![cover image](https://wikiwandv2-19431.kxcdn.com/_next/image?url=https://upload.wikimedia.org/wikipedia/commons/thumb/8/88/Agapornis_roseicollis_-eating_grass_seeds-8.jpg/640px-Agapornis_roseicollis_-eating_grass_seeds-8.jpg&w=640&q=50)
Burung Cinta
From Wikipedia, the free encyclopedia
Burung Cintalah satu dari sembilan spesies di dalam genus Agapornis (Greek: αγάπη agape 'cinta'; όρνις ornis 'burung') burung Parrot kecil yang cantik dan sosial. Lapan spesies berasal dari benua Afrika, sementara Burung Cinta Kepala Kelabu pula berasal dari Madagascar. Namanya menggambarkan kekuatan burung ini, yang mana hanya memiliki pasangan yang sama buat masa yang lama dan menghabiskan masa bersama-sama. Burung Cinta hidup dalam kumpulan kecil dan memakan buah, sayur, rumput dan bijirin. Burung Cinta Sayap Hitam pula memakan serangga dan buah ara, dan Burung Cinta Kolar Hitam mempunyai diet istimewa akan buah ara tempatan, menjadikannya sukar dipelihara di dalam kurungan.
Burung Cinta | |
---|---|
![]() | |
Seekor Burung Cinta muka Rosy memakan bijirin di Chicago, Amerika Syarikat | |
Pengelasan saintifik | |
Alam: | |
Filum: | |
Kelas: | |
Order: | |
Keluarga: | |
Genus: | Agapornis Selby, 1836 |
Spesies | |
Sembilan - lihat teks |
Beberapa spesies dibela sebagai haiwan kesayangan, dan beberapa mutasi warna dibiak secara terpilih dalam bidang perternakan burung. Purata jangka hayatnya antara 10 hingga 15 tahun.[1]