bekas ahli politik Malaysia From Wikipedia, the free encyclopedia
Almarhum Ungku Dato Seri Dr. Haji Burhanuddin bin Ungku Haji Muhammad Nor (lahir 29 Ogos 1911, Kota Bharu - meninggal 25 Oktober 1969, Taiping, Malaysia)[1] merupakan bekas Yang Dipertua Agung Parti Islam Se-Malaysia (PAS).
Almarhum Ungku Dato Seri Dr. Burhanuddin al-Helmi S.P.M.P (Perak) | |
---|---|
Anggota Parlimen Malaysia untuk Besut | |
Dalam jawatan 1959–1964 | |
Didahului oleh | Konstituensi baharu |
Digantikan oleh | Mohd Daud Abdul Samad |
Yang Dipertua Parti Islam Se-Malaysia | |
Dalam jawatan 1956–1969 | |
Didahului oleh | Abbas Alias |
Digantikan oleh | Mohd Asri Muda |
Yang Dipertua Parti Kebangsaan Melayu Malaya | |
Dalam jawatan 1946–1947 | |
Didahului oleh | Mokhtaruddin Lasso |
Digantikan oleh | Ishak Haji Muhammad |
Butiran peribadi | |
Lahir | 29 Ogos 1911 Kota Bharu, Gopeng Perak |
Meninggal dunia | 25 Oktober 1969 58) Taiping, Perak | (umur
Parti politik | Parti Islam Se-Malaysia (1956-1969) Parti Kebangsaan Melayu Malaya (1945-1948) |
Pasangan | Datin Seri Suri Yahya |
Ibu | Sharifah Zaharah Habib Osman |
Bapa | Ungku Haji Muhammad Nor |
Burhanuddin merupakan anak pertama dari pasangan Haji Mohamad Nor dan Sharifah Zaharah bt Habib Osman.[2] Ayahnya berasal dari Batusangkar, Tanah Datar, Sumatera Barat yang merantau ke Tanah Melayu pada tahun 1908, sedangkan ibunya berasal dari Melaka. Burhanuddin dilahirkan di Kota Bharu, Gopeng, Perak pada tahun 1911, dan belajar di Universiti Muslim Aligarh di India.[3] Sekembalinya dari pelajarannya di India dan pengembaraannya ke Palestin dan Turki, Burhanuddin al-Helmi kembali bertugas sebagai guru bahasa Arab di Madrasah Aljunied Al-Islamiah, Aljunied, Singapura.
Semasa di India atau selepas kembali daripada India, Dr. Burhanuddin juga telah belajar homeopati. Beliau juga didapati pernah membuka klinik homeopati bersama Dr. S.A.Rajah di Singapura. [4]
Selepas Perang Dunia II, Burhanuddin menubuhkan Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM). Parti ini menuntut kemerdekaan penuh bagi Tanah Melayu dan menentang sebarang bentuk penjajahan Inggeris, dan Dr. Burhanuddin membawa PKMM ke arah mewujudkan Melayu Raya iaitu satu gagasan "kesatuan politik" Malaya-Indonesia yang merupakan salah satu perjuangan utamanya.[3][5]
Selain aktif dalam politik, Dr. Burhanuddin juga mempunyai kelulusan homeopati daripada Ismaeliah Medical college, New Delhi pada 1934. Apabila kembali ke Malaysia, beliau membuka sebuah klinik homoepati di Singapura bersama Dr. Rajah. Beliau juga dikatakan bertanggungjawab melatih dua belas orang pengikut setia yang kemudiannya membantu mengembangkan homeopati di Malaysia.[6] Kemudiannya para pelajar dan pengikut homeopati kemudiannya bersepakat menubuhkan sebuah persatuan homeopati yang dinamakan Persatuan Homeopathy Malaya yang didaftarkan secara rasmi pada tahun 1961. Presiden pertamanya ialah Dr. Burhanuddin sendiri. Beliau terus memimpin persatuan ini sehingga beliau meninggal dunia pada 25 Oktober 1969. [7][perlu rujukan]
Pemergian Dr. Burhanuddin dianggap satu kehilangan besar bagi masyarakat homeopati di Malaysia. Selain sebagai guru homeopati dan pengasas persatuan homeopati di Malaysia, beliau dikatakan telah meninggalkan hasil karya sebagai bahan pengajaran dan rujukan pelajar-pelajar homeopati di Malaysia, iaitu (1) Falsafah Perubatan Homeopati, (2) Materia Medika Homeopati dan (3) Biochemistry Homeopati. [8]
Pemimpin Parti Islam Se-Malaysia (PAS) berpindah tangan kepada Burhanuddin pada tahun 1956,[3] hingga kematiannya pada tahun 1969.[9] Di bawah kepimpinan Burhanuddin, PAS mempunyai orientasi menyokong kesatuan sekerja dan anti-kolonialisme.[10] Beliau digambarkan sebagai seorang "nasionalis radikal dan pemikir Islam".[11] Kepemimpinannya terpotong oleh penangkapan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri pada tahun 1965, dan selanjutnya dipenjara selama satu tahun atas tuduhan berkomplot untuk menggulingkan kerajaan Malaysia dan memasang sebuah kerajaan pengganti yang lebih ramah kepada Indonesia.[3][12]
Dr. Burhanuddin meninggal dunia pada tanggal 10 Oktober 1969 akibat penyakit lelah dan juga kesan seksaan yang beliau terima semasa dalam tahanan ISA.
Tahun | Peristiwa | Catatan |
---|---|---|
1911 |
|
|
1926 |
|
|
1927 |
|
|
1934 |
|
|
1942-1945 |
|
|
1950 |
|
|
1956 |
|
|
1959 |
|
|
1964-1966 |
|
|
25 Oktober 1969 |
|
|
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.