Pepatung, patung-patung, sibar-sibar, sesibar, sibur-sibur atau capung merupakan sejenis serangga dalam order Odonata, suborder Epicrota, atau lebih tepat lagi di bawah infraorder Anisoptera. Ia dikategorikan berdasarkan ciri-ciri mata majmuk bersegi besar, mempunyai 2 pasang sayap yang kuat dan lutsinar, dan berbadan panjang. Walaupun pepatung mempunyai 6 kaki seperti serangga-serangga lain, ia tetap tidak boleh berjalan. Pepatung juga merupakan serangga yang paling laju terbang.

Fakta Segera Pengelasan saintifik, Keluarga ...
Pepatung
Thumb
Pepatung
Pengelasan saintifik
Alam:
Filum:
Kelas:
Order:
Suborder:
Epiprocta
Infraorder:
Anisoptera

Selys, 1800[1]
Keluarga

Aeshnidae
Austropetaliidae
Cordulegastridae
Corduliidae
Gomphidae
Libellulidae
Macromiidae
Neopetaliidae
Petaluridae

Tutup

Pepatung adalah pemangsa berguna yang memakan nyamuk dan pelbagai serangga kecil lain seperti lalat, lebah, semut dan kupu-kupu. Ia biasanya boleh dijumpai di sekitar tasik, kolam, sungai dan tanah lembap kerana larvanya, yang juga dikenali sebagai “nimfa”, adalah bersifat akuatik. Serangga ini ditemukan hidup dari aras laut hingga ke gunung-ganang[2] di setiap benua kecuali Antartika. Kebanyak spesies pepatung ada di kawasan tropika, kawasan beriklim sederhana mempunyai bilangan spesies lagi kurang.

Nimfa boleh memberi kesan gigitan yang menyakitkan apabila terancam. Pastikan anda membersihkan kawasan gigitan seluruhnya untuk mencegah jangkitan air tersimpan di bawah kulit.

Peristilahan

Perkataan pepatung (Jawi: ڤڤاتوڠ) dan patung-patung (Jawi: ڤاتوڠ٢) setara dengan perkataan Sunda ᮕᮕᮒᮧᮀ papatong. Nama lain yang berkaitan ialah belalang patung yang digunakan di Kedah.[3]

Perkataan sibar-sibar (Jawi: سيبر٢) dan sesibar (Jawi: سسيبر) digunakan di Johor.[4]

Perkataan capung (Jawi: چاڤوڠ) dipinjamkan daripada kata bahasa Jawa ꦕꦥꦸꦁ capung.[5]

Taksonomi

Nama infraorder Anisoptera datang daripada kata-kata bahasa Yunani ἄνισος anisos "tidak sama"[6] dan πτερόν pteron "sayap"[7] kerana sayap belakang pepatung lagi lebar daripada sayap depannya.[8]

Ciri-ciri

Banyak spesies pepatung mempunyai badan yang berwarna-warni dan berkilau.

Badan nimfa pepatung berwarna campur perang kusam, hijau dan kelabu yang membantunya menyamar diri di antara tumbuhan atau bawah lumpur kolam.[9]:88 Pepatung dewasa yang keluar dari rangka luar lamanya tampak pucat dan mendapatkan warna-warna barunya selepas beberapa hari kemudian.[10]

Kitaran hidup

Pepatung betina bertelur di dalam atau berhampiran dengan air, pada kebiasaannya di atas tumbuhan terapung atau tumbuhan baru. Semasa bertelur, sesetengah spesies akan menyelam sepenuhnya untuk bertelur dalam permukaan yang baik. Telur tersebut kemudiannya menetas menjadi nimfa.

Nimfa

Pepatung hidup sebagai naiad, sejenis bentuk nimfa, di bawah permukaan air. Kebanyakan jangka hayat pepatung diluangkan dalam bentuk ini.

Ia menggunakan muncung yang boleh dipanjangkan untuk menangkap invertebrata atau vertebrata lain seperti berudu, ikan dan lain-lain.[11][12] Nimfa bernafas melalui insang yang terdapat di dalam rektum, dan boleh menggerakkan badan mereka dengan pantas melalui cara memaksa air keluar dari duburnya secara tiba-tiba.[13] Sesetengah nimfa juga memburu di darat, satu kebolehan yang agak biasa pada zaman dahulu ketika pemangsa di bumi masih lembab.

Peringkat larva bagi pepatung yang besar boleh mencecah sehingga 5 tahun. Dalam spesies yang lebih kecil, peringkat ini hanya mengambil masa antara 2 bulan hingga 3 tahun.

Metamorfosis

Apabila larva telah bersedia untuk menjalani metamorfosis menjadi dewasa, ia akan memanjat lalang air atau tumbuhan terapung. Keadaan terdedah kepada udara menyebabkan larva mula bernafas. Kulit larva atau juga digelar sebagai rangka luar akan terbuka pada bahagian yang lemah dan lembut di belakang kepala. Kemudian, pepatung dewasa akan merangkak keluar dari kulit larva yang lama, menarik nafas lalu mengepam hemolimfa yang mengembangkan sayapnya.[14]:10–11 Ia terbang mencari lalat atau serangga kecil sebagai makanan.

Peringkat dewasa bagi kebanyakan pepatung hanya selama beberapa hari hingga kurang 4-5 minggu.[15]

Hubungan dengan manusia

Di Eropah, pepatung selalu dianggap sebagai satu ancaman. Di sebahagian negara Amerika Selatan, pepatung juga dipanggil metacaballo yang bermaksud pembunuh kuda memandangkan ia dilihat boleh mendatangkan bahaya kerana sesetengah spesies adalah sangat besar untuk dikategorikan sebagai serangga. Walau bagaimanapun, pepatung mempunyai reputasi yang lebih baik di Asia Timur dan pedalaman Amerika. Di pedalaman Amerika, ia dipercayai sebagai simbol perubahan selepas berusaha bersungguh-sungguh melakukan sesuatu. Di negara Jepun pula, pepatung dianggap sebagai lambang keberanian, kekuatan dan kegembiraan, malah ia sering dipersembahkan dalam seni dan kesusasteraan terutamanya haiku.

Gambar-gambar menarik tentang pepatung adalah biasa dalam Art Nouveau, terutamanya dalam mereka bentuk barang kemas. Ia juga digunakan sebagai motif dekoratif pada fabrik dan hiasan rumah.

Kegunaan

Di sebahagian kawasan Bumi seperti di Indonesia, pepatung merupakan sumber makanan yang dimakan sama ada dewasa ataupun larva. Ia juga pernah digunakan sebagai ubat pada zaman dahulu di negara China dan Jepun.

Galeri

Rujukan

Wikiwand in your browser!

Seamless Wikipedia browsing. On steroids.

Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.

Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.