From Wikipedia, the free encyclopedia
Budak skrip (bahasa Inggerisnya script kiddie) ialah orang yang menggodam atau merekah menggunakan skrip daripada penggodam atau perekah lain untuk menyerang komputer mangsanya, tetapi tidak tahu makna serta fungsi skrip terbabit. Secara am, budak skrip dianggap sebagai remaja yang mempunyai kebolehan yang kurang dalam menulis atur cara penggodaman dan eksploit sendiri, dan matlamat mereka hanyalah untuk membuat rakan-rakannya kagum atau mendapat pujian dalam komuniti penggemar komputer.[1]
Dalam sebuah laporan Carnegie Mellon yang disediakan untuk Jabatan Pertahanan Amerika Syarikat pada tahun 2005, budak skrip ditakrifkan sebagai
"Pengeksploit kelemahan keselamatan di Internet yang kurang berpengalaman tetapi malangnya selalunya sama berbahaya. Budak skrip biasa menggunakan teknik serta program atau skrip yang sudah wujud dan selalunya diketahui ramai lagi mudah didapati, untuk mencari kelemahan eksploit dalam komputer lain di Internet—biasanya sembarangan dan tanpa memberi perhatian malah mungkin tanpa pemahaman akan kemudaratan yang mungkin tercetus.[2]
Budak skrip melaku musnah tapak-tapak web untuk suka-suka serta supaya dipandang tinggi oleh rakan-rakannya.[1] Sesetengah budak skrip yang lebih jahat menggunakan peralatan virus untuk mencipta dan menyebarkan virus Anna Kournikova serta Love Bug.[3] Budak skrip mempunyai kemahiran pengaturcaraan yang kurang, paling tidak diperingkat awal, untuk memahami kesan daripada tindakan mereka. Hasilnya, jejak yang mereka tinggalkan adalah ketara lantas mereka senang dikesan, atau menyerang syarikat-syarikat yang sudah ada pengesanan atau langkah pencegahan, atau dalam kes terbaru, membiarkan laporan kerosakan automatik hidup.[4][5]
Budak skrip biasanya boleh mengeksploit sistem yang rapuh dan menyerang dengan kejayaan sederhana. Antara contoh yang mahsyur ialah:
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.