Christian Ziege
From Wikipedia, the free encyclopedia
Christian Ziege (Sebutan bahasa Jerman: [ˈkʁɪsti̯an ˈt͡siːɡə]; lahir 1 Februari 1972) merupakan seorang bekas pemain dan pengurus bola sepak Jerman.
Maklumat peribadi | |||
---|---|---|---|
Tarikh lahir | (1972-02-01) 1 Februari 1972 (umur 52) | ||
Tempat lahir | Berlin Barat, Jerman Barat | ||
Ketinggian | 1.86 m (6 ka 1 in) | ||
Posisi permainan | Pemain tengah kiri / Bek sayap kiri | ||
Kerjaya remaja | |||
1978–1981 | FC Südstern 08 Berlin | ||
1981–1985 | TSV Rudow Berlin | ||
1985–1990 | FC Hertha 03 Zehlendorf | ||
Kerjaya Senior* | |||
Tahun | Pasukan | Kmcln | (Gol) |
1990–1997 | Bayern Munich | 185 | (38) |
1997–1999 | Milan | 39 | (4) |
1999–2000 | Middlesbrough | 29 | (6) |
2000–2001 | Liverpool | 16 | (1) |
2001–2004 | Tottenham Hotspur | 47 | (7) |
2004–2005 | Borussia Mönchengladbach | 13 | (0) |
Jumlah | 329 | (56) | |
Pasukan kebangsaan | |||
1991–1993 | Jerman B21 | 12 | (3) |
1992 | Olimpik Jerman | 1 | (0) |
1993–2004 | Jerman | 72 | (9) |
Pasukan diurus | |||
2006–2007 | Borussia Mönchengladbach B17 | ||
2008 | Borussia Mönchengladbach (Jurulatih sementara) | ||
2008 | Borussia Mönchengladbach (Pembantu jurulatih) | ||
2010 | Arminia Bielefeld | ||
2011 | Jerman B19 | ||
2011–2012 | Jerman B18 | ||
2012–2013 | Jerman B19 | ||
2013–2014 | Jerman B18 | ||
2014–2015 | SpVgg Unterhaching | ||
2015–2017 | Atlético Baleares | ||
* Gol dan kemunculan untuk kelab senior hanya untuk liga domestik |
Beliau memulakan kerjaya profesionalnya di FC Bayern Munich, di mana beliau meraih dua gelaran Bundesliga dan satu trofi Piala UEFA sebelum Ziege melakukan perpindahan ke Milan dan berjaya meraih gelaran Scudetto. Pada tahun 1999, beliau sertai kelab Liga Perdana Inggeris, Middlesbrough sebelum dinobatkan sebagai Pemain Terbaik Kelab pada musim tunggalnya di kelab itu.[1] Tahun seterusnya, beliau berpindah ke Liverpool dan sebahagian daripada skuad yang meraih treble dengan memenangi Piala Liga Inggeris, Piala FA Inggeris dan Piala UEFA pada musim 2000-01. Pada tahun 2001, beliau sertai Tottenham Hotspur sebelum menamatkan kerjayanya di Jerman bersama Borussia Mönchengladbach.
Bersama pasukan kebangsaan Jerman di peringkat antarabangsa, Ziege menjuarai kejohanan UEFA Euro 1996 dan menjadi naib juara pada Piala Dunia 2002. Selain itu, beliau turut mewakili negaranya ke Euro 2000 dan 2004 dan Piala Dunia 1998.