bagi Systema Naturae.[3]