Remove ads
Jawatan eksekutif tertinggi dalam Parti Islam Se-Malaysia From Wikipedia, the free encyclopedia
Presiden PAS merujuk kepada jawatan eksekutif tertinggi dalam Parti Islam Se-Malaysia. PAS adalah sebuah parti politik dan gerakan Islam di Malaysia. Presiden pertama PAS ialah Ustaz Ahmad Fuad Hassan.
Presiden Parti Islam Se-Malaysia Parti Islam Se-Malaysia | |
---|---|
Anggota bagi | Jawatankuasa Kerja PAS Pusat |
Bidang kuasa | Parti Islam Se-Malaysia |
Institusi | Parti Islam Se-Malaysia dan Jawatankuasa Kerja PAS Pusat |
Dilantik oleh | Muktamar Tahunan Parti Islam Se-Malaysia |
Tempoh jawatan | 2 tahun |
Dibentuk | 1951 |
Pemegang pertama | Ahmad Fuad Hassan (Sebagai Yang Dipertua PAS) |
Timbalan/naib | Timbalan Presiden Parti Islam Se-Malaysia |
sunting · sunting di Wikidata |
Jawatan ketua eksekutif PAS ini pada awalnya dikenali sebagai “Yang Dipertua PAS” sejak penubuhan PAS pada 1951, tetapi ekoran tumbuhnya cawangan-cawangan PAS mulai 1952, di mana ketua cawangan (sekarang kawasan) juga dikenali sebagai Yang Dipertua PAS, maka Mesyuarat Agung Tahunan PAS Kedua pada 26-27 Ogos 1953 telah memutuskan bahawa jawatan ini dikenali sebagai “Yang Dipertua Agung PAS.”
Pada 1971, Timbalan Yang Dipertua Agung PAS, Ustaz Hassan Adli Mohd Arshad pernah mencadangkan jawatan Yang Dipertua Agung PAS ditukar kepada “Ketua Pimpinan PAS,” tetapi ditolak oleh Jawatankuasa Pindaan Perlembagaan PAS 1971, yang menyebabkan nama asal terus digunakan sehingga 1987. Pindaan Perlembagaan PAS pada 1987 telah mengubah nama jawatan Yang Dipertua Agung PAS kepada “Yang Dipertua PAS Pusat,” sebelum ia dikenali sebagai “Presiden PAS” mulai 1993[1].
Presiden mempunyai beberapa tugas sebagaimana yang termaktub dalam perlembagaan PAS[2], antaranya perlu bertanggungjawab sebagai ketua bagi melaksanakan pentadbiran, gerakan dan kegiatan PAS bagi mencapai tujuan-tujuan yang termaktub dalam Perlembagaan mengikut dasar yang diperuntukannya dan yang diputuskan oleh mana-mana badan yang diberi kuasa oleh Perlembagaan bagi menghurai, menjelas dan mentafsirkan dasar PAS serta membuat ketetapan-ketetapan mengenainya; bertanggungjawab ke atas semua kerja dan urusan Jawatankuasa Kerja PAS Pusat serta menyelaraskan tugas-tugas Jawatankuasa Kerja PAS Pusat; melantik Setiausaha Agung, Penolong Setiausaha Agung, Bendahari, Ketua Penerangan, Ketua Pengarah Pilihan Raya dan Ahli-ahli Jawatankuasa Kerja yang dilantik serta Pesuruhjaya-Pesuruhjaya PAS Negeri/Wilayah Persekutuan menurut peruntukan-peruntukan Perlembagaan ini di dalam dan dengan persetujuan mesyuarat Jawatankuasa Kerja PAS Pusat; mengambil apa-apa jua langkah yang perlu bagi menjamin perpaduan, persefahaman dan kesungguhan Ahli-ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat dalam menjalankan tugas masing-masing; dan menetap dan mempengerusikan mesyuarat-mesyuarat Jawatankuasa Kerja PAS Pusat dan Jawatankuasa Harian PAS Pusat.
Presiden juga berperanan sebagai Pengerusi Jawatankuasa Kewangan PAS[3].
Gelaran | Nama | Tempoh perkhidmatan | Timbalan Presiden | Tempoh perkhidmatan |
---|---|---|---|---|
Yang Dipertua PAS (1951-1953) | Ahmad Fuad bin Hassan | 1951 - 1953 | Muhammad Ghazali bin Abdullah | 1951 - 1953 |
Mansor Hassan JP | 1953 | |||
Abbas bin Alias | 1953 | |||
Yang Dipertua Agung PAS (1953-1987) | Abbas bin Alias | 1953 - 1956 | Ahmad bin Awang | 1954 - 1956 |
Burhanuddin al-Helmi | 1956 - 1965 | Zulkifli bin Muhammad | 1956 - 1964 | |
Mohd Asri bin Muda [4] | 1965 - 1966 | Mohd Asri bin Muda | 1966 - 1969 | |
Burhanuddin al-Helmi | 1966 - 1969 | |||
Mohd Asri bin Muda | 1969 - 1982 | Hassan Adli bin Mohd Arshad | 1969 - 1977 | |
Abu Bakar bin Umar | 1977 - 1981 | |||
Yusuf Abdullah Rawa | 1981 - 1982 | |||
Yusuf Abdullah Rawa | 1982 - 1989 | Fadzil bin Mohd Noor | 1982 - 1989 | |
Yang Dipertua PAS Pusat (1987-1993) | ||||
Fadzil bin Mohd Noor | 1989 - 2002 | Abdul Hadi bin Awang | 1989 - 2002 | |
Presiden PAS (1993-kini) | ||||
Abdul Hadi bin Awang | 2002 - kini | kosong | 2002 - 2003 | |
Hassan bin Shukri | 2003 - 2005 | |||
Nasharudin bin Mat Isa | 2005 - 2011 | |||
Mohamad bin Sabu | 2011 - 2015 | |||
Tuan Ibrahim bin Tuan Man | 2015 - kini |
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.