![cover image](https://wikiwandv2-19431.kxcdn.com/_next/image?url=https://upload.wikimedia.org/wikipedia/commons/thumb/1/17/Canopus.jpg/640px-Canopus.jpg&w=640&q=50)
Canopus
Bintang dalam buruj Carina / From Wikipedia, the free encyclopedia
Canopus ialah bintang paling terang dalam buruj Lunas dan bintang kedua paling terang di langit malam hemisfera selatan. Ia juga diberikan nama α Carinae, yang dirumikan (dialih huruf) kepada Alpha Carinae. Dengan magnitud ketara visual −0.74, hanya bintang Sirius sahaja yang lebih cerah daripadanya.
Data cerapan Epok J2000 Ekuinoks J2000 | |
---|---|
Buruj | Lunas |
Jarak hamal | 06j 23m 57.10988s[1] |
Keserongan | −52° 41′ 44.3810″[1] |
Magnitud ketara (V) | −0.74[2] |
Ciri-ciri | |
Jenis spektrum | A9 II[3][4] |
U−B indeks warna | +0.10[2] |
B−V indeks warna | +0.15[2] |
Astrometri | |
Halaju jejarian (Rv) | 7001203000000000000♠20.3±0.5[5] km/s |
Gerakan wajar (μ) | RA: 19.93[1] mas/thn Dec.: 23.24[1] mas/thn |
Paralaks (π) | 10.55 ± 0.56 mas[1] |
Jarak | 310 ± 20 tc (95 ± 5 pc) |
Magnitud mutlak (MV) | –5.71[6] |
Perincian | |
Jisim | 7000800000000000000♠8.0±0.3[7] (2013) 7001101000000000000♠10.1±0.1[8] (2011) 7000981000000000000♠9.81±1.83[9] (2021) M☉ |
Jejari | 7001710000000000000♠71±4[7] (2013) 7001733000000000000♠73.3±5.2[9] (2021) R☉ |
Kekilauan | 10,700[7] L☉ |
Graviti permukaan (log g) | 7000170000000000000♠1.70±0.05[9] cgs |
Suhu | 7,400[10] K |
Kelogaman [Fe/H] | –0.07[6] dex |
Putaran | 7007257472000000000♠≥298 h[11] |
Halaju putaran (v sin i) | 9[10] km/s |
Umur | 7001251000000000000♠25.1±2.5[8] Myr |
Penamaan lain | |
Rujukan pangkalan data | |
SIMBAD | data |
Terletak sekitar 310 tahun cahaya dari matahari, Canopus merupakan sebuah bintang gergasi dalam spektrum A9, jadi ia nampak putih apabila dilihat dengan mata kasar. Ia 10,000 kali ganda lebih berkilau daripada matahari, lapan kali lebih besar, dan telah mengembang 71 kali jejari Matahari. Fotosferanya mempunyai suhu berkesan sekitar 7003740000000000000♠7400 K. Teras Canopus sedang membakar helium dan berada dalam fasa "gelung biru", setelah menghabiskan semua hidrogen di dalam terasnya semasa peringkat gergasi merah. Canopus ialah sumber sinar-X, yang mungkin dipancar dari lapisan luarnya yang dipanggil korona.
Canopus amat menonjol, menjadikannya subjek pelbagai mitos orang purba. Namanya dipercayai daripada mitologi Yunani tentang Canopus, seorang pelayar untuk Menelaus, raja Sparta. Kemunculan bintang ini menandakan masa perayaan istimewa di Mesir pada zaman Ptolemy. Di India purba, ia dinamakan Agastya sempena nama seorang pendeta Veda yang terpuji. Bagi ahli astronomi Cina, ia dipanggil "Orang Tua Kutub Selatan".