From Wikipedia, the free encyclopedia
Selepas kewafatan Nabi Muhammad SAW, muncul beberapa aliran yang berpunca daripada perbezaan dari segi pemikiran, pandangan hukum dan pengamalan sesebuah ibadah[1], walau bagaimanapun ia tidak sampai mempengaruhi kepercayaan (akidah) perbezaan dari segi aliran pemikiran, tradisi dan fiqh, namun tidak akidah.
Al-Quran memerintahkan umat Islam supaya "taat kepada Allah, taat kepada Rasul (Nabi Muhammad), orang-orang yang berkuasa dari kalangan Muslim", menekankan kepentingan mematuhi suruhan Allah di dalam al-Quran, dan mengikuti semua ajaran Nabi, dan mereka yang dipertanggungjawabkan sebagai pemimpin;[4:59] melabelkan mereka yang bersetuju sebagai Muslim[22:78] dan sebahagian daripada "sebaik-baik umat yang dilahirkan".[3:110] Bagaimanapun, ada hadis yang menyebut akan terdapat 73 golongan seperti yang diriwayatkan dalam riwayat Imam Tirmidzi dan Abu Daud,[2][3]
Mazhab dalam Islam boleh dikategorikan kepada tiga topik utama iaitu pegangan (akidah), perundangan (fiqah) yang mempengaruhi cara sesebuah amalan dilaksanakan, dan kesufian (tasawuf) yang melibatkan penyucian hati. Setiap topik mempunyai cabang tertentu sebagaimana yang telah diseragamkan menerusi Risalah Amman[4].
Terdapat dua faktor berlakunya perpecahan iaitu punca dalaman dan punca luaran[5].
Kewujudan mazhab asasnya berpunca daripada perbezaan pandangan dalam memilih pengganti Nabi Muhammad SAW sebagai pemimpin umat Islam. Terdapat empat pandangan dalam pemilihan Khalifah ketika itu, iaitu
Faktor-faktor luaran juga menjadi sebab berlakunya kelahiran pelbagai mazhab. Antaranya berpunca daripada:
Ahli Sunah merupakan kumpulan terbesar dalam Islam (sehingga 90%[6][7] daripada 1.5 bilion Muslim di dunia). Ahli Sunah atau Sunni percaya bahawa empat khalifah pertama merupakan pewaris benar kepada Nabi Muhammad s.a.w.; kerana Allah tidak menunjukkan mana-mana ketua tertentu untuk mewarisinya, ketua itu perlu dipilih.[7] Sunah mengakui empat mazhab (aliran pemikiran) utama yang sah: Hanafi, Maliki, Syafi'i dan Hanbali. Keempat-empat mazhab ini menerima kesahihan yang lain dan seorang Muslim boleh memilih mana-mana yang menyenangkannya,. Terdapat juga gerakan ultra-ortodoks di dalam Sunah, contohnya Salafi yang mengambil generasi pertama Muslim sebagai model teladan.[8]
Mazhab Hanafi dinamakan sempena Imam Abu Hanifah Nu'man bin Tsabit (699-767 Masihi/ 89-157 Hijriah) yang menetap di Iraq. Beliau hidup di zaman pemerintahan Umaiyah dan Abbasiyah. Pengikut mazhab Hanafi meliputi 45.5% daripada kumpulan Sunni
Mazhab Maliki dinamakan sempena Imam Malik bin Anas (711-795 Masihi/ 93-179 Hijriah) yang menetap di Madinah. Beliau juga hidup di zaman pemerintahan Umaiyah dan Abbasiyah. Pengikut mazhab Maliki meliputi 15% daripada kumpulan Sunni.
Mazhab Syafii dinamakan sempena Imam Muhamad bin Idris al-Syafii (767-820 Masihi/ 150-204 Hijriah) yang lahir di Palestin dan pernah menetap beberapa kawasan di Asia Barat seperti Mekah, Madinah, Yaman, Iraq dan Mesir. Mazhab ini terkenal juga dengan dua pandangan Imam Syafii iaitu qaul jadid dan qaul qadim. Imam Syafii juga dianggap pelopor kepada ilmu Usul Fiqah, suatu ilmu yang membincangkan kaedah penetapan hukum-hukum. Pengikut mazhab Syafii meliputi 28% daripada kumpulan Sunni.
Mazhab Hanbali dinamakan sempena Imam Ahmad bin Mohamad bin Hanbal (780 -855 Masihi/ 164-241 Hijriah) yang menetap di Iraq. Pengikut mazhab Hanbali meliputi 2% daripada kumpulan Sunni.
Kesufian atau sufisme merupakan satu bentuk pendekatan mistik-astetik terhadap Islam. Dengan memfokuskan lebih pada aspek kerohanian agama, Sufi berusaha untuk memperoleh pengalaman terus dari Allah dengan mengguna pakai "daya gerak hati dan emosi" yang harus dilatih seseorang untuk diguna.[9] Sufisme dan syariat Islam biasanya dianggap menjadi pelengkap, walaupun Sufisme telah dikritik oleh kumpulan Salafi sebagai bidaah tidak wajar. Kebanyakan golongan Sufi, atau tarekat, boleh dikelas sebagai sama ada Sunah atau Syiah, walaupun ada yang mengelaskan diri mereka hanya sebagai Sufi.[10]
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.